Thursday 3 January 2019

Pergaduhan di Flats Sri Johor melibatkan dadah, bukan pergaduhan antara kaum

Acara : Perjumpaan antara PDRM IPD Cheras dengan wakil wakil penduduk berkaitan
pergaduhan yang berlaku malam tadi. 

Lokasi : Blok 5, Flat Sri Johor, Cheras, KL

Tarikh : 3/1/2019  @ 3.00 pm


KL 3/1/19 - Perjumpaan antara Timbalan KP Cheras, Superintendan Kamal Khan dengan wakil wakil penduduk Flats Sri Johor berkaitan pergaduhan yang berlaku pada malam 2/1/19. 

Polis mengesahkan bahawa dua lelaki India dan dua lelaki Melayu (20-24 tahun)  telah terlibat dalam pergaduhan dengan menggunakan senjata yang telah mengakibatkan kecederaan antara mereka.

Tiga telah diberkas dan Polis masih mencari seorang lagi lelaki India yang identitinya telah dikenal pasti. Kesemua mereka adalah penduduk tempatan.

Tiga yang cedera telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar di HUKM. Perintah menahan reman untuk tiga hari telah pun diperolehi keatas mereka.

Salah seorang daripada lelaki India tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang daripada mereka di dapati positif ujian dadah. 

Siasatan awal menunjukkan bahawa dadah mungkin menjadi punca pergaduhan dan menolak dakwaan yang viral, ianya pergaduhan antara kaum.

#pdrm
#par



*******************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
6



No comments:

Post a Comment