Showing posts with label #pengkhianatbangsa. Show all posts
Showing posts with label #pengkhianatbangsa. Show all posts

Saturday, 23 December 2017

#pengkhianatbangsa tidak diendahkan penganjur perpaduan ummah

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Himpunan diadakan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine dalam isu Baitulmaqdis yang diiktirafkan sebagai ibunegara Israel oleh Trump.

Adakah penganjur fahami apa yang hendak PM Najib Razak sampaikan kepada dunia dan rakyat Malaysia amnya.. Ini apa yang PM Najib katakan dalam ucapan beliau -

"Kerana ...tanpa mengira apa jua fahaman politik , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama parti mana , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama NGO, betul Tuan Tuan ?
Kita berhimpun kerana kita hendak menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia ini bersatu menentang pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel."

Jelas sekali penganjur gagal dalam penganjuran ini kerana apa yang diucapkan oleh PM Najib tidak selari dengan realiti... Pertama sekali nama besar yang digembar gemburkan, Hadi Awang Presiden PAS gagal hadir walhal ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkhutbah di Masjid Rusila.

Yang keduanya Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir (yang telah dilabelkan sebagai #pengkhianatbangsa) hadir di Masjid Putra untuk bersolat Jumaat tanpa diendahkan langsung oleh penganjur atau hos mahupun ahli jemaah kabinet yang lain. Mana pergi adab ? Saya pasti mereka sedar akan kehadiran Dr Mahathir melalui pegawai pegawai mereka, mustahil mereka tidak tahu. Lagipun pengumuman telah dibuat ketika Dr Mahathir tiba oleh pihak masjid. Saya yakin tiada jemputan diberikan kepada Dr Mahathir. Dia hanya hadir untuk bersolat Jumaat. Kalau dijemput sudah pasti penganjur akan menyediakan pegawai pengiring atau disambut sendiri oleh Hos.

Apa salah nya disapa Dr Mahathir walau dengan Salam sebaris sekalipun. Puluhan wakil media bersedia dengan perakam masing masing untuk merakam saat tersebut. Hos akan kelihatan matang politik dalam situasi win-win. Dr Mahathir kalau tidak dijemput sudah pasti tidak akan mendesak atau meminta slot untuk berucap kerana beliau seorang negarawan yang cukup masak dalam hal hal ini.

Dengan tidak mengendahkan Dr Mahathir, terlepas lah peluang penganjur untuk mengotakan apa yang PM Najib war warkan dalam ucapan beliau.. Dr Mahathir saya percaya hanya mengintai suasana perhimpunan selain menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya... beliau tidak rugi apa apa pun...





*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12



Saturday, 31 December 2016

#pengkhianatbangsa ada cara menghalalkan BR1M

Acara : Ceramah Perdana - Sengsara Rakyat

Lokasi : Dataran Pantai Morib, Banting, Selangor

Tarikh : 30/12/2016



Video 1 - #pengkhianatbangsa berkias mengenai penyokong yg tidak mahu menerima kebenaran kerana telah diberi suapan yg secukupnya...manakan Najib boleh disabit dengan sebarang kesalahan bilamana sistem perundangan tidak boleh diguna pakai keatas beliau..




Video 2 - #pengkhianatbangsa beri cadangan kepada PM Najib bagaimana cara hendak 'menghalalkan' BR1M.. Nampak gayanya polimik BR1M haram ini sengaja dicetuskan oleh #pengkhianatbangsa untuk melihat respon kerajaan dan rakyat Malaysia am nya sedangkan hakikat nya beliau membuat kenyataan tersebut dengan penuh kewarasan dan alasan yang kukuh. Now the ball is back at PM Najib's feet... nak tendang kedepan, dribble sikit lagi atau tendang kebelakang masuk goll sendiri ??



Video 3 - Kaw kaw Jamal 'Jamban' kena belasah dengan 'Taiko' Sekinchan.  Wak Ng Suee Lim mengaku di Sekinchan memang ada orang tak siuman ari kalangan Melayu dan Cina. Mereka ini bila berjalan marah-marah dan jerit-jerit,tak ada pula antara mereka yang berjalan disiang hari dengan hanya memakai tuala.. ringkas nya orang yang memakai tuala ketika di Bangunan SUK baru-baru ini memang sengaja membuat kerja gila kerana imbuhan dedak



Video 4 - Peneroka FELDA habiskan sisa hidup berhutang sepenuhnya untuk tampung hidup kerana FELDA gagal dalam tanggungjawab nya untuk tanam semula sawit




*********************************************************************************


*********************************************************************************

1
 2
Tuan rumah Hasnul Baharuddin, ADUN Morib (AMANAH)
 3
 4
 5
Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan (DAP) menempelak Jamal Jamban
 6
Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan (DAP) menempelak Jamal Jamban
 7
Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan (DAP) menempelak Jamal Jamban
 8
 9
Abdullah Sani, MP Kuala Langat (PKR)... membelasah PM Najib dengan Cilaka, Sial, Haramjadah
 10
Abdullah Sani, MP Kuala Langat (PKR)... membelasah PM Najib dengan Cilaka, Sial, Haramjadah