Sunday 24 December 2017

Agenda Najib Razak disebalik Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm


Agenda Najib Razak dalam penganjuran Himpunan Sodidariti Selamatkan Baitulmaqdis (SSB) dapat disimpulkan dengan jelas dalam video #4, iaitu untuk menjadi pemangkin dalam perpaduan ummah di Malaysia.

Selain itu SSB juga  boleh dianggap sebagai cara yang selamat dan boleh diterima oleh orang Melayu / Islam untuk berhimpun bagi diarahkan tenaga mereka kesuatu matlamat bersama.

PRU14 semakin hampir dan thema bagi siri  Himpunan SSB yang akan diteruskan setiap bulan (sehingga PRU14 atau isu Baitulmaqdis selesai, yang mana sampai dulu) ialah kesatuan atau perpaduan ummah. Mesej ini amat penting bagi Najib mengembeling sokongan Melayu kepada UMNO / BN yang terhakis teruk dengan ada nya PPBM.

Himpunan SSB ini tidak akan memakan belanja yang tinggi kerana ianya akan dilakukan diperkarangan Masjid seluruh negara yang berkemungkinan akan melibatkan Menteri Menteri Besar, Ahli Parlimen, Menteri Pusat yang balik kawasan selain PM dan TPM sendiri. Impak nya dijangka tinggi kerana audien orang Melayu yang terlibat tidak hanya terbatas kepada penyokong UMNO / BN sahaja. Ianya akan melibatkan kesemua jemaah masjid yang hadir pada solat Jumaat hari majlis tersebut diadakan. 


Video 1- Penganjur gagal penuhi aspirasi PM Najib Razak penyatuan ummah


Video 2 - Naji rela dikerat sehingga ke ketulan daging terakhir demi Baitulmaqdis



Video 3 - Himpunan Solidariti Selamatkan Baitumaqdis akan diadakan setiap bulan



Video 4 - Agenda Najib disebalik penganjura Himpunan SSB




#suasana360 dari pelbagai sudut


**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Saturday 23 December 2017

#pengkhianatbangsa tidak diendahkan penganjur perpaduan ummah

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Himpunan diadakan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine dalam isu Baitulmaqdis yang diiktirafkan sebagai ibunegara Israel oleh Trump.

Adakah penganjur fahami apa yang hendak PM Najib Razak sampaikan kepada dunia dan rakyat Malaysia amnya.. Ini apa yang PM Najib katakan dalam ucapan beliau -

"Kerana ...tanpa mengira apa jua fahaman politik , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama parti mana , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama NGO, betul Tuan Tuan ?
Kita berhimpun kerana kita hendak menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia ini bersatu menentang pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel."

Jelas sekali penganjur gagal dalam penganjuran ini kerana apa yang diucapkan oleh PM Najib tidak selari dengan realiti... Pertama sekali nama besar yang digembar gemburkan, Hadi Awang Presiden PAS gagal hadir walhal ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkhutbah di Masjid Rusila.

Yang keduanya Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir (yang telah dilabelkan sebagai #pengkhianatbangsa) hadir di Masjid Putra untuk bersolat Jumaat tanpa diendahkan langsung oleh penganjur atau hos mahupun ahli jemaah kabinet yang lain. Mana pergi adab ? Saya pasti mereka sedar akan kehadiran Dr Mahathir melalui pegawai pegawai mereka, mustahil mereka tidak tahu. Lagipun pengumuman telah dibuat ketika Dr Mahathir tiba oleh pihak masjid. Saya yakin tiada jemputan diberikan kepada Dr Mahathir. Dia hanya hadir untuk bersolat Jumaat. Kalau dijemput sudah pasti penganjur akan menyediakan pegawai pengiring atau disambut sendiri oleh Hos.

Apa salah nya disapa Dr Mahathir walau dengan Salam sebaris sekalipun. Puluhan wakil media bersedia dengan perakam masing masing untuk merakam saat tersebut. Hos akan kelihatan matang politik dalam situasi win-win. Dr Mahathir kalau tidak dijemput sudah pasti tidak akan mendesak atau meminta slot untuk berucap kerana beliau seorang negarawan yang cukup masak dalam hal hal ini.

Dengan tidak mengendahkan Dr Mahathir, terlepas lah peluang penganjur untuk mengotakan apa yang PM Najib war warkan dalam ucapan beliau.. Dr Mahathir saya percaya hanya mengintai suasana perhimpunan selain menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya... beliau tidak rugi apa apa pun...





*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12



Friday 22 December 2017

Cikgu Non aka CN Afghani berbasikal solo keseluruh negara sampaikan mesej Baitulmaqdis / Palestine

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Siapa masih ingat Cikgu Non ? Sebelum PRU13 dulu beliau lah salah seorang aktivis yang telah menghuruharakan kepimpinan PAS dengan serangan dan pendedahan beliau mengenai Tragedi Memali dan skandal Tabung Memali yang semuanya berakar umbi kepada ketaksuban ahli ahli PAS kepada Amanat Haji Hadi.

  Beliau yang sudah biasa bergerak solo, kini dilihat masih lagi bergerak secara solo dengan membuat kayuhan basikal secara solo keseluruh negara bagi menyampaikan mesej sokongan kepada isu Baitulmaqdis dan Palestine. Ikuti rakaman yang sempat saya buat ketika terserempak dengan beliau di Dataran Putra.





************************************************************************************************************************


Flashbacks ...video video Cikgu Non yang menjadi tular setelah beliau mendedahkn kepincangan dalam pengurusan Tabung Memali 
















Tidak reti hormat suara majoriti Trump didesak bawa keluar Amerika dari PBB

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm




Video 1 - Tok Him desak Trump keluarkan Amerika Syarikat dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu kalau tak mahu bersama dengan suara majoriti..


1
 2


Thursday 21 December 2017

Pasport baru dalam masa hanya sejam dan pembaharuan dalam masa 15 minit sahaja

Acara : Lawatan kerja TPM, Zahid Hamidi kekilang percetakan pasport Malaysia

Lokasi : Kilang Datasonic Manufacturing Sdn Bhd, PJ

Tarikh : 21/12/2017 @ 2.15 pm





Video 1- Sidang media

Ringkasan

1. Pasport rekabentuk baru dengan penambahan ciri ciri keselamatan yang lebih canggih

2. Unsur unsur rukun negara dan gambar lokasi lokasi ikonik di masukkan dalam grafik pasport baru

3. Pasport baru memenuhi piawaian ICAO (International Civil Aviation Organisation).
 
4. Mesin cetak berteknoloji tinggi yang mampu mencetak dalam enam warna dan beroperasi dalam kawasan berciri keselamatan tinggi

5. Pulangan perkhidmatan terbaik buat Jabatan Imigresen dari segi masa pemperosesan pasport

6. Pembaharuan pasport mengambil masa 15 minit sementara pasport baru pula mengambil masa hanya sejam dari masa pembayaran diterima.

7. Semua UTC akan dapat mengendalikan sistem baru ini untuk manfaat rakyat Malaysia

 8. Pengeluaran pasport baru ini dilakukan dengan koordinasi PDRM dan Interpol

9. Inbound pelancung akan diproses melalui kaunter lama - 45 saat, dan kaunter autogate - 10 saat disetiap checkpoint memasuki Malaysia.





***************************************************************************************************************************************

1
 2
  3
 4
 5
 6
 7
 8



Saturday 16 December 2017

Forum membongkar Jho Low jadi ejen China untuk memerangkap dan melemahkan Najib melalui 1MDB

Acara : Forum Jho Low Dilindungi China Merah

Lokasi : Dewan Perhimpunan China Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH)

Tarikh : 16/12/2017



Majlis anjuran NGO Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL)


Video 1



Video 2


Video 3



Video 4




******************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
Mohamad bin Sabu, AMANAH
 7
Howard Lee Chuan How, ADUN Pasir Pinji DAP
 8
Howard Lee Chuan How, ADUN Pasir Pinji DAP
 9
Hishamuddin Rais, aktivis sosial dan politik
 10
 11
Hishamuddin Rais, aktivis sosial dan politik
 12
 13
Peguambela, Zainur Zakaria
 14
 15
 16
R.Sivarasa
 17
Mohamad bin Sabu, AMANAH
 18
Faiz Fadzil Noor, AMANAH
 19
 20