Showing posts with label himpunan. Show all posts
Showing posts with label himpunan. Show all posts

Wednesday, 21 August 2019

50,000 Melayu dijangka hadir di Himpunan Penyatuan Ummah 2.0 Sg Manik

Acara : Sidang media oleh Pengerusi Jawatankuasa Himpunan UMNO Malaysia berkaitan
HIMPUNAN MELAYU BANGKIT & PENYATUAN UMMAH 2.0

Lokasi : Kediaman Tajuddin Rahman, Bukit Damansara, KL

Tarikh : 20/8/2019



Sidang media oleh Pengerusi Jawatankuasa Himpunan UMNO Malaysia berkaitan Himpunan Melayu Bangkit & Penyatuan Ummah 2.0.
Himpunan tersebut akan berlangsung di Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sg Manik, Pasir Salak, Perak pada 30/8/2019 bermula jam 8.00 malam.
Dijangkakan 50,000 orang akan hadir di Himpunan tersebut. Sg Manik menjadi pilihan kerana ia lambang tempat kebangkitan Melayu semasa menentang penjajahan British dan Komunis.
Presiden UMNO disahkan akan hadir selain #bossku dan Setiausaha Agung PAS.



**********************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10



Tuesday, 7 May 2019

Statut Rom mengukuhkan lagi penyatuan Ummah

Acara : Himpunan Selamatkan Kedaulatan ISLAM

Lokasi : Jalan Tuanku Abdul Rahman  sekitar SOGO

Tarikh : 4/5/2019



Video 1 - Ucapan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua PPUM



Video 2 - Ucapan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS



********************************************************************************************************************************

1
 2
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16



Sunday, 18 November 2018

Himpunan Kebangkitan Ummah berjaya tarik lebih 30,000 pejuang Melayu

Acara : Himpunan Kebangkitan Ummah

Lokasi : Pekan Kampung Gajah, Perak

Tarikh : 17/11/2018



Video 1 - Ucapan aluan dari tuan rumah, Tajuddin Rahman, MP Pasir Salak



Video 2 - Ucapan oleh Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak



Video 3 - Ucapan oleh Saarani Mohamed, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak



Video 4 - Ucapan oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.. Zahid menuding jari kearah PM4 yang telah mengajar orang UMNO untuk membenci Cina DAP dan orang PAS selama 22 tahun dibawah kepimpinan beliau. Kini beliau pula yang bercemolot dengan Cina DAP.

Zahid juga memberi amaran jangan sampai Melayu hancur hati dengan kerajaan hingga turun mengamok dijalanan. UMNO dan PAS tidak akan ketinggalan menyertai 'amokan'.



Video 5 - Ucapan oleh Haji Hadi Awang, Presiden PAS



Video 6 - Sidang media selepas Himpunan. Hadi menegaskan kerjasama antara PAS & UMNO setakat ini hanya bertumpu kepada isu yang memberi kesan kepada kepentingan bersama dan belum lagi menjerumus kepada kerjasama dalam penubuhan kerajaan perpaduan dan sebagainya. 



#video360 - War cry Himpunan Kebangkitan Ummah



#video360 - Dr Zahid Hamidi disambut dengan selawat Nabi ketika memasuki lokasi majlis



**********************************************************************************************************************************

Monday, 5 November 2018

UMNO / PAS bersatu guna isu ICERD perjuangkan hak Melayu, bagaimana pula BERSATU ?

Acara : Himpunan Bantah ICERD

Lokasi : Bermula di Masjid Jamek dan berarak ke SOGO KL

Tarikh : 4/11/2018



Video 1 - Ucapan oleh Roslan Md Isa, Presiden NGO GENERASI



Video 2 - Ucapan oleh Ustaz Masridzi Sat , Presiden PERKID



Video 3 - Ucapan oleh Kamruzaman Mohamad, Penolong Sekretariat UMMAH



Video 4 - Ucapan oleh Shahril Sufian Hamdan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia



Video 5 - Ucapan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO Malaysia



#video360 - Doa penutup oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS



#video360 - Sidang media oleh Dr Asyraf dan Muhammad Khalil




**************************************************************************************************************************
1
 2
 3

Saturday, 28 July 2018

Himpunan Kebangkitan Ummah berjaya tarik kehadiran ribuan walaupun hujan

Acara : Himpunan Kebangkitan Ummah
"Malaysia Baru Pasca PRU14 : Islam Melayu Terancam"

Lokasi : Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Tarikh : 28/7/2018



Video 1 - Mesej tegas kepada Bangsa Melayu untuk mempertahankan dan memartabatkan Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.. UEC tidak perlu ada dalam sistem pendidikan Malaysia.



Video 2 - Teguran dan sindiran melalui sajak kepada Dr Mahathir dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan oleh tokoh bahasa, Prof  Dr Awang Salehan



Video 3 - Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan pendirian beliau mengenai PRK N49 Sg Kandis.. Pakatan Harapan mesti dikalahkan..



Video 4 - Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia kecewa dengan sikap hipokrit Dr Mahathir yang berubah setelah menjadi PM7.



Video 5 - ISMA yakin kerajaan Dr Mahathir kini di pengaruhi oleh golongan kafir



Video 6 - Ucapan penutup dan bacaan resolusi oleh Aminuddin Yahya



#suasana360
Himpunan Kebangkitan Ummah @ Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur on 28/7/2018 - Spherical Image - RICOH THETA


**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
Rais Yatim
 9
Rais Yatim
10 
Zaman Khan

Sunday, 24 December 2017

Agenda Najib Razak disebalik Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm


Agenda Najib Razak dalam penganjuran Himpunan Sodidariti Selamatkan Baitulmaqdis (SSB) dapat disimpulkan dengan jelas dalam video #4, iaitu untuk menjadi pemangkin dalam perpaduan ummah di Malaysia.

Selain itu SSB juga  boleh dianggap sebagai cara yang selamat dan boleh diterima oleh orang Melayu / Islam untuk berhimpun bagi diarahkan tenaga mereka kesuatu matlamat bersama.

PRU14 semakin hampir dan thema bagi siri  Himpunan SSB yang akan diteruskan setiap bulan (sehingga PRU14 atau isu Baitulmaqdis selesai, yang mana sampai dulu) ialah kesatuan atau perpaduan ummah. Mesej ini amat penting bagi Najib mengembeling sokongan Melayu kepada UMNO / BN yang terhakis teruk dengan ada nya PPBM.

Himpunan SSB ini tidak akan memakan belanja yang tinggi kerana ianya akan dilakukan diperkarangan Masjid seluruh negara yang berkemungkinan akan melibatkan Menteri Menteri Besar, Ahli Parlimen, Menteri Pusat yang balik kawasan selain PM dan TPM sendiri. Impak nya dijangka tinggi kerana audien orang Melayu yang terlibat tidak hanya terbatas kepada penyokong UMNO / BN sahaja. Ianya akan melibatkan kesemua jemaah masjid yang hadir pada solat Jumaat hari majlis tersebut diadakan. 


Video 1- Penganjur gagal penuhi aspirasi PM Najib Razak penyatuan ummah


Video 2 - Naji rela dikerat sehingga ke ketulan daging terakhir demi Baitulmaqdis



Video 3 - Himpunan Solidariti Selamatkan Baitumaqdis akan diadakan setiap bulan



Video 4 - Agenda Najib disebalik penganjura Himpunan SSB




#suasana360 dari pelbagai sudut


**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Saturday, 23 December 2017

#pengkhianatbangsa tidak diendahkan penganjur perpaduan ummah

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Himpunan diadakan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine dalam isu Baitulmaqdis yang diiktirafkan sebagai ibunegara Israel oleh Trump.

Adakah penganjur fahami apa yang hendak PM Najib Razak sampaikan kepada dunia dan rakyat Malaysia amnya.. Ini apa yang PM Najib katakan dalam ucapan beliau -

"Kerana ...tanpa mengira apa jua fahaman politik , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama parti mana , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama NGO, betul Tuan Tuan ?
Kita berhimpun kerana kita hendak menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia ini bersatu menentang pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel."

Jelas sekali penganjur gagal dalam penganjuran ini kerana apa yang diucapkan oleh PM Najib tidak selari dengan realiti... Pertama sekali nama besar yang digembar gemburkan, Hadi Awang Presiden PAS gagal hadir walhal ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkhutbah di Masjid Rusila.

Yang keduanya Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir (yang telah dilabelkan sebagai #pengkhianatbangsa) hadir di Masjid Putra untuk bersolat Jumaat tanpa diendahkan langsung oleh penganjur atau hos mahupun ahli jemaah kabinet yang lain. Mana pergi adab ? Saya pasti mereka sedar akan kehadiran Dr Mahathir melalui pegawai pegawai mereka, mustahil mereka tidak tahu. Lagipun pengumuman telah dibuat ketika Dr Mahathir tiba oleh pihak masjid. Saya yakin tiada jemputan diberikan kepada Dr Mahathir. Dia hanya hadir untuk bersolat Jumaat. Kalau dijemput sudah pasti penganjur akan menyediakan pegawai pengiring atau disambut sendiri oleh Hos.

Apa salah nya disapa Dr Mahathir walau dengan Salam sebaris sekalipun. Puluhan wakil media bersedia dengan perakam masing masing untuk merakam saat tersebut. Hos akan kelihatan matang politik dalam situasi win-win. Dr Mahathir kalau tidak dijemput sudah pasti tidak akan mendesak atau meminta slot untuk berucap kerana beliau seorang negarawan yang cukup masak dalam hal hal ini.

Dengan tidak mengendahkan Dr Mahathir, terlepas lah peluang penganjur untuk mengotakan apa yang PM Najib war warkan dalam ucapan beliau.. Dr Mahathir saya percaya hanya mengintai suasana perhimpunan selain menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya... beliau tidak rugi apa apa pun...





*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12