jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya
Tarikh : 29/8/2019
Video 1 - Rakaman penuh sidang media
Ringkasan intipati sidang media
Min 0:20 - Disiplin dalam parti melibatkan ahli MPT yang mengeluarkan kenyataan. Kes terbaru berkaitan kenyataan yang
mendakwa PH akan tewas sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat. Ahli MPT tersebut (Rais Husin) akan dirujuk kepada
Lembaga Disiplin.
Min 1:40 - Bekas ahli UMNO kini bebas menyertai PPBM dengan syarat mereka tidak mempunyai kes jenayah atau apa apa masalah dengan undang undang
Min 2:30 - ROS perlu ambil tindakan keatas kesalahan kesalahan pengurusan dalam UMNO - dengan kemungkinan diharamkan
Min 3:40 - PPBM tidak pernah lantik Chief Strategist secara rasmi
Min 4:45 - AGM akan diadakan pada 2020. Hanya yang telah membayar yuran layak hadir.
Min 5:18 - Setiap Bahagian mesti ada sekurang kurang nya 10 Cawangan
Min 5:45 - Persidangan Cawangan bermula 25/1/2020 - 1/3/2020. Bahagian pula bermula 4/4/2020 dan AGM akan diadakan pada 20/6/2020
Min 6:24 - Syed Hamid Albar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti
Min 9:20 - Berkaitan cadangan melantik Anwar Ibrahim sebagai anggota kabinet, Dr Mahathir akan hanya mempertimbangkan calon yang bersesuaian sekiranya timbul kekosongan. Buat masa ini tidak ada anggota kabinet yang mahu berhenti atau menarik diri.
MIn 10:45- Dr Mahathir tidak diberitahu oleh Zeti mengenai perlantikan Jalil Rashid sebagai CEO baru PNB
Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM
Lokasi : Lobi Menara Yayasan Selangor, PJ
Tarikh : 28/11/2018
Video 1 - Dr Mahathir menjawab persoalan mengenai isu pergaduhan di Kovil Sri Maha Mariamman , pendirian kerajaan mengenai status kovil tersebut dan dasar yang akan diperkenalkan tidak lama lagi mengenai pembinaan rumah ibadat pelbagai agama di Malaysia
Acara : Sidang media mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
Lokasi : Lobi Bangunan Yayasan Selangor, PJ
Tarikh : 27/9/2018 @ 12.30 pm
Alhamdulillah Presiden Bersatu sudah kembali dan mampu mempengerusikan mesyuarat khas MPT hari ini. Mesyuarat hari telah memutuskan perkara perkara berikut:-
1. Marzuki Yahya menggantikan Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung
2. Dr Radzi Md Jidin menggantikan Kamaruddin Mohd Noor sebagai Ketua Penerangan Pusat
3.Penubuhan Jabatan Pendaftaran Ahli yang akan diketuai oleh Rais Hussin
4.Penubuhan Biro Latihan yang akan diketuai oleh Azlinda
5. Pembubaran struktur pimpinan PPBM Negeri Sembilan yang bermasalah. Rais Yatim diberi tugasan untuk menstrukturkan semula PPBM negeri Sembilan
6. Bahagian Ampang dan Subang di negeri Selangor juga dibubarkan atas alasan masalah disiplin.
7. Mesyuarat Agung tahunan akan diadakan pada 30/12/2018.
8. Pemecatan keahlian Nasiruddin Mahmud yang memberi masalah di Negeri Sembilan.
9. Lembaga Disiplin juga telah mengambil pelbagai tindakan disiplin keatas 5 ahli dalam kemelut Pasar Ramadhan Jalan Masjid India .
10. PPBM juga akan melakukan tinjauan dan kajian terperinci sebelum mengembang sayap ke Sarawak.
Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM
Lokasi : Tingkat 16, Bangunan Yayasan Selangor, PJ, Selangor
Tarikh : 10/8/2018
Ikuti rakaman penuh sidang media ini yang merangkumi isu MARA, lawatan Dr Mahathir ke Jepun, kemasukan PPBM ke Sarawak, gaji minimum dan keadaan terkini TSMY.