Sunday 31 March 2019

PRK Rantau - Tok Mat punyai kelas tersendiri, belasah kerajaan PH dengan fakta

Acara : Majlis mesara bersama calon BN N27 Rantau

Lokasi : Padang sebelah surau Nusari Bayu 2, Sendayan

Tarikh : 31/3/2019




Pertandingan diantara calon BN & PH memang terlalu berat sebelah memihak kepada BN. Dari segi kualiti dan karisma kepimpinan Tok Mat, bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan Dr Streram. Keupayaan berkomunikasi dan menyampaikan mesej dengan tepat dan penuh keyakinan menjadi senjata ampuh Tok Mat disamping sejarah pencapaian dan sumbangan beliau kepada DUN Rantau dan Negeri Sembilan am nya. Mungkin lawan yang sepadan ialah Presiden PKR. Ini ceramah pertama Tok Mat yang saya hadiri dan ini lah impresi dan rumusan yang dapat saya kongsikan. 


Video 1 - ucapan Tok Mat berjalan hampir sejam, tetapi cuma ini sahaja yang sempat saya rakamkan.



****************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9


PRK Rantau - Ceramah kelompok penuh dengan jentera parti...mana orang kampong?

Acara : Ceramah Kelompok Berasama Dr Wan Azizah

Lokasi : Kg Sri Lalang, Rantau, NS

Tarikh : 31/3/2019



Jentera parti dari seluruh negara beramai ramai hadir di ceramah kelompok untuk tunjuk muka dan bertemu Dr Wan Azizah. Kak Wan penceramah yang pertama, habis sahaja ucapan beliau hampir lengang lokasi majlis.. semua bawa diri ke lokasi lain. Kemana pergi nya orang kampong ? 

Ucapan yang menyusul berkisar apa yang UMNO / BN dah buat selama 61 tahun untuk orang Melayu. Mengapa sekarang mahu bangkit isu Melayu apabila sudah tiada kuasa. Makcik dibawah gerai makan yang tutup spontan menjawab, "Universiti, Hospital dan jalanraya dan negara aman siapa yang usahakan? PH baru perintah , apa jasa yang sudah ada pada orang Melayu ? Mulut jaga lah sikit"

Kalau begitu lah rentak ceramah PH dan dengan sikap orang Melayu seperti makcik tadi, kempen PH amat sukar memenangi hati mereka yang sudah terbiasa dengan khidmat yang diberikan calon BN selama ini.


Video 1 - Ucapan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail



Video 2 - Dr S.Streram, calon PH berpuas hati dengan gerak kerja jentera kempen dan berbangga Dr Wan Azizah turun ke Rantau untuk bantu beliau



*************************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
6



Saturday 30 March 2019

PRK Rantau - Sekitar pusat penamaan calon

Acara : Penamaan calon untuk PRK N27 Rantau

Lokasi : SJKC Bandar Sri Sendayan

Tarikh : 30/3/2019




Video 1- Sesi taklimat sebelum perarakan mengiringi calon PH ke Pusat Penamaan



Video 2 - Nasib baik Timbalan Speaker Dewan Rakyat di Panggil Taliban dan bukan nya nama lain (yang lebih teruk)



Video 3 - KJ ketawakan tohmahan yang dilempar terhadap Tok Mat mengenai prestasi beliau semasa menjadi MB N. Sembilan



Video 4 - Pandangan ADUN Sg Pelek (DAP), Ronnie Liu mengenai fenomena #MaluApaBossku #bossku dan betapa perlu nya Menteri Menteri PH menjawab kenyataan kenyataan dan tuduhan tuduhan yang dilempar #bossku terhadap kerajaan PH. Ronnie juga memberi komen terhadap prestasi Menteri Menteri PH dan mengingatkan mereka supaya kerap turun padang, berfikir dahulu sebelum bercakap dan jangan syok sendiri



Video 5 - Pegawai PDRM melayan karenah penyokong PH yang terlalu ghairah nak lawan jerit dengan penyokong BN



Video 6 - Ahmad Maslan menyertai pasukan sorak penyokong BN




FB Foto Album


1
 2


Tuesday 26 March 2019

Majlis pelancaran Gerakan Bangsa Nasional

Acara : Majlis 'soft launch' Gerakan Bangsa Nasional

Lokasi : Summit Hotel, USJ, Selangor

Tarikh : 26/3/2019 @ 3.00 pm


Soft launch ini akan diikuti dengan pelancaran besar besaran pada tarikh yang akan ditentukan kelak serentak dengan peluncuran buku DAULAT UMNO hasil penulisan oleh Dr Zahalan Man.


Video 1 - Sidang media (Full) selepas majlis pelancaran GBN. Matlamat dan tujuan penubuhan GBN diterangkan oleh Pengerusi GBN, Raggie Jessy Rithaudeen didalam rakaman ini.



Video 2 - Perkongsian minda aktivis sosial media / politik, Esmee Mat Isa mengenai status parti parti politik yang berhaluan kanan dan kiri di Malaysia.



Video 3 -  Ayah Arka menyeru Melayu bangkit dari kekalahan dengan mengumpulkan kekuatan mengundi. Tingkat kan lah jumplah pengundi berdaftar dari kalangan pengundi muda Melayu.



Video 4 - Ayah Arka ambil hati dipanggil artis didepan hadirin. Saksikan...




**********************************************************************************************************************

1
Rosman Mohd yusof dari Pergerakan Bugis Bangkit
2
3
Baha Taha, Pengerusi Sekretariat GERAM
4
5
6
7
Abdul Rani Kulup Abdullah (Ayah Arka), Presiden Martabat Jakinan Muhibbah Malaysia
8
9
10
11
12
Esmee Mat Isa, penggiat dan aktivis media sosial / politik
13
14
Raggie Jessy Rithaudeen, Presiden Gerakan Bangsa Malaysia 
15
16
17
18
Dr Zahalan Man (Tok Ayah Grand Master)
19
20
21
22
23
24


Saturday 23 March 2019

Kehadiran #SolidaritiKedamaian jauh tersasar walaupun sasaran nya hanya 5-10K

Acara : Himpunan Solidariti Kedamaian - #Solidarity4Peace
Anjuran Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama Islam dan 
Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional

Lokasi : Dataran Merdeka, KL

Tarikh : 23/3/2019



Sasaran asal oleh Menteri Agama ialah diantara 5-10k orang pencinta kedamaian akan hadir di
himpunan #SolidaritiKedamaian ini. Tetapi yang hadir hari ini dianggarkan cuma 1-2k sahaja oleh Menteri sendiri dalam satu sidang media selepas himpunan. Mungkin tempoh hebahan dan promosi terlalu pendek walaupun dibantu dengan rayuan Kak Wan melalui TV3.

Video 1 - Ucapan terpendek oleh MP Lembah Pantai.



Video 2 - Ucapan oleh Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy Poonusamy



Video 3 - Ucapan oleh Menteri Agama, Mujahid Yusof



#video360 1 - Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 menyatakan seperti berikut:

1. Mengecam segala tindakan diskriminasi, perlakuan berbentuk keganasan serta pembunuhan atas nama kaum dan agama.
2. Menolak dan mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama.
3. Mendokong segala usaha menghidupkan kedamaian dan menyokong keharmonian antara kaum dan agama.
4. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan Negara daripada diancam oleh anasir kebencian atas nama kaum dan agama.
5. Menyokong dan berganding bahu bersama warga dunia dalam usaha membina persekitaran berteraskan keamanan dan kedamaian berpaksikan pengiktirafan kepelbagaian kaum dan agama.



#video360 2 - Sidang media oleh Mujahid Yusof



FB entry 1


FB entry 2




**************************************************************************************************************************

Monday 18 March 2019

Pemuda PAS Selangor hantar memo bantahan terhadap kebiadapan pimpinan DAP

Acara : Penyerahan Memorandum Bantahan & Amaran Terhadap Kebiadapan DAP oleh Dewan Pemuda PAS Selangor.

Lokasi : Ibupejabat DAP, Jalan Yew, Kuala Lumpur


Tarikh : 18/3/2019 @ 12.00 pm





Memorandum bantahan dihantar diperingkat Dewan Pemuda PAS Selangor dengan DAPSY Pusat


Ringkas nya asas bantahan Pemuda PAS adalah keatas keceluparan dan kebiadapan pimpinan DAP dalam mengeluarkan kenyataan kenyataan berikut :-

1. Kesatuan Ummah (antara UMNO & PAS) merupakan pengisytiharan perang keatas bukan Islam

2. Kesatuan Ummah akan menjadikan Malaysia negara Taliban

3. Kesatuan Ummah akan menyebabkan tragedi yang serupa di Christchurch, NZ berlaku pula di Malaysia.


Dua tuntutan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor

1. DAP & pimpinan yang terbabit meminta maaf secara terbuka diatas keculaparan mereka dan menghentikan segala bentuk kenyatan yang berbentuk provokasi terhadap umat Islam / Melayu

2. Anggota Kabinet dari DAP yang terbabit mesti lah dipertanggungjawabkan dalam kemelut ini dan melepaskan jawatan yang dipegang mereka dalam Kabinet. 


Video 1 - Kenyataan oleh

1. Ustaz Sukri Omar, Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Selangor
2. Ustaz Imran Selamat, AJK Dewan Ulamak PAS Selangor
3. Ustaz Hanafi Zulkapli, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
4. Ustaz Hasbullah, Ketua Penerangan PAS Selangor
5. Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor







***************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
Yang berkopiah ialah Ustaz Imran Selamat, AJK Dewan Ulamak PAS Selangor dan disebelah kiri beliau ialah Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.
 5
Yang berkopiah ialah Ustaz Imran Selamat, AJK Dewan Ulamak PAS Selangor dan disebelah kiri beliau ialah Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.
 6
Yang berkopiah ialah Ustaz Imran Selamat, AJK Dewan Ulamak PAS Selangor dan disebelah kiri beliau ialah Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.
 7
 8
 9
 10
 11
 12