Friday 15 March 2019

BERSATU tiada niat ganti WARISAN sebagai kerajaan negeri & hanya berperanan sebagai penyokong

Acara : Majlis penyerahan kad keahlian BERSATU kepada 8 wakil rakyat bebas dari Sabah

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya

Tarikh : 15/3/2019 @ 5.30 pm



Ringkasan kenyataan Dr Mahathir (min 0:20-4:40)  :-

1. BERSATU menerima masuk keahlian beberapa orang MP bebas bekas ahli UMNO

2. Pelancaran BERSATU di Sabah akan dibuat secara rasmi pada 6/4/2019

3. BERSATU di Sabah adalah sebahagian daripada PH

4. PH adalah Kerajaan Pusat

5. WARISAN diberi tempat dalam Kerajaan Pusat dengan perlantikan 3 Menteri dan 2 Timbalan Menteri walaupun WARISAN bukan ahli PH

6. Kerajaan Pusat menyokong dan beri pengiktirafan kepada WARISAN sebagai Kerajaan Negeri. Pendirian ini dipersetujui oleh keempat empat parti komponen PH.

7. PH tiada niat menggantikan WARISAN atau mana mana pihak di SABAH

8. BERSATU dan ahli nya di Sabah adalah hanya untuk menyokong kerajaan WARISAN di Sabah 


Jawapan kepada krisis pencemaran gas beracun Pasir Gudang (min 5:18-6:40)

Setelah melakukan lawatan ke Pasir Gudang, Dr Mahathir berpendapat bahawa pada keseluruhan nya beliau berpuas hati dengan kerja kerja yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan merasakan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini.



Senarai mereka yang merima kad keahlian

Ahli Parlimen

  1. Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat)
  2. Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort)
  3. Datuk Zakaria Edris (Libaran)
  4. Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran)


Ahli Dewan Undangan Negeri

  1. Datuk Seri Hajiji Noor (Sulaman)
  2. Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan)


Senator

  1. Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin
  2. Datuk John Ambrose


*****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8




No comments:

Post a Comment