Tuesday 13 November 2018

Musibah menimpa Zainuddin Maidin mendapat simpati pelajar Pusat Tahfiz

Acara : Solat Hajat khas untuk Zainuddin Maidin

Lokasi : Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung, KL

Tarikh : 13/11/2018



Nama Zainuddin Maidin menjadi satu nama yang 'digeruni' Pengetua dan pelajar pusat pusat tahfiz seluruh negara selepas tragedi kebakaran yang mengorbankan nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah setahun yang lalu. Zainuddin telah membuat saranan supaya semua pusat tahfiz ditutup dan Pengetua Ittifaqiyah ditangkap kerana 'membunuh'. Malam ini satu majlis Solat Hajat khas untuk Zainuddin Maidin telah diadakan bagi memohon dipulihkan kesihatan beliau yang kini sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya. Semoga Zainuddin pulih dan diberikan peluang kedua untuk berjuang menaikkan martabat Pusat Pusat Tahfiz seluruh negara.



Video 1 - Bacaan doa oleh Ust Mohd Zahid Mahmod, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.



Video 2 - Sidang media selepas solat hajat. Diharapkan Zainuddin Maidin diberi peluang kedua untuk memperjuangkan martabat Pusat pusat tahfiz seluruh negara





******************************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
6



No comments:

Post a Comment