Thursday 27 September 2018

PPBM mengambil langkah mengukuh dan memperbaiki struktur pentadbiran

Acara : Sidang media mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Lokasi : Lobi Bangunan Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 27/9/2018 @ 12.30 pm



Alhamdulillah Presiden Bersatu sudah kembali dan mampu mempengerusikan mesyuarat khas MPT hari ini. Mesyuarat hari telah memutuskan perkara perkara berikut:-

1. Marzuki Yahya menggantikan Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung

2. Dr Radzi Md Jidin menggantikan Kamaruddin Mohd Noor sebagai Ketua Penerangan Pusat

3.Penubuhan Jabatan Pendaftaran Ahli yang akan diketuai oleh Rais Hussin

4.Penubuhan Biro Latihan yang akan diketuai oleh Azlinda 

5. Pembubaran struktur pimpinan PPBM Negeri Sembilan yang bermasalah. Rais Yatim diberi tugasan untuk menstrukturkan semula PPBM negeri Sembilan

6. Bahagian Ampang dan Subang di negeri Selangor juga dibubarkan atas alasan masalah disiplin.

7. Mesyuarat Agung tahunan akan diadakan pada 30/12/2018.

8. Pemecatan keahlian Nasiruddin Mahmud yang memberi masalah di Negeri Sembilan.

9. Lembaga Disiplin juga telah mengambil pelbagai tindakan disiplin keatas 5 ahli dalam kemelut Pasar Ramadhan Jalan Masjid India .

10. PPBM juga akan melakukan tinjauan dan kajian terperinci sebelum mengembang sayap ke Sarawak.



*****************************************************************************************************************************
1
 2
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11

No comments:

Post a Comment