Thursday 27 September 2018

Keadilan pecat ahli baling kerusi dan terlibat dalam pergaduhan

Acara : Sidang media Biro Politik Keadilan

Lokasi : Ibupejabat Keadilan. Merchant Square, Damansara

Tarikh : 25/9/2018 @ 11.00 pm



Mesyuarat Biro Politik pada mesyuarat kali ini memutuskan perkara perkara berikut 

1. menerima keputusan JPP untuk menangguhkan proses pemilihan di Kedah dan melakukan pengauditan keputusan pemilihan di Pulau Pinang untuk memastikan integriti walaupun proses pemilihannya sudah diperakui.

2. memecat serta merta Kovinthiran al/l Gunasegaran ahli cabang Merbok, Kedah kerana terlibat dalam pergaduhan melibatkan senjata di pusat pemilihan.

3. ahli yang terlibat dalam kejadian membaling kerusi di Seberang Jaya juga akan turut terpecat dengan serta merta apabila identiti ahli yang terlibat dapat dikenalpasti.

4. MB Negeri Sembilan, Amiruddin akan mengepali jentera kempen PRK di Port Dickson. Dalam sidang media terdahulu Nurul Izzah telah dinamakan sebagai pengurus pilihanraya tersebut.




******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4


No comments:

Post a Comment