jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Himpunan Solidariti Suara Ummah #justice4adib Desak Pemecatan Waytha & Dua lagi
Lokasi : Dari Masjid Putra ke Putra Perdana, Putrajaya
Tarikh : 21/12/2018
Muhammad Adib Mohd Kassim anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang cedera teruk dibelasah oleh perusuh dalam kejadian rusuhan di Kovil Sri Maha Mariamman, USJ pada 27/11/2018 telah menghembuskan nafas terakhir di IJN pada jam 9.41 pm 17/12/2018.
Acara himpunan hari ini dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan disertai oleh pelbagai NGO untuk mendesak PM7 memecat Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan dan juga M.Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia. Turut menerima desakan supaya meletakkan jawatan ialah EXCO Negeri Selangor, V.Ganabatirau. Ketiga tiga mereka didakwa telah menghasut dan menaikkan kemarahan perusuh Hindu terhadap orang Melayu dalam kejadian rusuhan Kovil Sri Maha Mariamman USJ
Video 1 - Ucapan oleh Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID
Video 2 - Ucapan oleh Rashidi Aris, wakil MUAFAKAT Malaysia . Sinis dan pedas teguran kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau mendesak supaya diadakan RCI untuk menyiasat kematian Adib sepertimana yang telah dilakukan Kerajaan BN dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan penjenayah Kugan
Vide0 3 - Ucapan oleh Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung Majlis Pimpinan Melayu (MPM). Sistem pendidikan yang bercelaru disalahkan sebagai punca keruntuhan institusi sosial di negara ini.
Video 4 - Ucapan oleh Aliff Tafid, wakil AMANAH Cheras. Adakah beliau hadir atas kapasiti peribadi atau dihantar oleh AMANAH Pusat.
Kemaskini 26/12/2018
Jawapan dari pihak AMANAH
Utk makluman, Aliff Tafid ini *bukan* pimpinan Amanah atau mewakili Amanah Kawasan mahupun Amanah WP.
Dia hadir dan berucap dlm demonstrasi di Putrajaya smlm atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili entiti parti Amanah. Amanah WP juga tidak dimaklumkan ttg kehadiran beliau ke program tsbt.
Seluruh ahli Amanah WP diarahkan turun ke demonstrasi di Kedutaan Australia di KL slps solat Jumaat smlm.
Sekian.
Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi
Naib Pengerusi Amanah WP
Video 5 - Taklimat oleh Aminuddin Yahaya, Pengerusi UMMAH selepas penyerahan memorandum kepada wakil PMO
Video 6 - Perkongsian pandangan oleh Zulkifli Noordin, Peguam dan juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu.
Acara : Sidang media oleh Menteri Dalam Negeri mengenai isu Kovil Maha Mariamman USJ
Lokasi : Tingkat 11, KDN, Putrajaya
Tarikh : 28/11/2018 @ 12 pm
Video 1 - Penerangan penuh mengenai kronologi kejadian pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di Kovil Sri Maha Mariamman USJ25 yang bermula awal pagi Isnin dan ulangan rusuhan pada sebelah malam sehingga ke awal pagi Selasa 27/11/2018.