Thursday 29 November 2018

Ganas ! Tukang masak One City diserang pengganas di Kovil Sri Maha Mariamman

Acara : Sidang media oleh Sulaiman Abdullah mangsa keganasan di kovil Sri Maha Mariamman

Lokasi : Taman Melati, Kuala Lumpur

Tarikh : 28/11/2018


Ringkasan kes:-

1. Mangsa serangan Sulaiman Abdullah bekerja sebagai tukang masak Char Kway Teow di D'Warung One City .

2. One City menyediakan beberapa container sebagai tempat tinggal (dorm) pekerja yang diletakkan dikawasan lapang berdekatan Kovil Sri Mahariamman.

3. Pada tengah hari Isnin mangsa telah pulang ke container untuk mengambil pakaian kotor untuk dibasuh tanpa menyedari kekecohan yang telah berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum itu.

4. Setiba nya di lokasi container, beliau telah diserbu oleh hampir 50 orang pengganas India yang menuduh beliau membakar dua container berdekatan. Mereka juga menuduh beliau warga asing dan mewakili kongsi gelap Melayu.

5. Mangsa hanya sempat menyelamatkan Quran dan sejadah pemberian ibu beliau sebelum container yang beliau huni turut dibakar pengganas.

6. Mangsa telah diselamatkan anggota Polis yang bertugas dan proses membawa keluar beliau dari lokasi melalui kereta peronda telah cuba dihalang pengganas.

7. Mangsa dibawa ke IPD USJ8 sebelum dibebaskan sebelah petang setelah kenyataan diambil dan pengesahan status beliau sebagai pekerja One City disahkan.

8. Beliau telah dibawa ke Hospital Sg Buloh oleh pakcik beliau untuk mendapat pemeriksaan perubatan tetapi membatalkan hasrat tersebut setelah menunggu dari pukul 8 hingga 12 malam.

9. Kecederaan yang beliau alami hanya lah dibahagian mulut, hidung dan sopek gigi. Kecederaan dalaman tidak pula diketahui tanpa pemeriksaan perubatan.

Ikuti rakaman video ini dari mula sehingga akhir untuk mengelak salah faham




*******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4

No comments:

Post a Comment