Sunday 31 March 2019

PRK Rantau - Ceramah kelompok penuh dengan jentera parti...mana orang kampong?

Acara : Ceramah Kelompok Berasama Dr Wan Azizah

Lokasi : Kg Sri Lalang, Rantau, NS

Tarikh : 31/3/2019



Jentera parti dari seluruh negara beramai ramai hadir di ceramah kelompok untuk tunjuk muka dan bertemu Dr Wan Azizah. Kak Wan penceramah yang pertama, habis sahaja ucapan beliau hampir lengang lokasi majlis.. semua bawa diri ke lokasi lain. Kemana pergi nya orang kampong ? 

Ucapan yang menyusul berkisar apa yang UMNO / BN dah buat selama 61 tahun untuk orang Melayu. Mengapa sekarang mahu bangkit isu Melayu apabila sudah tiada kuasa. Makcik dibawah gerai makan yang tutup spontan menjawab, "Universiti, Hospital dan jalanraya dan negara aman siapa yang usahakan? PH baru perintah , apa jasa yang sudah ada pada orang Melayu ? Mulut jaga lah sikit"

Kalau begitu lah rentak ceramah PH dan dengan sikap orang Melayu seperti makcik tadi, kempen PH amat sukar memenangi hati mereka yang sudah terbiasa dengan khidmat yang diberikan calon BN selama ini.


Video 1 - Ucapan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail



Video 2 - Dr S.Streram, calon PH berpuas hati dengan gerak kerja jentera kempen dan berbangga Dr Wan Azizah turun ke Rantau untuk bantu beliau



*************************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
6



No comments:

Post a Comment