Thursday 29 November 2018

Ganas ! Tukang masak One City diserang pengganas di Kovil Sri Maha Mariamman

Acara : Sidang media oleh Sulaiman Abdullah mangsa keganasan di kovil Sri Maha Mariamman

Lokasi : Taman Melati, Kuala Lumpur

Tarikh : 28/11/2018


Ringkasan kes:-

1. Mangsa serangan Sulaiman Abdullah bekerja sebagai tukang masak Char Kway Teow di D'Warung One City .

2. One City menyediakan beberapa container sebagai tempat tinggal (dorm) pekerja yang diletakkan dikawasan lapang berdekatan Kovil Sri Mahariamman.

3. Pada tengah hari Isnin mangsa telah pulang ke container untuk mengambil pakaian kotor untuk dibasuh tanpa menyedari kekecohan yang telah berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum itu.

4. Setiba nya di lokasi container, beliau telah diserbu oleh hampir 50 orang pengganas India yang menuduh beliau membakar dua container berdekatan. Mereka juga menuduh beliau warga asing dan mewakili kongsi gelap Melayu.

5. Mangsa hanya sempat menyelamatkan Quran dan sejadah pemberian ibu beliau sebelum container yang beliau huni turut dibakar pengganas.

6. Mangsa telah diselamatkan anggota Polis yang bertugas dan proses membawa keluar beliau dari lokasi melalui kereta peronda telah cuba dihalang pengganas.

7. Mangsa dibawa ke IPD USJ8 sebelum dibebaskan sebelah petang setelah kenyataan diambil dan pengesahan status beliau sebagai pekerja One City disahkan.

8. Beliau telah dibawa ke Hospital Sg Buloh oleh pakcik beliau untuk mendapat pemeriksaan perubatan tetapi membatalkan hasrat tersebut setelah menunggu dari pukul 8 hingga 12 malam.

9. Kecederaan yang beliau alami hanya lah dibahagian mulut, hidung dan sopek gigi. Kecederaan dalaman tidak pula diketahui tanpa pemeriksaan perubatan.

Ikuti rakaman video ini dari mula sehingga akhir untuk mengelak salah faham




*******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4

Wednesday 28 November 2018

Kerajaan tidak boleh ketepikan Rule of Law dalam isu Kovil Sri Maha Mariamman - Dr Mahathir

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM

Lokasi : Lobi Menara Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 28/11/2018


Video 1 - Dr Mahathir menjawab persoalan mengenai isu pergaduhan di Kovil Sri Maha Mariamman , pendirian kerajaan mengenai status kovil tersebut dan dasar yang akan diperkenalkan tidak lama lagi mengenai pembinaan rumah ibadat pelbagai agama di Malaysia



**************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8



Punca bermula nya pergaduhan di Kovil Sri Maha Mariamman sudah dikenal pasti PDRM

Acara : Sidang media oleh Menteri Dalam Negeri mengenai isu Kovil Maha Mariamman USJ

Lokasi : Tingkat 11, KDN, Putrajaya

Tarikh : 28/11/2018 @ 12 pm



Video 1 - Penerangan penuh mengenai kronologi kejadian pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di Kovil Sri Maha Mariamman USJ25 yang bermula awal pagi Isnin dan ulangan rusuhan pada sebelah malam sehingga ke awal pagi Selasa 27/11/2018.



FB entry



***********************************************************************************************************************************
1
 2
 3



Sunday 25 November 2018

PPBM Setiawangsa sudah mula beroperasi sebagai parti dalam kerajaan yang memerintah

Acara : Majlis Penyerahan Sumbangan Program Kembali ke Sekolah 2019 anjuran PPBM Setiawangsa

Lokasi : Dewan Pusat Komuniti AU2, Datuk Keramat, KL

Tarikh : 25/11/2018



Video 1 - 1,200 murid sekolah yang terpilih dalam Parlimen Setiawangsa menerima sumbangan berupa pakaian dan kasut sekolah termasuk bag sekolah sumbangan Yayasan Salam dan Philip Morris dengan kerjasama DBKL. Majlis ini merupakan program kemasyarakatan pertama anjuran PPBM Setiawangsa sejak penubuhan nya. Majlis disempurnakan oleh Muhd Zahid Md Arip, Setiausaha Politik kepada PM7.



Video 2 - Himpunan raksasa anjuran  UMNO dan PAS pada 8/12/2018 ini dianggap anti klimaks kepada gerakan Bantah ICERD dan akan digunakan semahu mahunya oleh Zahid Hamidi untuk meraih publisiti murahan.




************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday 18 November 2018

Himpunan Kebangkitan Ummah berjaya tarik lebih 30,000 pejuang Melayu

Acara : Himpunan Kebangkitan Ummah

Lokasi : Pekan Kampung Gajah, Perak

Tarikh : 17/11/2018



Video 1 - Ucapan aluan dari tuan rumah, Tajuddin Rahman, MP Pasir Salak



Video 2 - Ucapan oleh Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak



Video 3 - Ucapan oleh Saarani Mohamed, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak



Video 4 - Ucapan oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.. Zahid menuding jari kearah PM4 yang telah mengajar orang UMNO untuk membenci Cina DAP dan orang PAS selama 22 tahun dibawah kepimpinan beliau. Kini beliau pula yang bercemolot dengan Cina DAP.

Zahid juga memberi amaran jangan sampai Melayu hancur hati dengan kerajaan hingga turun mengamok dijalanan. UMNO dan PAS tidak akan ketinggalan menyertai 'amokan'.



Video 5 - Ucapan oleh Haji Hadi Awang, Presiden PAS



Video 6 - Sidang media selepas Himpunan. Hadi menegaskan kerjasama antara PAS & UMNO setakat ini hanya bertumpu kepada isu yang memberi kesan kepada kepentingan bersama dan belum lagi menjerumus kepada kerjasama dalam penubuhan kerajaan perpaduan dan sebagainya. 



#video360 - War cry Himpunan Kebangkitan Ummah



#video360 - Dr Zahid Hamidi disambut dengan selawat Nabi ketika memasuki lokasi majlis



**********************************************************************************************************************************

Tuesday 13 November 2018

Faktor2 yang memungkinkan keadaan huru hara dan rusuhan kaum sekiranya ICERD diiktiraf

Acara : Solat Hajat khas untuk Zainuddin Maidin

Lokasi : Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung, KL

Tarikh : 13/11/2018




Hujah panjang lebar oleh Lokman Noor Adam, Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PEMANTAU) mengenai implikasi dan bencana yang bakal menimpa sekiranya berlaku ratifikasi ICERD seperti yang telah diwar warkan.  Sila tonton dari awal sehingga akhir video dibawah ini untuk memahami faktor faktor yang akan mengapikan lagi isu ICERD ini.




Musibah menimpa Zainuddin Maidin mendapat simpati pelajar Pusat Tahfiz

Acara : Solat Hajat khas untuk Zainuddin Maidin

Lokasi : Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung, KL

Tarikh : 13/11/2018



Nama Zainuddin Maidin menjadi satu nama yang 'digeruni' Pengetua dan pelajar pusat pusat tahfiz seluruh negara selepas tragedi kebakaran yang mengorbankan nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah setahun yang lalu. Zainuddin telah membuat saranan supaya semua pusat tahfiz ditutup dan Pengetua Ittifaqiyah ditangkap kerana 'membunuh'. Malam ini satu majlis Solat Hajat khas untuk Zainuddin Maidin telah diadakan bagi memohon dipulihkan kesihatan beliau yang kini sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya. Semoga Zainuddin pulih dan diberikan peluang kedua untuk berjuang menaikkan martabat Pusat Pusat Tahfiz seluruh negara.



Video 1 - Bacaan doa oleh Ust Mohd Zahid Mahmod, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.



Video 2 - Sidang media selepas solat hajat. Diharapkan Zainuddin Maidin diberi peluang kedua untuk memperjuangkan martabat Pusat pusat tahfiz seluruh negara





******************************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
6



Thursday 8 November 2018

Laporan SPRM - Kor Ming janji jawatan dalam kerajaan kepada penderma dana pilihanraya

Acara : Laporan SPRM keatas Nga Kor Ming dan Koon Yew Yin

Lokasi : SPRM Jalan Cochrane, Cheras, KL

Tarikh : 8/11/2018  @ 3.30 pm



Video 1 - Kenyataan media oleh Khairul Azam Abdul Aziz, Peguambela dan Peguamcara


Laporan 1/2

Laporan 2/2

1
2
3



Monday 5 November 2018

UMNO / PAS bersatu guna isu ICERD perjuangkan hak Melayu, bagaimana pula BERSATU ?

Acara : Himpunan Bantah ICERD

Lokasi : Bermula di Masjid Jamek dan berarak ke SOGO KL

Tarikh : 4/11/2018



Video 1 - Ucapan oleh Roslan Md Isa, Presiden NGO GENERASI



Video 2 - Ucapan oleh Ustaz Masridzi Sat , Presiden PERKID



Video 3 - Ucapan oleh Kamruzaman Mohamad, Penolong Sekretariat UMMAH



Video 4 - Ucapan oleh Shahril Sufian Hamdan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia



Video 5 - Ucapan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO Malaysia



#video360 - Doa penutup oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS



#video360 - Sidang media oleh Dr Asyraf dan Muhammad Khalil




**************************************************************************************************************************
1
 2
 3

Saturday 3 November 2018

Kalau UMNO tidak diharamkan, Pakatan Harapan ada sebab untuk risau dengan Najib

Acara : Majlis Santai Bersama Najib Razak

Lokasi : Dewan Tun Hussein, PWTC

Tarikh : 3/11/2018 @ 3.00 pm


Nota : Asal nya program ini dijadualkan berlangsung di Restoran Riverside, PWTC dan disiarkan secara terus melalui internet. Tetapi memandangkan sambutan yang diluar jangkaan, majlis ini terpaksa dipindahkan kedewan yang lebih besar atas persetujuan dan keizinan Presiden UMNO.  600 kerusi disediakan tetapi jumlah hadirin dianggarkan hampir 1,000 orang termasuk mereka yang berada diruang legar diluar dewan.

Matlamat majlis ini ialah untuk membolehkan Najib berinteraksi dan menjawab pelbagai persoalan mengenai permasalahan dan kemelut yang berbangkit semasa pentadbiran beliau. Dimasa yang sama Najib dapat membentuk persepsi hadirin terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan mengikut kacamata pembangkang selain meraih simpati diatas tindakan drastik yang diambil keatas beliau.

Melihat kepada sambutan yang diberikan kepada Najib, Pakatan Harapan berkemungkinan akan ada sebab untuk khuatir dengan impak gerakan yang dilakukan Najib melainkan UMNO diharamkan atau Najib disumbat kedalam penjara dalam masa terdekat atas kes yang mudah.


Video 1 - Najib akui pernah cuba meneruskan projek jambatan bengkok tetapi rundingan dengan Singapura menemui jalan buntu dan projek terpaksa dibatalkan. Beliau juga mengaku telah membantu vendor Proton yang memohon bantuan untuk meneruskan perniagaan. Beliau kecewa projek projek yang dimulakan dibawah pentadbiran beliau banyak yang telah dibatalkan oleh Dr Mahathir.  Sepatutnya setiap Perdana Menteri yang mengambil alih meneruskan dan menambahbaik apa yang dimulakan oleh PM yang sebelum nya.



#video360 - Luahan perasaan dari seorang penyokong wanita kepada Najib Razak dan isteri




**********************************************************************************************************************************

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10