jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Video 1 - Tok Him berpendapat suasana tegang diantara kaum dan keresahan rakyat sudah memuncak disebabkan cara kerajaan mengendalikan beberapa isu mutakhir ini seperti kes kematian Adib dan kini Syed Danial, kes video semburit, kes rogol bibik, isu kilang Lynas dan sikap rasis Dong Zong
Video 2 - PUTRA bidas dan kecam sikap biadap dan celupar Koon Yew Yin yang menyifatkan anggota tentera hanya makan dan tidur dan membazirkan wang kerajaan.
Video 3 - Tok Him kecam kenyataan Rais Yatim dan mempersoal motif sebenar Rais dalam mengeluarkan kenyataan menyokong suara puak minoroti yang ingin Dr Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian
Video 4 - Tok Him berharap Dr Mahathir tidak hanya beretorik semata mata untuk mendapat sokongan Melayu .
Acara : Sidang media Dewan Tertinggi (penaja) PUTRA
Lokasi : Koperasi Telekom Bhd, Kompleks Damai, KL
Tarikh : 27/7/2019
Video 1 - Tok Him mengumumkan perlantikan tambahan empat Ahli Dewan Tertinggi dan seterusnya menyanggah kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi baru (DEB) yang dikatakan tidak mampan dan akan di hapuskan kemungkinan ketika beliau mengambil alih sebagai PM8.
Video 2 - PUTRA alu-alukan kerjasama antara UMNO dan PAS dan menolak #keberangkalian berkerjasama dengan blok Pakatan Harapan selagi DAP masih bersama mereka.
Video 3 - Ini lah jawapan spontan dari Tok Him jika sekiranya Azmin Ali memilih untuk menyertai PUTRA. Isu moral akan menjadi penilaian PUTRA tetapi Azmin masih boleh menghantar borang permohonan keahlian untuk dipertimbangkan..
Video 4 - Hamidah Osman ulangi dakwaan beliau bahawa Lim Kit Siang lah yang telah mencadangkan penubuhan PPBM supaya dapat mencuri 10% pengundi Melayu untuk menyokong Pakatan Harapan.
Acara : Sidang media Otai Reformis 98 mengenai isu video #semburit
Lokasi : Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu, KL
Tarikh : 26/7/2019
Kenyataan Media
1. Otai Reformis 1998 merujuk kepada beberapa kenyataan media yang 'agak mengelirukan' yand dibuat oleh Ketua Polis Negara (KPN) sejak kebelakangan ini berkaitan video intim hubungan seks sejenis seperti pendedahan dan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Sentubong yang mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan asli tanpa sebarang edit atau kacau ganggu terhadap video tersebut.
2. Otai berharap kes ini dapat diselesaikan mengikut prosidur undang-undang seperti yang ditegaskan oleh KPN dan Otai sangat menghargai kesungguhan pihak Polis menyelesaikannya secepat mungkin kerana ianya telah berlarutan agak lama tanpa sebarang penghujung dan keadaan ini menimbulkan kegusaran dan kgelisahan kepada rakyat.
3. Haziq dan pasangan salahlaku seks nya telah dikenalpasti oleh syarikat pakar video, Cybersecurity Malaysia, walaupun pengecaman wajah (facial recognition) pelaku-pelakunya dilaporkan negatif. Seterusnya Haziq telah ditahan reman oleh pihak Polis untuk siasatan lanjut sebaliknya pasangan intimnya dibiarkan bebas.
Otai merasa hairan dan kecewa mengapa individu yang disebut-sebut itu tidak dipanggil atau ditahan untuk siasatan oleh pihak Polis.
Melakukan hubungan seks luar tabii adalah satu kesalahan di Malaysia dibawah seksyen 377A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
4. Kita memohon KPN lebih peka dan berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelakkan spekulasi dan ketidaktenteraman rakyat. Kenyataan KPN haruslah berdasarkan fakta dan data-data yang jelas dan BUKANNYA andaian dan tuduhan semata-mata. KPN bukan ahli politik atau orang awam yang sering membuat andaian berdasarkan 'dengar khabar' (hearsay) tanpa hasil kajian atau siasatan terperinci.
Kelewatan pihak Polis memuktamadkan siasatan kes ini dengan cepat akan memberikan impak negatif keatas kewibawaan pihak Polis.
5. Seorang Menteri Kanan dan seorang Menteri Besar diharap segera memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis memandangkan kedua-dua mereka dalam kenyataan masing-masing telah 'beriya-iya' mengatakan bahawa mereka telah benar-benar mengenalpasti 'dalang utama' dalam isu video intim tersebut.
Otai Reformis 1998 berharap agar kes ini menjadi contoh bagaimana pihak Polis dan Kerajaan Pkatan Harapan membuktikan komitmen yang tinggi dalam memenuhi makna 'Malaysia Baharu' pasca PRU14 dengan berteraskan dasar Kerajaan kearah 'Rahmatan Lil Alamin' serta teguh berpegang kepada 'Rule of Law'.
Acara : Majlis kesyukuran Azmin Ali apabila PDRM umumkan beliau tidak dapat
dikaitkan dalam isu video #semburit
Lokasi : Kediaman rasmi Menteri Besar, Selangor
Tarikh : 21/7/2019
Video 1 - Ucapan oleh MB Selangor, Amirudin Shari. Gambaran yang dia bagi sudah cukup untuk orang luar parti mengenal pasti siapa dalang dalaman yang dimaksudkan..😜🤪
Video 2 - Azmin belasah kaw-kaw Presiden KEADILAN siap dengan amaran, kesetiaan ada batas nya.. kesetiaan sebenar kepada perjuangan bukan kepada individu... haha.. 🤪😜 tetapi bila diasak oleh wartawan beliau mengaku akan bekerjasama dengan Presiden beliau... siap bagi amaran jangan dilaga laga antara Presiden dengan Timbalan🤨🧐
Video 3 - Azmin mengaku masih boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim tetapi memberi amaran kepada wartawan supaya tidak melaga lagakan beliau sebagai Timbalan dengan Presiden parti beliau.
Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Pusat Keadilan
Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara
Tarikh : 23/6/2019
Ringkasan kenyataan Presiden Keadilan
1. Keadilan akan meneruskan penekanan kepada reformasi ekonomi melalui pelaburan domestik dan asing yang berkualiti
2. Keadilan akan berusaha menjemput dan membawa masuk pengeluar i-Phone untuk bertapak di Malaysia
3. Keadilan memutuskan untuk meningkatkan kegiatan lawatan Presiden dan pimpinan keseluruh negara
4. Keadilan berpuas hati dengan rencana transisi Perdana Menteri seperti yang telah dipersetujui dan diumumkan dalam Konvensyen PH pada 7/1/2018 di IDCC, Selangor
5. Keadilan menegaskan sokongan kepada PM7 bersama para Menteri untuk meneruskan usaha memacu ekonomi melaksana reformasi institusi dan menjamin keselamatan negara.
Ikuti jawapan penuh dari Anwar Ibrahim soalan soalan berkaitan isu video #semburit
Acara : Sidang media Biro Politik Keadilan mengenai keputusan dan tindakan
yang akan diambil dalam isu video #semburit
Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara
Tarikh : 19/6/2019
Ini mesyuarat Biro Politik kedua yang Azmin Ali tidak hadir selepas tersebar nya video #semburit.
Lembaga Disiplin yang di pengerusikan Ahmad Kassim telah membuat rumusan dan memutuskan perkara perkara berikut :-
1. surat tunjuk sebab kepada Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengapa tindakan tidak boleh diambil keatas beliau kerana telah mencemar nama baik parti
2. ambil maklum penafian oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali dan akan meneliti jika ada sebarang penjelasan lanjut
3. menunggu hasil siasatan dan dapatan dari PDRM dan pihak pihak yang berwajib
4. amaran kepada semua ahli Keadilan untuk tidak membuat sebarang ulasan atau kenyataan tanpoa sebarang asas.
Acara : Sidang media Wanita Keadilan Pusat dalam isu video #semburit yang melibatkan
Timbalan Presiden KEADILAN
Lokasi : Bilik Mesyuarat Ibupejabat KEADILAN, Tropicana Damansara
Tarikh : 15/6/2019
Ringkasan
Wanita Keadilan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali kerana merasakan ada pihak yang tidak senang dengan kemaraan dan pencapaian beliau dalam kerajaan.
Pemerhatian
1. wakil cabang mengatakan itu bukan Haziq
2. keluarganya juga tidak mengaku itu Haziq
3. Haziq sendiri tidak muncul secara peribadi
4. manipulasi dengan menggunakan teknik editing terkini
5. rakyat Malaysia perlu matang dan tidak terpedaya dengan video yang dimanipulasikan
Yang pelik nya semua ini timbul setelah perlantikan Ketua Pengarah SPRM yang baru.
Seolah olah ada usaha melaga-lagakan lagakan PM dengan Azmin yang dilihat berada dalam satu pasukan.
Wanita juga tidak bersetuju dengan saranan Otai Reformis untuk Azmin ambil cuti.
Wanita menyeru SKMM melakukan siasatan terperinci dan melakukan tindakan tegas keatas mereka yang terlibat dalam merakam dan mengedar video lucah tersebut.
Wanita seluruh negara akan membuat laporan Polis terhadap Haziq dalam masa terdekat
Mungkin ada pihak yang cuba memecah belahkan parti selepas pemilihan parti.
Menggantung jawatan Haziq sebagai Ketua AMK Santubong dan sebagai SUSK kepada Shamsul Iskandar.