Showing posts with label skandal. Show all posts
Showing posts with label skandal. Show all posts

Sunday, 16 June 2019

Setelah tonton, Wanita Keadilan yakin video #semburit palsu dan Azmin bersih

Acara : Sidang media Wanita Keadilan Pusat dalam isu video #semburit yang melibatkan
Timbalan Presiden KEADILAN

Lokasi : Bilik Mesyuarat Ibupejabat KEADILAN, Tropicana Damansara

Tarikh : 15/6/2019


Ringkasan

Wanita Keadilan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali kerana merasakan ada pihak yang tidak senang dengan kemaraan dan pencapaian beliau dalam kerajaan.

Pemerhatian

1. wakil cabang mengatakan itu bukan Haziq
2. keluarganya juga tidak mengaku itu Haziq
3. Haziq sendiri tidak muncul secara peribadi
4. manipulasi dengan menggunakan teknik editing terkini
5. rakyat Malaysia perlu matang dan tidak terpedaya dengan video yang dimanipulasikan


Yang pelik nya semua ini timbul setelah perlantikan Ketua Pengarah SPRM yang baru.
Seolah olah ada usaha melaga-lagakan lagakan PM dengan Azmin yang dilihat berada dalam satu pasukan.

Wanita juga tidak bersetuju dengan saranan Otai Reformis untuk Azmin ambil cuti.

Wanita menyeru SKMM melakukan siasatan terperinci dan melakukan tindakan tegas keatas mereka yang terlibat dalam merakam dan mengedar video lucah tersebut.

Wanita seluruh negara akan membuat laporan Polis terhadap Haziq dalam masa terdekat

Mungkin ada pihak yang cuba memecah belahkan parti selepas pemilihan parti.

Menggantung jawatan Haziq sebagai Ketua AMK Santubong dan sebagai SUSK kepada Shamsul Iskandar.



Video sidang media Wanita Keadilan



1
 2
 3
 4




Thursday, 8 February 2018

IGP mungkiri temujanji, Tamrin kecewa kes siasatan skandal KP SKMM tergantung

Acara : Sidang media Tamrin Tun Ghafar mengenai skandal Ketua Pengarah SPRM

Lokasi : Hadapan Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Tarikh : 8/2/2018 @ 545 pm



Sedutan dari nukilan Tamrin Tun Ghafar dalam peranti Whatsapp

SKANDAL  KP  SPRM - MENGAPA IGP  LARI

Tamrin Tun Ghafar
Khamis  08/02/18

Sehari selepas saya meminta bersemuka dengan Tan Sri Fuzi  Harun, IGP saya terima panggilan dari Pengarah CID PDRM memaklumkan IGP bersetuju jumpa saya hari ini Khamis 08/02/18 jam 5 petang

Masa dan tarikh perjumpaan ditetapkan sendiri oleh IGP selepas saya sendiri menghantar surat  tersebut melalui Pos Laju dan Dengan Tangan

Saya dan dua rakan yang turut hadir, Zaid Md. Arip dan blogger Shabuddin Husin amat terkilan dan kecewa apabila dimaklumkan IGP menghadiri Perjumpaan WORLD URBAN FORUM diKL

Persedian Forum tersebut yang disertai kira 25,000 peserta  telah diatur kira2 3 bulan lepas

Tak masuk akal jemputan kepada IGP dibuat hanya pagi tadi sahaja

Perjumpaan hari ini 
dipengurusikan oleh Datuk Sri Wan Najmuddin Ahmad , Pengarah CID . Turut hadir tiga Pegawai Tinggi PDRM

Yang jelas kami telah diberitahu PDRM  TIDAK pernah mengambil keterangan  KP SPRM  walaupun IGP sendiri telah mengesahkan  beberapa bulan lepas Polis akan menggambil keterangan dari beliau

Pengakuan Polis kepada kami  hari ini  AMAT MEMERANJATKAN SEKALI 

Saya akan tulis sekali lagi meminta perjumpaan diantara saya dan IGP diadakan dalam masa terdekat

SEMOGA  KALI  INI 
TAN  SRI MUHAMMAD  FUZI 
HARUN   BOLEH BERSIKAP
LEBIH  GENTLEMAN  BAGI  KAMI   MENDAPAT  PENJELASAN  YANG  LEBIH  JELAS


Video rakaman perckapan Ghafar Tun Ghafar selepas bertemu Ketua CID PDRM



**************************************************************************************************************************************************
1
 2



Thursday, 29 December 2016

ANAK minta SPRM jangan biarkan penyeleweng FELDA terlepas dari tindakan undang-undang

Acara : Penyerahan memorandum mengenai Laporan Audit Negara keatas FELDA
kepada SPRM untuk siasatan

Lokasi : Ibupejabat SPRM, Putrajaya

Tarikh : 29/12/2016



Video 1 - Setelah laporan Polis di IPD JB berlalu tanpa berita setelah sebulan dibuat, ANAK hari ini menyerahkan memorandum mengenai Laporan Audit Negara keatas pengurusan FELDA untuk disiasat pula oleh SPRM 

Laporan bertulis di - Persatuan anak peneroka desak SPRM siasat penyelewengan Felda





*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
Mazlan Aliman, Preside ANAK berbaju jingga
 5



Sunday, 25 December 2016

Ezam Mohd Noor menggerak inisiatif memburu Jho Low dan bekas CEO 1MDB


Inisiatif Hisbah Center for Reform untuk memburu dan mengheret Jho Low & bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi kemuka pengadilan dalam kes skandal dana 1MDB.

Ini satu inisiatif yang perlu mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia untuk membersih nama baik negara dimata dunia. Ianya telah mendapat perhatian dan tindakan sistem perundangan dari pihak berkuasa dunia tetapi cuba dipendam oleh mereka yang memegang kuasa di Malaysia








*********************************************************************************

Nota: 

Ezam, 49, merupakan bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam kabinet. Beliau meninggalkan Umno kali pertama setelah Anwar dipecat pada 1998 dan merupakan ketua pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang pertama.

Beliau kemudiannya meninggalkan PKR untuk kembali ke pangkuan Umno pada tahun 2008, dalam era pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Ezam kini bersama dengan NGO Hisbah Centre for Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.
1
 2
 3