jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
KEPUTUSAN PDM DALAM DUN JELAI YANG DITUTUP SEBELUM JAM 3.00 PTG
1.Lanai - Majoriti 163✅
2.K.Medang - Majoriti 467✅
3.Lenjang - Majoriti 179✅
4.Senderut - Majoriti 207✅
5.L.Kulit - Majoriti 717✅
6.Felda 2&3 - Majoriti 973✅
7.Batu Yon - Majoriti 593✅
8 Sg Koyan 1 - Majoriti 752✅
9.Keledek - Majoriti 667✅
10.Tg Gahai - Majoriti 489✅
11.Betau - Majoriti 470 ✅
12.Titum - Majoriti 57✅
Majoriti keseluruhan Jelai - *5734*
Video 1 - Naik sakit telinga mendengar Lim Guan Eng terjerit jerit merayu undi dari orang Sg Koyan
Video 2 - Ini ucapan yang amat amat memualkan.. boleh tak Mat Sabu berhenti menjadi jurujual dan jurucakap untuk DAP ? Mana pergi maruah AMANAH ? Tak ada sudut lain kah yang boleh dikongsi dengan pengundi Sg Koyan ? Dia lupa pengundi Sg Koyan itu hampir seratus peratus orang Melayu dan kaum Asli. Nama DAP memang satu nama yang susah dijual disini. Harap harap Mat Sabu belajar lah jadi jurucakap dan jurujual DAP yang cerdik. Penonton mungkin gelak dengan lawak jenaka kamu tapi undi tetap tak akan diberi kepada DAP.
Video 3 - Ucapan Dr Mahathir sama saja rentak dan irama seperti sebelum jadi kerajaan.. letakkan saja segala kesalahan kepada Najib Razak.. duit haram 1MDB bla bla bla. Nasib baik tak berbelanja besar menjamu rakyat Sg Koyan / DUN Jelai, hanya nasi berlauk ayam goreng dan sambal dalam bekas styrofoam dan sebotol air mineral... bukanlah jamuan rakyat dalam erti kata sebenar.. tiada meja dan peralatan untuk makan.. ala kadar umpama melakukan dalam keterpaksaan
Acara : Najib Razak melawat kawasan penempatan Orang Asli
Lokasi : Pos Betau, Sg Koyan
Tarikh : 24/1/2019
Video 1 - Najib Razak memuji dan mengucapkan terima kasih kepada masyarakat orang Asli Pos Betau yang terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Bukti nya kesemua 18 Batin dari 18 kampung dalam PDM Pos Betau membawa keluar para penyokong mereka untuk menyambut kehadiran Najib Razak. Hanya 4 Batin sahaja yang hadir ketika Menteri PH turun ke kawasan yang sama pada minggu lepas.
Video 1 - Pengundi ini bukan OKU tetapi mangsa kemalangan dan merupakan permastautin di Sg Koyan. Beliau mengambil kesempatan bersempena lawatan #MaluApaBossku untuk meluahkan perasaan mengenai masalah kehidupan masyarakat FELDA sekarang berbanding ketika dizaman pemerintahan kerajaan BN dahulu.