Tuesday 25 June 2019

Keadilan akan berusaha membawa masuk pelaburan dari pengeluar i-Phone ke Malaysia

Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Pusat Keadilan

Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara

Tarikh : 23/6/2019




Ringkasan kenyataan Presiden Keadilan

1. Keadilan akan meneruskan penekanan kepada reformasi ekonomi melalui pelaburan domestik dan asing yang berkualiti

2. Keadilan akan berusaha menjemput dan membawa masuk pengeluar i-Phone untuk bertapak di Malaysia

3. Keadilan memutuskan untuk meningkatkan kegiatan lawatan Presiden dan pimpinan keseluruh negara

4. Keadilan berpuas hati dengan rencana transisi Perdana Menteri seperti yang telah dipersetujui dan diumumkan dalam Konvensyen PH pada 7/1/2018 di IDCC, Selangor

5. Keadilan menegaskan sokongan kepada PM7 bersama para Menteri untuk meneruskan usaha memacu ekonomi melaksana reformasi institusi dan menjamin keselamatan negara.


Ikuti jawapan penuh dari Anwar Ibrahim soalan soalan berkaitan isu video #semburit
dalam rakaman sidang media dibawah ini


**********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6


Monday 24 June 2019

Penubuhan Bahagian dan Cawangan berjalan lancar sejak PUTRA mendapat kelulusan pendaftaran dari ROS

Acara : Sidang media Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PUTRA) 

Lokasi : Rumah Bakti Dato' Harun, Hulu Kelang, Selangor

Tarikh : 23/6/2019




Intipati kenyataan oleh Presiden Penaja PUTRA



1. perlantikan 5 Ahli Dewan tertinggi (ADT) tambahan

2. perlembagaan PUTRA membenarkan perlantikan 34 ADT, kini ada satu lagi kekosongan


3. penubuhan Pusat Pemikir tempat pengumpulan data untuk kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Pusat ini akan dikendalikan oleh seorang graduan lepasan University Bristol, UK 


4. sejak mendapat kelulusan pedaftaran dari ROS 8/5/2019, PUTRA telah berjaya melantik 124 Ketua Bahagian dari 191 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia kecuali Sarawak


5. PUTRA mensasarkan kesemua 191 Bahagian didaftarkan di ROS sebelum 31/7/2019 dan seterusnya melancarkan PUTRA secara rasmi pada 1/9/2019


6. PUTRA berharap dapat mengadakan Persidangan Agung Tahunan pertama mereka pada 8/5/2020, bersempena sambutan ulangtahun pertama penubuhan mereka. 




Video 1 - Perkara yang dibincangkan mengenai PUTRA



Video 2- Putra menganggap gerakan Penyatuan Ummah yang dilakukan dalam kerjasama antara PAS dan UMNO bukan lah penyatuan ummah yang sebenarnya kerana hanya melibatkan dua pihak dan tidak melibatkan pihak lain. Penyatuan Ummah mesti lah kerana Allah dan bukan nya hanya untuk memenangi Pilihanraya



Video 3 - Kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Mufti Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan amat memalukan dan mengelirukan umat Islam. Isu video #semburit akan menjadi modal politik dalam PRU15 akan datang sekiranya Azmin gagalkan membersihkan nama beliau.



Video 4 - PUTRA desak penubuhan segera RCI untuk menyiasat kematian Adib



Video 5 - Tok Him berpandangan bahawa Dr Mahathir akan tetap mengotakan janji beliau untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai pengganti beliau kerana beliau tiada pilihan lain. Beliau juga yakin PRU15 tidak akan diadakan dlaam masa terdekat



*****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday 22 June 2019

HENTIKAN POLITIK JIJIK DAN TOKSIK




HENTIKAN POLITIK JIJIK DAN TOKSIK
oleh SHAHBUDIN HAJI EMBUN

Sebaik sahaja habis Ramadan , bulan yang mulia dan yang sentiasa dirindui apabila meninggalkan kita ,timbullah  bulan Syawal yang mana merupakan  bulan umat Islam meraikan kejayaan setelah berpuasa menahan nafsu, lapar dan dahaga selama sebulan.

Dan nampaknya kejayaan ini juga diraikan oleh mereka yang masih suka mengamalkan politik jijik di negara kita. Segala perkara jijik yang disimpan, dikeluarkan dalam bentuk permainan politik.

Isu video seks songsang yang kononnya membabitkan seorang menteri terus menjadi tular. Pengakuan dan penafian menguasai ruang berita, manakala timbul pula pelbagai lagi tuduhan yang terus memburukkan keadaan.Masyarakat terus menanti akan siasatan yang sedang dilakukan manakala penganalisis politik terus membuat pelbagai andaian dan teori yang  dikaitkan dengan skandal ini.

Inilah masanya, semua golongan dan rakyat di negara kita menolak politik kotor dan jijik kerana nampaknya taktik yang digunakan ini  boleh terjadi kepada sesiapa saja .Ini bukanlah taktik baru dan sekaligus menunjukkan juga yang kita masih belum matang dan bersedia menjadi sebuah negara maju dan bertamadun.

Adakah kita berbangga apabila negara luar memaparkan berita tentang politik kotor seperti ini. Benarlah kata barat “Sex Sells” dan inilah senjata yang digunakan oleh mereka yang ingin sabotaj dan berasa dengki terhadap para pemimpin di negara ini. 

Kemudian muncul pula isu tentang sebuah manuskrip yang bertajuk “Mengapa Anwar tak boleh jadi PM” yang ditulis oleh Yahaya Ismail, yang terkenal sebagai seorang penulis politik. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan yang dia telah menerima sebuah manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ dan menurut Johari, manuskrip tersebut sarat dengan fitnah dan  tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.Laporan polis sudahpun dibuat dan perkara ini perlu disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya. 

Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin yang sudah merasai jatuh bangun, Anwar sudah biasa dengan permainan politik kotor ini. Bagi Anwar, ini semua adalah episod dan asam garam yang sudah biasa dilalui oleh beliau. Apa yang dilakukan ini semua adalah untuk mensabotaj perjanjian yang sudah diketahui umum bahawa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 8. 

Berikanlah kepercayaan kepada pucuk pimpinan hari ini untuk membuat keputusan yang betul. Walaupun timbul pelbagai isu dan teori yang dikaitkan dengan pemilihan Perdana Menteri yang ke 8, kita mesti yakin dengan proses peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar akan berjalan dengan baik dan sepertimana yang dirancang.  Jangan dihiraukan pihak yang tidak senang dengan proses ini . Perlu dijelaskan bahawa, Anwar sentiasa berbincang dengan Mahathir dan baru-baru ini sebelum Mahathir pergi ke Bangkok, Anwar sempat bersemuka dengan Mahathir bagi membincangkan isu-isu semasa termasuklah bersetuju untuk terus memberikan tumpuan kepada pembangunan negara.

Sungguhpun begitu, pihak yang berasa dengki akan terus  mencari pelbagai isu yang negatif. Itu sebabnya golongan ini akan terus menggunakan isu tentang seks, skandal, rasuah , maksiat dan segala yang berkaitan dengan politik jijik . Biarpun elemen-elemen kotor ini masih mendapat tempat dan disukai oleh masyarakat, namun rata-rata masyarakat kita hari ini sudah mula  muak dengan permainan politik kotor ini. 

Kita mengamalkan sistem demokrasi dan jika ada sesuatu yang ingin diluahkan, lakukan dengan mengikut sistem yang sudah  diamalkan dan berdasarkan kepada fakta, bukannya dengan menabur fitnah dan terus menggunakan politik jijik untuk menjatuhkan seseorang. 

Itu sebabnya rakyat Malaysia terus diminta supaya jangan melayan isu isu politik jijik seperti ini. Adalah lebih baik, kita bersama menggembling tenaga membangun dan menguatkan ekonomi negara kita.Biarlah kita bertekak dan berbahas tentang isu-isu ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. 

Hari ini, pelbagai isu tentang ekonomi , pendidikan, serta pelbagai lagi isu  harian yang dikaitkan dengan kehidupan masyarakat Malaysia sudah dibahaskan secara terbuka. Bahkan pihak media juga melaporkan segala yang tidak puas hati di kalangan rakyat serta dari pelbagai parti politik. 
Gunalah saluran yang betul untuk mengkritik dan buktikan kepada dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang matang dalam membincangkan isu-isu semasa yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat.  

oleh

Shahbudin Embun 
Pengerusi Biro Politik
Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM)


Nota :  Banyak penerangan dan jawapan mengenai tuduhan keatas penulis Yahaya Ismail boleh diperolehi di Facebook Yahaya Ismail








Wednesday 19 June 2019

Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik dan Haziq tidak dipecat buat masa ini

Acara : Sidang media Biro Politik Keadilan mengenai keputusan dan tindakan
yang akan diambil dalam isu video #semburit

Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara

Tarikh : 19/6/2019


Ini mesyuarat Biro Politik kedua yang Azmin Ali tidak hadir selepas tersebar nya video #semburit.
Lembaga Disiplin yang di pengerusikan   Ahmad Kassim telah membuat rumusan dan memutuskan perkara perkara berikut :-

1. surat tunjuk sebab kepada Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengapa tindakan tidak boleh diambil keatas beliau kerana telah mencemar nama baik parti

2. ambil maklum penafian oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali dan akan meneliti jika ada sebarang penjelasan lanjut  

3. menunggu hasil siasatan dan dapatan dari PDRM dan pihak pihak yang berwajib

4. amaran kepada semua ahli Keadilan untuk tidak membuat sebarang ulasan atau kenyataan tanpoa sebarang asas.



**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6



Kemelut video #semburit membuka ruang untuk penulis memeras RM400,000 dari Anwar

Acara : Sidang media oleh Johari Abdul mengenai laporan Polis keatas
penulis manuskrip 'Kenapa Anwar Tak Boleh Jaid PM'

Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara

Tarikh : 19/6/2019



Sidang media selepas laporan Polis dibuat keatas penulis manuskrip "Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM". Laporan dibuat kerana ada unsur fitnah dan cubaan memeras RM400,000 dari Anwar Ibrahim dengan alasan untuk menjual hak keatas penerbitan buku tersebut.



FB Entry selepas sidang media sebelum laoran Polis dibuat..

 


********************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6


Sunday 16 June 2019

Setelah tonton, Wanita Keadilan yakin video #semburit palsu dan Azmin bersih

Acara : Sidang media Wanita Keadilan Pusat dalam isu video #semburit yang melibatkan
Timbalan Presiden KEADILAN

Lokasi : Bilik Mesyuarat Ibupejabat KEADILAN, Tropicana Damansara

Tarikh : 15/6/2019


Ringkasan

Wanita Keadilan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali kerana merasakan ada pihak yang tidak senang dengan kemaraan dan pencapaian beliau dalam kerajaan.

Pemerhatian

1. wakil cabang mengatakan itu bukan Haziq
2. keluarganya juga tidak mengaku itu Haziq
3. Haziq sendiri tidak muncul secara peribadi
4. manipulasi dengan menggunakan teknik editing terkini
5. rakyat Malaysia perlu matang dan tidak terpedaya dengan video yang dimanipulasikan


Yang pelik nya semua ini timbul setelah perlantikan Ketua Pengarah SPRM yang baru.
Seolah olah ada usaha melaga-lagakan lagakan PM dengan Azmin yang dilihat berada dalam satu pasukan.

Wanita juga tidak bersetuju dengan saranan Otai Reformis untuk Azmin ambil cuti.

Wanita menyeru SKMM melakukan siasatan terperinci dan melakukan tindakan tegas keatas mereka yang terlibat dalam merakam dan mengedar video lucah tersebut.

Wanita seluruh negara akan membuat laporan Polis terhadap Haziq dalam masa terdekat

Mungkin ada pihak yang cuba memecah belahkan parti selepas pemilihan parti.

Menggantung jawatan Haziq sebagai Ketua AMK Santubong dan sebagai SUSK kepada Shamsul Iskandar.



Video sidang media Wanita Keadilan



1
 2
 3
 4




Saturday 15 June 2019

Pendirian Dr Mahathir untuk halang ektradisi Dr Zakir Naik dapat sokongan Gabungan NGO Prihatin Malaysia

Acara : Sidang media Kempen Sokongan Untuk Dr Zakir Naik
"NO TO EXTRADITION TO INDIA" oleh Gabungan NGO Prihatin Malaysia

Lokasi : Wisma MPM, Taman Duta, KL

Tarikh  : 14/6/2019



Kenyataan Bersama
TIDAK KEPADA EKSTRADISI DR. ZAKIR NAIK
14 Jun 2019

Kami menolak percubaan berulang kali oleh kerajaan India menekan Malaysia untuk mengekstradisi Dr Zakir Naik balik ke India.

Kami menyatakan sokongan penuh pendirian kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia tidak akan mengekstradisi Dr Zakir Naik untuk dibawa balik ke India.

Kami bukan mempersoalkan sistem perundangan India tetapi yang kami persoalkan ialah sistem pembicaraan yang didakwa akan dijalankan ke atas Dr Zakir Naik adalah pembicaraan yang tidak adil melihat kepada sikap kerajaan India dan media perdana India yang telah menanamkan prejudis buruk terhadap beliau. Dengan itu niat ekstradisi yang dituntut oleh kerajaan India hanyalah untuk menahan beliau bertahun-tahun untuk kemudian baru kemungkinan akan dibicara.

Kerajaan India cuba mendakwa Dr Zakir dengan tuduhan untuk mengaitkannya dengan pelanggaran undang-undang India dengan mengalihkan tuduhan dari dakwaan terbabit dengan menghasut keganasan kepada terhadap pengubahan wang haram. Kami menganggap tuduhan itu sebagai naratif untuk menghubungkannya dengan aktiviti pengganas yang ditolak dengan tegas oleh Dr Zakir dan pihak berkuasa India sendiri juga gagal untuk menghasilkan bukti  untuk menghukumnya.

Kami melihat bahawa prasangka terhadap Dr Zakir dan Muslim telah menjadi motif dasar untuk mendakwa dia dengan niat untuk membendung pengaruh besarnya di India dan dunia Islam. Pihak berkuasa India terlibat  dalam agenda Islamophobia dan mensasarkan Dr Zakir sebagai tokoh utama untuk menanamkan kebencian terhadap Islam dan umat Islam.

Tuduhan tidak berasas telah dilemparkan kepadanya untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia adalah pendakwah yang bermasalah yang mengancam kerajaan India. Padahal prasangka ke arah umat Islam kerap diungkapkan oleh pemimpin kerajaan di India hatta dalam kempen pilihanraya baru-baru ini. Bbahawa setiap suara untuk membawa Islam dalam kehidupan arus perdana umat Islam dan menjadikan orang bukan Islam untuk lebih memahami Islam dianggap satu ancaman.

Kerajaan India berusha untuk mendakwa Dr Zakir dengan kesalahan yang boleh dihukum. Beliau cuba dikaitkan dengan keganasan dan kemudian bertukar kepada dakwaan pengubahan wang haram. Menukar tuduhan hanya kerana mahu mencari kesalahan dan memenjarakannya tidak memenuhi erti keadilan. Jika memenjarakan seseorang  hanya dengan niat untuk menafikan haknyanuntuk mendapat pembicaraan yang adil maka menuntut ia diextradisi adalah berniat jahat.

Kami kesal kerajaan India telah sanggup mengusahakan sehingga dua percubaan untuk menyenaraikan Dr Zakir dalam senarai merah Interpol. Jelas dua percubaan itu gagal dan memalukan kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh. Maka, kenapa pihak kerajaan India beria-ia benar untuk meneruskan percubaan untuk menahan beliau?

Kami menolak dengan tegas untuk menuding Dr Zakir Naik sebagai penyebab pelampau radikal di India dan dimana sekalipun.

Tuduhan Dr Zakir sebagai pembawa ideologi yang kontroversial menggambarkan kejahilan pihak kerajaan India dan mereka yang memusuhi beliau tentang apa yang dibicara oleh ilmuwan ini.. Tidak ada mesej yang dapat dikesan dalam ucapannya bahawa dia menyebarkan ekstremisme dan radikal.

Dengan menuding bahawa Dr Zakir  "mengilhami kelompok yang berjihad termasuk orang-orang yang melakukan serangan ganas ", adalah tuduhan yang liar dan bersifat cakap-dengar.  Hanya kerana dia dapat meyakinkan berjuta-juta khalayak melalui hujah-hujah Islam untuk pelbagai persoalan yang ditimbulkan dalam ceramahnya, tidak bermakna dia menggalakkan perpecahan, persengketaan sosial dan agama.

Ketidakupayaan untuk membalas hujah-hujahnya adalah masalah mereka yang ingin berdepan dengannya. Bagaimanakah dia hendak dipersalahkan jika beliau ditanya oleh golongan bukan Islam dalam ceramah beliau ?

Pendirian kerajaan Malaysia membenarkan Dr Zakir  tinggal di Malaysia adalah sah kerana dia telah memasuki Malaysia secara sah dan tidak ada bukti beliau melakukan kesalahan melanggar undang-undang di negara ini dan juga undang-undang di India untuk menjustifikasi pengusiran beliau kembali ke India.

Pengetahuan beliau yang berwawasan tentang Islam dan menyeru agar wujud kedamaian dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia amat jelas dan masyarakat Islam Malaysia mengalu-alukan kupasan dan hujah ilmiah beliau.

Berdasarkan asas apa yang India dan ada kelompok di negara ini menuntut penyingkiran Dr Zakir dari Malaysia?. Apa yang jelas adalah serangan terhadap umat Islam oleh kempen anti-Muslim seluruh negara di India adalah yang paling teruk daripada radikalisme agama.

Mereka menuduh orang bukan Islam, adalah sasaran utama Dr Zakir dan golongan jihadis asing dan pelampau tempatan cenderung mensasarkan tempat ibadat bukan Islam. Di manakah buktinya? Hanya mengeluarkan pendapat tidak boleh menjadi alasan untuk memulakan proses undang-undang. Ia juga boleh dilihat sebagai provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan sosial antara pengikut agama.

Kami mengesa:
1. Kerajaan Malaysia berpendirian teguh untuk tidak tunduk kepada desakan kerajaan Indian untuk mengesktradisi Dr Zakir Naik ke India.
2.  Semua rakyat Malaysia menyokong pendirian kerajaan Malaysia untuk mempertahankan pendirian tidak mengesktradisi Dr Zakir Naik.
3. Kerajaan India menghentikan kempen penghinaan serta permusuhan dan agenda Islamofobia terhadap Muslim dan Islam di India.
4. Media tidak menegangkan isu agama yang boleh mencetuskan kesangsian antara penganut agama berasaskan fakta palsu mengenai agama dan perbalahan antara agama.
5. Percubaan untuk menekan kerajaan Malaysia untuk menesktradisi Dr Zakir hendaklah dihentikan.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


Penganjur menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu usaha ini dengan menandatangi petition online di capaian berikut :

Support Dr Zakir Naik : Say No to India Extradition




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9



Thursday 6 June 2019

Siapa gerangan bakal menjadi TYT Gabenor Melaka yang baru ?






KALAU  MEMILIH  TEMPAT  MANDI, PERTAMA  TELUK KEDUA  PANTAI

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 06/06/19
( 1 -  19 )


1.  Walaupun tempoh tamat perkhidmatan Khalil Yaakub sebagai  Tuan Yang Terutama ( TYT )  atau Gabenor  Negeri Melaka tamat pada bulan April 2020, namun secara senyap - senyap usaha lobi-melobi sudah pun bermula.

2.  Khalil yang dipilih oleh Dollah Badawi sebagai balasan mengenepikan Perdana Menteri, Dr. Mahathir ketika itu, telah Mengangkat Sumpah Jawatan TYT dalam tahun 2004.

3.  Menjelang 2020, Khalil akan berusia 80 tahun dan menjadi TYT selama 16 tahun lamanya.

4.  Bemula dengan Tun Leong Yew Koh sehingga kini BELUM PERNAH lagi anak kelahiran Melaka di angkat sebagai TYT.

5.  Apakah ini balasan ALLAH SWT terhadap rakyat Melaka diatas kekejaman Sultan Mahmood yang dibunuh semasa dijulang oleh Megat Sri Rama, Laksamana Bentan di suatu ketika dahulu? Wallahhualam!!

6.   Walau pun tidak penting namun hari ini selepas  61 tahun Merdeka, rakyat  Melaka ingin melihat buat pertama kali seorang anak kelahiran negeri itu dipilih sebagai Tuan Yang Terutama atau Gabenor yang baru.

7.  Jangan ketepikan pesan datuk nenek kita dahulu yang berbunyi - “Jika Memilih Tempat Mandi , Pertama Teluk,  Kedua Pantai”.

“Jika Memilih Ketua, Pertama Elok , Kedua Pandai”.

8.  Ungkapan ini membawa maksud yang mendalam.

9.  Seperti Sultan, TYT atau Gabenor adalah lambang sesebuah negeri, justeru mereka yang dipilih MESTILAH mempunyai  intergriti yang baik yang boleh dihormati oleh rakyat negeri berkenaan.

10.  Ini zaman Tun Dr. Mahathir yang mengutamakan intergriti dari loyalti.

11.  Apa gunanya mempunyai pemimpin yang loyal atau setia tapi tidak punyai latar belakang yang baik.

12.  Apakah Perdana Menteri akan memilih orang yang sudah terpalit dengan berbagai skandal seperti merogol anak gadis bawah umur sehingga melahirkan anak, berzina  dengan gadis keturunan Portugis, salah guna kuasa dan rasuah?

13.   Tun mempunyai pilihan, memilih Tan Sri Rahim Noor , mantan IGP atau Tan Sri Abu Talib Othman, mantan Peguam Negara sebagai Gabenor Melaka yang baru.

14.  Kedua - dua mereka adalah anak kelahiran tulen Negeri Melaka.

15.  Inilah hadiah yang paling bermakna dan berharga kepada rakyat Melaka sempena  lawatan rasmi Perdana Menteri ke Melaka pada 10hb Jun ini.

16.  Jika anak kelahiran Kedah, Tunku Abdul Rahman  boleh mengisytiharkan tarikh Kemerdekaan Negara di Padang Bandar Hilir , Melaka  pada bulan Februari 1956, maka tidak menjadi isu jika kali ini anak keturunan Kedah juga mengisytiharkan bahawa mulai April 2020 seorang anak Melaka yang dihormati  akan di angkat buat pertama kalinya sebagai Tuan Yang Terutama ( TYT ) Melaka.

17. "BIARLAH  SIRIH  PULANG KE  GAGANG”.

18.  Semoga segala apa yang dihajatkan dimakbulkan ALLAH SWT.

19.  Selamat Berhari Raya.

Terima Kasih.