Showing posts with label dr zakir naik. Show all posts
Showing posts with label dr zakir naik. Show all posts

Sunday, 8 September 2019

Malam Islam Bersatu bersama Dr Zakir Naik berjalan lancar walaupun menerima bantahan pihak Kafir

Acara : Malam Islam Bersatu bersama Dr Zakir Naik

Lokasi : Masjid Cina, Krubong, Melaka

Tarikh : 7/9/2019




Video 1 - Selawat keatas Nabi Muhammad SAW ketika menyambut ketibaan Dr Zakir Naik




Video 2 - Dr Zakir Naik mengimamkan solat Maghrib dan juga solat Isyak



Video 3 - Majlis tahlil dan bacaan Yassin di kepalai oleh Imam Masjid Cina selepas solat Maghrib



Video 4 - Pengerusi Masjid Cina, Krubong, Melaka merangkap EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Mohd Rafiq bertemu media selepas Dr Zakir meninggalkan masjid.  Beliau menerangkan serba sedikit masalah yang dihadapi dalam menguruskan majlis ini dengan tentangan hebat diterima dari pihak Kafir dalam kerajaan negeri Melaka sendiri.




*********************************************************************************************************************

1
2

Friday, 16 August 2019

Dr Zakir Naik beri keterangan Polis berkaitan intipati ucapan di Kota Bharu

Acara : Dr Zakir Naik beri keterangan berkaitan intipati ucapan beliau di Kota Bharu

Lokasi : Ibupejabat Polis Bukit Aman, KL

Tarikh : 16/8/2019


Pada sebelah pagi Dr Zakir Naik telah pun membuat satu lapuran Polis di Shah Alam berkaitan :
Zakir Naik lapor polis terhadap lima individu termasuk Kulasegaran


Selepas solat Jumaat kami difahamkan Dr Zakir Naik dan beberapa orang pengarang dan wartawan media elektronik telah pun memasuki ibupejabat Polis Bukit Aman untuk beri keterangan berkaitan lapuran yang diterima mengenai intipati ucapan Dr Zakir Naik di Kota Bharu minggu lepas.


**************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8



Wednesday, 14 August 2019

Sidang media PUTRA - isu ketegangan antara kaum - Melayu sudah hilang sabar

Acara : Sidang media Presiden PUTRA

Lokasi : Kompleks Damai, Jalan Lumut, KL

Tarikh : 14/8/2019




Video 1 - Tok Him berpendapat suasana tegang diantara kaum dan keresahan rakyat sudah memuncak disebabkan cara kerajaan mengendalikan beberapa isu mutakhir ini seperti kes kematian Adib dan kini Syed Danial, kes video semburit, kes rogol bibik, isu kilang Lynas dan sikap rasis Dong Zong



Video 2 - PUTRA bidas dan kecam sikap biadap dan celupar Koon Yew Yin yang menyifatkan anggota tentera hanya makan dan tidur dan membazirkan wang kerajaan.



Video 3 -  Tok Him kecam kenyataan Rais Yatim dan mempersoal motif sebenar Rais dalam mengeluarkan kenyataan menyokong suara puak minoroti yang ingin Dr Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian



Video 4 - Tok Him berharap Dr Mahathir tidak hanya beretorik semata mata untuk mendapat sokongan Melayu .




***************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Saturday, 15 June 2019

Pendirian Dr Mahathir untuk halang ektradisi Dr Zakir Naik dapat sokongan Gabungan NGO Prihatin Malaysia

Acara : Sidang media Kempen Sokongan Untuk Dr Zakir Naik
"NO TO EXTRADITION TO INDIA" oleh Gabungan NGO Prihatin Malaysia

Lokasi : Wisma MPM, Taman Duta, KL

Tarikh  : 14/6/2019



Kenyataan Bersama
TIDAK KEPADA EKSTRADISI DR. ZAKIR NAIK
14 Jun 2019

Kami menolak percubaan berulang kali oleh kerajaan India menekan Malaysia untuk mengekstradisi Dr Zakir Naik balik ke India.

Kami menyatakan sokongan penuh pendirian kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia tidak akan mengekstradisi Dr Zakir Naik untuk dibawa balik ke India.

Kami bukan mempersoalkan sistem perundangan India tetapi yang kami persoalkan ialah sistem pembicaraan yang didakwa akan dijalankan ke atas Dr Zakir Naik adalah pembicaraan yang tidak adil melihat kepada sikap kerajaan India dan media perdana India yang telah menanamkan prejudis buruk terhadap beliau. Dengan itu niat ekstradisi yang dituntut oleh kerajaan India hanyalah untuk menahan beliau bertahun-tahun untuk kemudian baru kemungkinan akan dibicara.

Kerajaan India cuba mendakwa Dr Zakir dengan tuduhan untuk mengaitkannya dengan pelanggaran undang-undang India dengan mengalihkan tuduhan dari dakwaan terbabit dengan menghasut keganasan kepada terhadap pengubahan wang haram. Kami menganggap tuduhan itu sebagai naratif untuk menghubungkannya dengan aktiviti pengganas yang ditolak dengan tegas oleh Dr Zakir dan pihak berkuasa India sendiri juga gagal untuk menghasilkan bukti  untuk menghukumnya.

Kami melihat bahawa prasangka terhadap Dr Zakir dan Muslim telah menjadi motif dasar untuk mendakwa dia dengan niat untuk membendung pengaruh besarnya di India dan dunia Islam. Pihak berkuasa India terlibat  dalam agenda Islamophobia dan mensasarkan Dr Zakir sebagai tokoh utama untuk menanamkan kebencian terhadap Islam dan umat Islam.

Tuduhan tidak berasas telah dilemparkan kepadanya untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia adalah pendakwah yang bermasalah yang mengancam kerajaan India. Padahal prasangka ke arah umat Islam kerap diungkapkan oleh pemimpin kerajaan di India hatta dalam kempen pilihanraya baru-baru ini. Bbahawa setiap suara untuk membawa Islam dalam kehidupan arus perdana umat Islam dan menjadikan orang bukan Islam untuk lebih memahami Islam dianggap satu ancaman.

Kerajaan India berusha untuk mendakwa Dr Zakir dengan kesalahan yang boleh dihukum. Beliau cuba dikaitkan dengan keganasan dan kemudian bertukar kepada dakwaan pengubahan wang haram. Menukar tuduhan hanya kerana mahu mencari kesalahan dan memenjarakannya tidak memenuhi erti keadilan. Jika memenjarakan seseorang  hanya dengan niat untuk menafikan haknyanuntuk mendapat pembicaraan yang adil maka menuntut ia diextradisi adalah berniat jahat.

Kami kesal kerajaan India telah sanggup mengusahakan sehingga dua percubaan untuk menyenaraikan Dr Zakir dalam senarai merah Interpol. Jelas dua percubaan itu gagal dan memalukan kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh. Maka, kenapa pihak kerajaan India beria-ia benar untuk meneruskan percubaan untuk menahan beliau?

Kami menolak dengan tegas untuk menuding Dr Zakir Naik sebagai penyebab pelampau radikal di India dan dimana sekalipun.

Tuduhan Dr Zakir sebagai pembawa ideologi yang kontroversial menggambarkan kejahilan pihak kerajaan India dan mereka yang memusuhi beliau tentang apa yang dibicara oleh ilmuwan ini.. Tidak ada mesej yang dapat dikesan dalam ucapannya bahawa dia menyebarkan ekstremisme dan radikal.

Dengan menuding bahawa Dr Zakir  "mengilhami kelompok yang berjihad termasuk orang-orang yang melakukan serangan ganas ", adalah tuduhan yang liar dan bersifat cakap-dengar.  Hanya kerana dia dapat meyakinkan berjuta-juta khalayak melalui hujah-hujah Islam untuk pelbagai persoalan yang ditimbulkan dalam ceramahnya, tidak bermakna dia menggalakkan perpecahan, persengketaan sosial dan agama.

Ketidakupayaan untuk membalas hujah-hujahnya adalah masalah mereka yang ingin berdepan dengannya. Bagaimanakah dia hendak dipersalahkan jika beliau ditanya oleh golongan bukan Islam dalam ceramah beliau ?

Pendirian kerajaan Malaysia membenarkan Dr Zakir  tinggal di Malaysia adalah sah kerana dia telah memasuki Malaysia secara sah dan tidak ada bukti beliau melakukan kesalahan melanggar undang-undang di negara ini dan juga undang-undang di India untuk menjustifikasi pengusiran beliau kembali ke India.

Pengetahuan beliau yang berwawasan tentang Islam dan menyeru agar wujud kedamaian dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia amat jelas dan masyarakat Islam Malaysia mengalu-alukan kupasan dan hujah ilmiah beliau.

Berdasarkan asas apa yang India dan ada kelompok di negara ini menuntut penyingkiran Dr Zakir dari Malaysia?. Apa yang jelas adalah serangan terhadap umat Islam oleh kempen anti-Muslim seluruh negara di India adalah yang paling teruk daripada radikalisme agama.

Mereka menuduh orang bukan Islam, adalah sasaran utama Dr Zakir dan golongan jihadis asing dan pelampau tempatan cenderung mensasarkan tempat ibadat bukan Islam. Di manakah buktinya? Hanya mengeluarkan pendapat tidak boleh menjadi alasan untuk memulakan proses undang-undang. Ia juga boleh dilihat sebagai provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan sosial antara pengikut agama.

Kami mengesa:
1. Kerajaan Malaysia berpendirian teguh untuk tidak tunduk kepada desakan kerajaan Indian untuk mengesktradisi Dr Zakir Naik ke India.
2.  Semua rakyat Malaysia menyokong pendirian kerajaan Malaysia untuk mempertahankan pendirian tidak mengesktradisi Dr Zakir Naik.
3. Kerajaan India menghentikan kempen penghinaan serta permusuhan dan agenda Islamofobia terhadap Muslim dan Islam di India.
4. Media tidak menegangkan isu agama yang boleh mencetuskan kesangsian antara penganut agama berasaskan fakta palsu mengenai agama dan perbalahan antara agama.
5. Percubaan untuk menekan kerajaan Malaysia untuk menesktradisi Dr Zakir hendaklah dihentikan.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


Penganjur menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu usaha ini dengan menandatangi petition online di capaian berikut :

Support Dr Zakir Naik : Say No to India Extradition




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9



Friday, 8 September 2017

Pribumi PERKASA mencelah demi pembelaan Dr Zakir Naik

Acara :

Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tarikh : 7/9/2017



Video 1 - Pribumi PERKASA mendapat kebenaran Mahkamah untuk melantik Peguam yang bertindak sebagai Intervenor atau Pencelah dalam kes 17 individu yang menyaman Kerajaan Malaysia, Menteri KDN, KP Imigresen, KP Pendaftar Negara dan Ketua Polis Negara untuk mendesak supaya Dr Zakir Naik di tarik balik status penduduk tetap Malaysia (sekiranya sah telah diberikan) dan dihalau keluar dari negara ini kerana di anggap sebagai membahayakan keselamatan dan ketenteraman awam dinegara ini.

PERKASA terpaksa mengambil tindakan Mencelah setelah kerajaan Malaysia tidak membuat sebarang bantahan atau usaha membatalkan saman oleh Plaintifs. Satu permohonan Kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara, untuk membatalkan saman oleh Plaintifs telah telah dibuat pada 6/9/2017 sehari sebelum hari perbicaraan dan hanya selepas enam bulan saman difailkan di Mahkamah. Apa Peguam Negara buat dan fikirkan selama enam bulan ? 


Video 2 - S Khartigsan , Peguambela bagi pihak plaintifs menerangkan mengenai prosiding. Mereka pun turut hairan mengapa Peguam Negara mengambil masa yang begitu lama untuk respon. Kes ini akan didengar semula (dalam kamar) pada 21/9/2017 bagi mendengar permohonan Peguam Negara dan juga Saman Pemula oleh Plaintifs



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
6
Melaporkan dari lokasi.. klip video siap on the spot...KiniTV leads the way