Showing posts with label negarawan. Show all posts
Showing posts with label negarawan. Show all posts

Thursday, 27 September 2018

Anwar Ibrahim mula bersyarah sebagai Negarawan

Acara : Syarahan Negarawan, Malaysia Baharu Ke Arah Memperkukuh Negara Bangsa
Anjuran Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP

Lokasi : Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka

Tarikh : 25/9/2018 @ 10.00 am




Anwar ingin melihat Dewan Bahasa & Pustaka memainkan peranan lebih besar dalam menyediakan ruang / platform dan peluang bagi rakyat Malaysia menyuarakan teguran dan bantahan kepada pemerintah bersesuaian dengan dasar kerajaan dalam memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat.  





*************************************************************************************************************************************

1
Prof Dr Mohamed Hatta bin Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
 2
 3
 4
 5
 6
7
  8
 9
 10
 11


Saturday, 23 December 2017

#pengkhianatbangsa tidak diendahkan penganjur perpaduan ummah

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Himpunan diadakan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine dalam isu Baitulmaqdis yang diiktirafkan sebagai ibunegara Israel oleh Trump.

Adakah penganjur fahami apa yang hendak PM Najib Razak sampaikan kepada dunia dan rakyat Malaysia amnya.. Ini apa yang PM Najib katakan dalam ucapan beliau -

"Kerana ...tanpa mengira apa jua fahaman politik , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama parti mana , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama NGO, betul Tuan Tuan ?
Kita berhimpun kerana kita hendak menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia ini bersatu menentang pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel."

Jelas sekali penganjur gagal dalam penganjuran ini kerana apa yang diucapkan oleh PM Najib tidak selari dengan realiti... Pertama sekali nama besar yang digembar gemburkan, Hadi Awang Presiden PAS gagal hadir walhal ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkhutbah di Masjid Rusila.

Yang keduanya Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir (yang telah dilabelkan sebagai #pengkhianatbangsa) hadir di Masjid Putra untuk bersolat Jumaat tanpa diendahkan langsung oleh penganjur atau hos mahupun ahli jemaah kabinet yang lain. Mana pergi adab ? Saya pasti mereka sedar akan kehadiran Dr Mahathir melalui pegawai pegawai mereka, mustahil mereka tidak tahu. Lagipun pengumuman telah dibuat ketika Dr Mahathir tiba oleh pihak masjid. Saya yakin tiada jemputan diberikan kepada Dr Mahathir. Dia hanya hadir untuk bersolat Jumaat. Kalau dijemput sudah pasti penganjur akan menyediakan pegawai pengiring atau disambut sendiri oleh Hos.

Apa salah nya disapa Dr Mahathir walau dengan Salam sebaris sekalipun. Puluhan wakil media bersedia dengan perakam masing masing untuk merakam saat tersebut. Hos akan kelihatan matang politik dalam situasi win-win. Dr Mahathir kalau tidak dijemput sudah pasti tidak akan mendesak atau meminta slot untuk berucap kerana beliau seorang negarawan yang cukup masak dalam hal hal ini.

Dengan tidak mengendahkan Dr Mahathir, terlepas lah peluang penganjur untuk mengotakan apa yang PM Najib war warkan dalam ucapan beliau.. Dr Mahathir saya percaya hanya mengintai suasana perhimpunan selain menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya... beliau tidak rugi apa apa pun...





*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12



Friday, 28 April 2017

Badrul Amin kesipuan akhirnya setelah berdoa laknat keatas Dr Mahathir

Acara : Malam Harapan Rakyat Bersatu bersama Negarawan Ulung Dr Mahathir

Lokasi : Cafe D'Manggis, Batu 16, Kuang, Selangor

Tarikh : 22/4/2017




Video 1 - Dulu Dr Mahathir didoa laknat oleh Badrul Amin ini kerana ketaksuban keatas Anwar Ibrahim, kini orang yang sama KESIPUAN duduk makan disebelah beliau.. ikuti ucapan beliau




*********************************************************************************
1
  2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
Dr Mahathir diperkenalkan kepada Mahathir Mohammad bin Mohd Faizal
 15
 16
Tun Siti bersama cucunda Datuk Azman Yaakob
 17 
 18
 19