Saturday 3 November 2018

Kalau UMNO tidak diharamkan, Pakatan Harapan ada sebab untuk risau dengan Najib

Acara : Majlis Santai Bersama Najib Razak

Lokasi : Dewan Tun Hussein, PWTC

Tarikh : 3/11/2018 @ 3.00 pm


Nota : Asal nya program ini dijadualkan berlangsung di Restoran Riverside, PWTC dan disiarkan secara terus melalui internet. Tetapi memandangkan sambutan yang diluar jangkaan, majlis ini terpaksa dipindahkan kedewan yang lebih besar atas persetujuan dan keizinan Presiden UMNO.  600 kerusi disediakan tetapi jumlah hadirin dianggarkan hampir 1,000 orang termasuk mereka yang berada diruang legar diluar dewan.

Matlamat majlis ini ialah untuk membolehkan Najib berinteraksi dan menjawab pelbagai persoalan mengenai permasalahan dan kemelut yang berbangkit semasa pentadbiran beliau. Dimasa yang sama Najib dapat membentuk persepsi hadirin terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan mengikut kacamata pembangkang selain meraih simpati diatas tindakan drastik yang diambil keatas beliau.

Melihat kepada sambutan yang diberikan kepada Najib, Pakatan Harapan berkemungkinan akan ada sebab untuk khuatir dengan impak gerakan yang dilakukan Najib melainkan UMNO diharamkan atau Najib disumbat kedalam penjara dalam masa terdekat atas kes yang mudah.


Video 1 - Najib akui pernah cuba meneruskan projek jambatan bengkok tetapi rundingan dengan Singapura menemui jalan buntu dan projek terpaksa dibatalkan. Beliau juga mengaku telah membantu vendor Proton yang memohon bantuan untuk meneruskan perniagaan. Beliau kecewa projek projek yang dimulakan dibawah pentadbiran beliau banyak yang telah dibatalkan oleh Dr Mahathir.  Sepatutnya setiap Perdana Menteri yang mengambil alih meneruskan dan menambahbaik apa yang dimulakan oleh PM yang sebelum nya.



#video360 - Luahan perasaan dari seorang penyokong wanita kepada Najib Razak dan isteri




**********************************************************************************************************************************

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21


No comments:

Post a Comment