Thursday 29 August 2019

Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU - Dr M mengamuk dengan Rais Pakar Strategi

Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya

Tarikh : 29/8/2019



Video 1 - Rakaman penuh sidang media

Ringkasan intipati sidang media 

Min 0:20 - Disiplin dalam parti melibatkan ahli MPT yang mengeluarkan kenyataan. Kes terbaru berkaitan kenyataan yang 
mendakwa PH akan tewas sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat. Ahli MPT tersebut (Rais Husin) akan dirujuk kepada 
Lembaga Disiplin.

Min 1:40 - Bekas ahli UMNO kini bebas menyertai PPBM dengan syarat mereka tidak mempunyai kes jenayah atau apa apa masalah dengan undang undang

Min 2:30 - ROS perlu ambil tindakan keatas kesalahan kesalahan pengurusan dalam UMNO - dengan kemungkinan diharamkan

Min 3:40 - PPBM tidak pernah lantik Chief Strategist secara rasmi

Min 4:45 - AGM akan diadakan pada 2020. Hanya yang telah membayar yuran layak hadir. 

Min 5:18 - Setiap Bahagian mesti ada sekurang kurang nya 10 Cawangan

Min 5:45 - Persidangan Cawangan bermula 25/1/2020 - 1/3/2020. Bahagian pula bermula 4/4/2020 dan AGM akan diadakan pada 20/6/2020

Min 6:24 - Syed Hamid Albar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti

Min 9:20 - Berkaitan cadangan melantik Anwar Ibrahim sebagai anggota kabinet, Dr Mahathir akan hanya mempertimbangkan calon yang bersesuaian sekiranya timbul kekosongan. Buat masa ini tidak ada anggota kabinet yang mahu berhenti atau menarik diri.

MIn 10:45- Dr Mahathir tidak diberitahu oleh Zeti mengenai perlantikan Jalil Rashid sebagai CEO baru PNB



*************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
  6
 7
 8
 9
 10
 11
  12


No comments:

Post a Comment