Tuesday 12 March 2019

GERAM desak penyertaan Msia dalam Rome Statute diluluskan oleh Parlimen & perkenan Majlis Raja Raja

Acara : Sidang media selepas laporan Polis olih pihak Sekretariat GERAM

 Lokasi : IPD Dang Wangi, KL

Tarikh : 11/3/2019 @ 2.30 pm




GERAM (Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia) membuat laporan Polis keatas kerajaan Malaysia kerana melakukan ratifikasi keatas Rome Statute tanpa membahaskan dan memperolehi kelulusan Parlimen dan perkenan Majlis Raja Raja. 

Perjanjian antarabangsa ini melibatkan 4 kesalahan jenayah utama iaitu, jenayah pembunuhan beramai ramai,  jenayah keatas kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan. 

Pihak yang menentang perjanjian ini berpendapat bahawa ianya  boleh mengundang campur tangan pihak antarabangsa kedalam sistem perundangan dan kedaulatan Raja Raja Melayu dimana Raja Raja Melayu boleh diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda.

GERAM akan mendapatkan bantuan Ahli Parlimen untuk membawa perkara ini ke Sidang Parlimen yang sedang berlangsung dan seterusnya mendapatkan Perkenan Majlis Raja Raja. Menurut GERAM penyertaan Malaysia masih boleh di tarik balik dalam masa tiga bulan selepas ianya ditandatangani (4/3/2019) sebelum mesyuarat seterusnya pada minggu pertama bulan June 2019. 



********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
Tarikh penyertaan Malaysia ialah 4/3/2019 
 7
Kandungan laporan Polis
 8



No comments:

Post a Comment