jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Video 1 - Kenyataan media dibacakan oleh Pengerusi UMMAH Ringkasan kepada kenyataan penuh UMMAH AG perlu letak jawatan kerana :- 1. affidavit beliau terbukti bertentangan dengan keputusan Inkues. Beliau sendiri akan berhadapan dengan committal proceedings 2. seolah olah ada niat jahat AG untuk memastikan keputusan inkues menurut skrip beliau dalam affidavit 3. proses inkues terlalu lama mengakibatkan trauma kepada keluarga Adib kerana AG tidak cekap 4. di khuatiri proses pendakwaan dan perbicaraan kelak akan diganggu oleh AG dengan keberadaan beliau 5. Waytha Moorthy didesak letak jawatan kerana beliau individu penting yang mencetuskan rusuhan. PM didesak pecat menteri ini jika beliau enggan letak jawatan.
Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Lokasi : Tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor, PJ
Tarikh : 28/5/2019
PM7 akui pihak (KPKT) yang melantik peguam Syazlin Mansor tidak menyedari bahawa beliau sudah dilantik untuk mewakili keluarga Mohamad Adib. Oleh itu Peguam Negara telah mengeluarkan surat arahan untuk Syazlin menarik diri dari mewakili kerajaan kerana adanya unsur 'konflik kepentingan'. Syazlin boleh saja terus mewakili keluarga Mohamad Adib sehingga selesai proses Inkues.
Ada kenalan saya yang mengikuti Inkues ini dengan rapat memberitahu bahawa peguam ini telah bertindak seolah olah berada didalam sesi perbicaraan sedangkan ianya adalah proses Inkues untuk mengumpul maklumat mengenai kejadian yang menyebabkan kematian Mohamad Adib. Ia nya tidak memerlukan peguam membuat sebarang 'cross examination'.
Pejabat Peguam Negara nyata tidak selesa dengan cara penglibatan Syazlin didalam proses Inkues ini dan mengambil keputusan untuk menarik balik khidmat beliau kepada KPKT. Agak sukar diterima apabila Pejabat Peguam Negara tidak mengetahui 'dual role' yang dimainkan Syazlin setelah Inkues berjalan sekian lama.
Acara : Sidang media Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengenai penarikan diri
Peguam Syazlin Mansor didalam proses inkues kematian Mohamad Adib Mohd Kassim
Lokasi : Pusat Bandar Taman Melawati, KL
Tarikh : 28/5/2019
Rakaman penuh sidang media UMMAH
KENYATAAN AKHBAR TERHADAP PENARIKAN DIRI PEGUAM SYAZLIN MANSOR
DIDALAM PROSES INKUES ALLAHYARHAM MOHAMAD ADIB MOHD KASSIM
1. Sejak dari awal UMMAH mempersoalkan kewajaran untuk diadakan inkues terhadap kes kematian Allahyarham Mohd Adib memandangkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak tertuduh (4 orang) telah dikenalpasti dan ditangkap namun kemudian dilepaskan dengan ikat jamin oleh pihak polis. Dimana keberadaan mereka ini tidak dapat dikenalpasti sehingga hari ini.
2. Kebimbangan UMMAH jelas terbukti apabila keputusan inkues seolah2 sudah disusun aturkan lebih awal supaya menampakkan bahawa kes ini bukan lagi kes bunuh tetapi kemalangan. Ini di sahkan apabila Pejabat Peguam Negara telah memfailkan afidavit menyatakan Allahyarham Mohd Adib tidak dipukul, walaupun inkues masih berlangsung. UMMAH mensyakki seolah ada KONSPIRASI oleh pihak tertentu bagi menentukan keputusan inkues.
3. Semalam, 27 Mei 2019 kebimbangan UMMAH lebih terserlah apabila diberitakan peguam yang mewakili KPKT dan pihak bomba Syazlin Mansor menarik diri secara tiba-tiba walaupun inkues masih berjalan. Menurut sebahgian laporan media sosial penarikan diri ini adalah disebabkan oleh faktor “keselamatan”.
4. Penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawaban yang perlu dijawab antaranya :-
a. Kenapa penarikan diri berlaku disaat-saat akhir inkues yang dikatakan akan berakhir tidak beberapa hari lagi?
b. Kenapa dikatakan alasan penarikan diri ini adalah disebabkan factor keselamatan? Adakah ada unsur-unsur ugutan yang diberikan kepada Syazlin Mansor? Kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan untuk melindungi beliau?
c. Dimaklumkan arahan menarik diri oleh peguam Syazlin Mansor adalah hasil dari sepucuk surat dari pihak “tertentu”, siapa yang menulis surat tersebut?
d. Peguam Syazlin Mansor juga menyatakan pengunduran diri setelah beliau bertemu dengan Menteri KPKT YB Zuraidah. Jadi rakyat nak tahu apakah arahan YB Zuraidah kepada peguam dan siapa pulak yang mengarahkan YB Zuraidah supaya meminta Syazlin Mansor menarik diri?
e. Adakah pihak Peguam Negara terlibat dalam penarikan diri Syazlin Mansor dan adakah disana berlaku salah guna kuasa oleh pihak Peguam Negara?
f. Kenapa Menteri KPKT membuat kenyataan secara tiba-tiba bahawa peranan peguam Syazlin Mansor adalah “redundant” dengan peranan pihak Peguam Negara walhal selama ini ia tidak dipersoalkan?
g. Adakah penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini akan menyebabkan bukti dari saksi utama Allahyarham Mohd Adib; Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid tidak lagi boleh dijadikan bahan bukti? Jika benar maka ia jelas membuktikan memang keputusan inkues sudah dibuat awal walaupun bukti yang diberikan oleh Prof Dr Shahrom secara saintifik membuktikan Allahyarham tidak dilanggar tetapi sebaliknya dipukul.
5. UMMAH, bagi pihak rakyat keseluruhannya dengan ini menuntut supaya :-
a. Surat yang mengarahkan penarikan diri peguam Syazlin Mansor didedahkan supaya rakyat tahu siapa yang menulis dan atas sebab sebenar kenapa penarikan diri itu berlaku
b. Mendesak supaya peguam Syazlin Mansor, Menteri KPKT, YB Zuraida dan Peguam Negara dipanggil sebagai saksi-saksi dalam prosiding inkues tersebut, supaya Mahkamah dapat menyelidik jika terdapat sebarang bentuk tekanan dan arahan jahat dari pihak-pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat integriti proses inkues tersebut;
c. Menuntut saksi pakar patologi Prof Dr Shahrom dipanggil kembali untuk memberikan keterangan lanjut, seperti yang dijadualkan pada awalnya.
d. Peguam negara MESTI MELETAKKAN JAWATAN kerana tidak lagi bersifat “impartial” didalam tugasannya
6. UMMAH tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan selanjutnya demi memastikan keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham Mohd Adib. Ini termasuk, jika terdapat bukti yang kukuh terhadap salahguna kuasa, untuk melaporkan kepada pihak SPRM untuk diadakan siasatan terhadap pihak yang terlibat.
7. UMMAH juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan HIMPUNAN RAKYAT DEMI KEADILAN UNTUK ADIB secara besar-besaran jika tidak ada tindakan yang positif dari pihak yang bertanggungjawab.