Tuesday 12 March 2019

PRK Rantau - Calon yang bermasalah juga yang dipilih oleh Anwar ?

Acara : Pengumuman Calon PH untuk PRK N23 Rantau

Lokasi : Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara

Tarikh : 11/3/2019



Calon yang dipilih ialah Dr S.Streram, Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau. Pada PRU14 yang lalu beliau telah dihalang dari memasuki pusat penamaan calon dan mendaftar diri sebagai calon kerana tidak membawa Pas SPR. Oleh itu Mohamad bin Hasan telah diberi kemenangan tanpa perlu bertanding. 

Satu petisyen telah dibuat oleh Dr S.Streram dan Mahkamah Rayuan seterusnya telah memerintahkan kemenagan Tok Mat Hasan dibatalkan dan satu Pilihanraya Kecil diadakan bagi memilih ADUN bagi Rantau.

DUN Rantau mempunyai 20,472 pengundi dan  komposisi nya terdiri daripada 53.43 Melayu, Cina (18.81 peratus), India (27.01 peratus) dan lain-lain (0.75 peratus).

Tiada sebarang wakil dari parti komponen Pakatan Harapan yang hadir di sidang media ini selain daripada kepimpinan Keadilan sahaja. 

Nampak gayanya calon ini tidak disenangi dikalangan ahli Keadilan sendiri. Rujuk 




************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
  6
7



No comments:

Post a Comment