Tuesday 25 December 2018

Siti Kassim ketuai kumpulan NGO serah memo sokong Waytha kekal jawatan

Acara : Penyerahan memorandum menyokong dikekalkan P.Waytha Moorthy sebagai Menteri

Lokasi : Perdana Putra, Putrajaya

Tarikh : 24/12/2018 @ 11.00 am



Hari Jummat yang lepas UMMAH telah menganjurkan himpunan dan penyerahan memorandum kepada PM7 mendesak pemecatan P.Waytha Moorthy sebagai Menteri Perpaduan. Hari ini satu kumpulan kecil yang dikepalai oleh Siti Kassim pula menyerahkan memo menyokong supaya Waytha dikekalkan dalam kabinet PM7. Dikatakan 211 NGO pelbagai NGO seluruh negara telah menyatakan sokongan mereka kepada inisiatif ini.

Siti Kassim telah mengambil kesempatan untuk membidas Menteri Beliau, Syed Saddiq yang telah menggerakkan ARMADA untuk mendesak PM7 ambil tindakkan keatas Waytha (min 17:30).

Sila tonton video ini dari awal hingga kesudahan untuk memahami isu yang berbangkit sepenuhnya.





*************************************************************************************************************************

1
2
3
  4
5
  6
7
8
 9
10  
11
12
13


Sunday 23 December 2018

Solidariti Suara Ummah Desak Pemecatan Waytha dan Dua Lagi

Acara : Himpunan Solidariti Suara Ummah #justice4adib Desak Pemecatan Waytha & Dua lagi

Lokasi : Dari Masjid Putra ke Putra Perdana, Putrajaya

Tarikh : 21/12/2018


Muhammad Adib Mohd Kassim anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang cedera teruk dibelasah oleh perusuh dalam kejadian rusuhan di Kovil Sri Maha Mariamman, USJ pada 27/11/2018 telah menghembuskan nafas terakhir di IJN pada jam 9.41 pm 17/12/2018.

Acara himpunan hari ini dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan disertai oleh pelbagai NGO untuk mendesak PM7 memecat Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan dan juga M.Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia. Turut menerima desakan supaya meletakkan jawatan ialah EXCO Negeri Selangor, V.Ganabatirau. Ketiga tiga mereka didakwa telah menghasut dan menaikkan kemarahan perusuh Hindu terhadap orang Melayu dalam kejadian rusuhan Kovil Sri Maha Mariamman USJ


Video 1 - Ucapan oleh Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID



Video 2 - Ucapan oleh Rashidi Aris, wakil MUAFAKAT Malaysia . Sinis dan pedas teguran kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau mendesak supaya diadakan RCI untuk menyiasat kematian Adib sepertimana yang telah dilakukan Kerajaan BN dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan penjenayah Kugan



Vide0 3 - Ucapan oleh Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung Majlis Pimpinan Melayu (MPM). Sistem pendidikan yang bercelaru disalahkan sebagai punca keruntuhan institusi sosial di negara ini.



Video 4 - Ucapan oleh Aliff Tafid, wakil AMANAH Cheras. Adakah beliau hadir atas kapasiti peribadi atau dihantar oleh AMANAH Pusat.

Kemaskini 26/12/2018
Jawapan dari pihak AMANAH

Utk makluman, Aliff Tafid ini *bukan* pimpinan Amanah atau mewakili Amanah Kawasan mahupun Amanah WP. 

Dia hadir dan berucap dlm demonstrasi di Putrajaya smlm atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili entiti parti Amanah. Amanah WP juga tidak dimaklumkan ttg kehadiran beliau ke program tsbt. 

Seluruh ahli Amanah WP diarahkan turun ke demonstrasi di Kedutaan Australia di KL slps solat Jumaat smlm. 

Sekian. 

Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi
Naib Pengerusi Amanah WP



Video 5 - Taklimat oleh Aminuddin Yahaya, Pengerusi UMMAH selepas penyerahan memorandum kepada wakil PMO



Video 6 - Perkongsian pandangan oleh Zulkifli Noordin, Peguam dan juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu.



****************************************************************************************************************************

1

Friday 21 December 2018

Bukan bantuan tapi tohmahan dan fitnah yang diterima ahli PKR

Acara : Sidang media 

Lokasi : Premis Syaza Auto Trading, Jalan Genting Kelang, Setapak, KL

Tarikh : 20/18/2018  @ 3.00 pm



Berbangkit dari video sidang media pada 18/12/2018, pelbagai isu telah timbul mengenai wang perpindahan sebanyak RM20,000, gimnasium Muay Thai , wang perlindungan yang dikutip Ayahanda Ayahanda NGO Berbaiah dan status perniagaan Bumiputera di premis yang terbabit.
Perjumpaan petang ini diadakan untuk memberi peluang kepada individu individu yang terbabit samada secara langsung atau tidak langsung untuk menjawab isu isu yang berbangkit.


Video 1 - Penerangan menyeluruh oleh Setiausaha Persatuan Muay Thai KL, Nik Ahmad Zulhilmi



Video 2 - Kenyataan dan penafian oleh  Idris Jaafar, Naib Presiden Persatuan Muay Thai KL



Video 3 - Kenyataan oleh Mohd Kamal Mohd Nor, Presiden Persatuan Muay Thai KL dan pemilik Syaza Auto Trading.



Video 4 - Kenyataan oleh Mohd Shabudin Abu Hasan, Timbalan Presiden BATAS. Beliau kesal dengan fitnah Ahli Parlimen Wangsa Maju di dalam Facebook beliau yang menuduh Ayahanda Ayahanda NGO Berbaiah yang menduduki tapak lot 28164 tiada kerja lain selain mengutip wang perlindungan atau 'pau' peniaga peniaga kawasan persekitaran.



******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6



Monday 17 December 2018

NGO Berbaiah setia kepada kerajaan semasa, dulu BN kini PH, hargailah mereka.

Acara : Bantahan oleh NGO berbaiah usaha DBKL untuk merobohkan pejabat


Lokasi : Lot 28164, Jalan Genting Kelang, Setapak, KL


Tarikh : 18/12/2018


Ini jemputan yang diterima melalui whatsapp

Assalamualaikum WBT.. mohon bantuan kepada semua sahabat2 untuk datang beramai-ramai pada pukul 8.00pg (18.12.18, selasa) ke Pejabat PMKL/ Syaza Auto, sebelah KL Festival City kerana DBKL akan merobohkan tapak kita ini dengan arahan YB Wangsa Maju & Kontraktor untuk dijadikan tapak Parking kereta sedangkan Tapak kita ini adalah tempat kita mengadakan majlis Pakatan Kenduri Berkampung & majlis2 NGO Islam. Mohon datang beramai2 utk bagi sokongan & mengelakkan DBKL dari merobohkan tapak kita. Mohon share kepada semua. Sekian terima kasih.

Alamat: Lot 28164, Jln Genting Kelang, Setapak

*mohon panjangkan kepada seluruh jemaah*


Pertemuan NGO bersama Timbalan Ketua Polis IPD Wangsa Maju bagi membincangkan berkenaan Pejabat BATAS Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Persatuan Muay Thai Kuala Lumpur, Pejabat Persatuan Penjaja Wangsa Maju dan Syaza Auto di Lot 28164 Jalan Genting Kelang Setapak yang akan diroboh oleh pihak Penguakuatsa DBKL atas desakan Wakil Rakyat Wangsa Maju YB Tan Yee Kew besok 18 Dis 2018 jam 8 pagi (Selasa). Kami dari BATAS Malaysia, PMKL, Persatuan Penjaja Kuala Lumpur dan Syaza Auto tetap akan mempertahankan  Lot 28164. Semua jemaah berbaiah dijemput untuk bersama sama pada esok hari 18 Dis 2018 jam 8 pagi bagi membincangkan bersama PBT untuk mencari jalan penyelesaian...

Jemputan Dari:
Ayah TCB
(Timbalan Presiden BATAS Malaysia)


Pagi ini pihak DBKL menunda operasi mereka ke tarikh yang lain


Video 1- Kenyataan bersama NGO berbaiah
Pembetulan : SUA Batas yang berucap ialah Ayahanda Husin, SUA baru yang menggantikan allahyarham Assri Hj Ismail.



Video 2 - Kenyataan oleh Mohd Shabudin Abu Hassan, Timbalan Presiden BATAS Malaysia



Video 3 - Kenyatan oleh Idris Jaaraf, Pengerusi BATAS Genting Kelang



Video 4 - Kenyataan oleh Kamal, pemilik Syaza Auto Trading. Syaza ada lah penjual kereta terpakai dan bukan nya bengkel haram seperti didakwa oleh MP Wangsa Maju




************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12


Friday 14 December 2018

Zainuddin Maidin selamat disemadikan

Acara : Pengkebumian Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin

Lokasi : Tanah Perkuburan Islam, Kelang Gates, Selangor

Tarikh : 15/12/2018

Zainuddin Maidin meninggal dunia


PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin disahkan meninggal dunia pada jam 6.25 petang semalam.Perkara itu disahkan adiknya, Abdul Lazam Maidin sewaktu dihubungi.

Menurut laporan FMT, Zainuddin disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang akibat paru-paru berair. Tokoh Wartawan itu sebelum ini pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya akibat masalah paru-paru berair.

Zainuddin dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah dan melanjutkan pelajarannya du Maktab Mahmud, Alor Setar. Beliau memulakan kerjaya sebagai pemberita apabila diambil bekerja sebagai ‘stringer’ dengan Utusan Melayu di Alor Setar dari tahun 1951 hingga 1960.

Pada tahun 1961, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas sebagai pemberita tetap di syarikat berkenaan sehingga diberikan tugas sebagai Ketua Pemberita hingga tahun 1971.

Pada tahun 1983, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan dan jawatan tersebut dipegang sehingga tahun 1992 sebelum dilantik sebagai Penasihat Jabatan Pengarang hingga Ogos 1994.

Beliau juga bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan kewartawanan dan pernah menjadi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) dan Presiden Kelab Kebangsaan Wartawan Malaysia.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara, Zainuddin telah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah…


#video360  Allahyarham dimasukkan kedalam liang lahat



Video 1 - Perokongsian oleh Pak Samad



Video 2 - Perkongsian oleh Johan Jaafar



Video 3 - Perkongsian oleh Ibrahim Yahya



Video 4 - Perkongsian oleh Yusof Haslam



Video 5 -0 Perkongsian oleh Zairil Zainuddin





************************************************************************************************************************

1
2
3
4
5

Tuesday 11 December 2018

Isu doa pendekkan Hayat Kerajaan Pakatan Harapan di Himpunan 812

Acara : Sidang media Presiden PERKASA, Dr Ibrahim Ali

Lokasi : Ibu Pejabat PERKASA, KL

Tarikh : 10/12/2018





Doa untuk memendekkan hayat Kerajaan Pakatan Harapan oleh wakil PAS di Himpunan 812 belum tentu ditunaikan Allah. Sebelum ini pun PAS sudah banyak kali melakukan doa seperti ini yang ditujukan kepada lawan politik mereka.

Penyokong Pakatan Harapan tak perlu lah mempolemikkan isu doa PAS ini. Memang lawan politik akan mengharapkan tempoh hayat politik lawan mereka tidak lama supaya mereka pula boleh ambil alih.

Penyokong Pakatan Harapan pun akan melakukan benda yang sama... mungkin saja tidak dilakukan secara terbuka..






Monday 10 December 2018

Kumpulan baru ahli korporat dan ahli perniagaan tonjol diri sebagai penyokong Kerajaan PM7

Acara : Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan

Lokasi : PICC Putrajaya

Tarikh : 9/12/2018



Majlis makan malam bagi tujuan mengumpul dana bagi kegiatan politik Pakatan Harapan. Hasil lelongan koleksi gambar gambar Mohamad Sabu, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng, Wan Azizah dan Dr Mahathir sahaja berjumlah RM1,220,000.


Video 1 - Ucapan oleh Mohamad bin Sabu, Presiden AMANAH dan Naib Presiden Pakatan Harapan


Video 2 - Ucapan oleh Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU dan Naib Presiden Pakatan Harapan.



Video 3 - Ucapan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Naib Presiden Pakatan Harapan



Video 4 - Ucapan oleh Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN dan Ketua Umum Pakatan Harapan



Video 5 - Ucapan oleh Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi BERSATU dan Pengerusi Pakatan Harapan



**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

 

Sunday 9 December 2018

Himpunan 812 berjaya besar - Kerajaan PM7 jangan ambil ringan isu Melayu & Islam

Acara : Himpunan 812 Bantah ICERD

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Tarikh : 9/12/2018



Rakaman dari kedudukan ruang media berhadapan pentas utama.


Video 1 - Ucapan oleh Faizzudin Mohd Zai, Presiden GAMIS



Video 2 - Ucapan oleh PU Adam Lawrence, wakil pribumi Sarawak



Video 3 - Ucapan oleh Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID



Video 4 - Ucapan oleh Farhan Khairuddin, Mantan Presiden MPPK



Video 5 - Ucapan oleh Abdullah Zaik, Presiden ISMA



Video 6 - Ucapan oleh Tajuddin Rahman, Ahli MKT UMNO



Video 7 - Ucapan oleh Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO



Video 8 - Ucapan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS


Video 9 - Ucapan oleh Idris Ahmad, Naib Presiden PAS



Video 10 - Ucapan oleh Aminuddin Yahaya, Pengerusi UMMAH (penganjur)



Video 11 - Ucapan oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO



Video 12 - Ucapan oleh Haji Hadi Awang, Presiden PAS



#video360 1 - Persiapan untuk solat Zohor dan Hajat



#video360 2 - himpunan bermula



#video360 3 - suasana pada jam 3.44pm




****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10