Showing posts with label mazlan aliman. Show all posts
Showing posts with label mazlan aliman. Show all posts

Saturday, 23 September 2017

Peneroka FELDA tak mahu mati dalam hutang

Acara : Jelajah Semarak Kasih Felda

Lokasi : Dataran Jam, Bandar Pusat Jengka, Pahang

Tarikh : 19/9/2017



Video 1 - Ringkasan penerangan oleh Mazlan Aliman mengenai hutang peneroka Felda

1. Proses penanaman semula bermula dengan peneroka menyerah urusan tersebut kepada Felda.
2. Peneroka diberi pinjaman sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan dari proses bermula sehingga hasil buah sawit yang pertama diperolehi
3. Tempoh tanam semula ini memakan masa antara 7-8 tahun keseluruhannya
4. Selain pinjaman sara hidup, peneroka juga boleh meminjam sehingga RM40,000 bagi tujuan renovasi dan pembesaran rumah. Keseluruhan pinjaman boleh mencecah RM200,000 bagi setiap peneroka.
5. Untuk tujuan tanam semula Felda telah pun ada mekanisma menabung oleh para peneroka dimana bagi setiap ekar peneroka akan menabung sebanyak RM4 untuk tempoh 20 tahun. Mengikut perkiraan jumlah wang pokok (principal) yang tersimpan pada akhir tahun ke 20 ialah RM17,000. Jumlah ini dijangka meningkat dengan ada nya dividen dari pelaburan Felda.


P.S - Menjelang PRU14 sudah ada kedengaran suara gerakan generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang menyatakan
"KAMI TAK MAHU EMAK BAPA DAN ATOK ATOK KAMI  MATI DALAM BERHUTANG" 






Wednesday, 20 September 2017

Malam Semarak Kasih Felda meriah walaupun hujan dan halangan Polis

Acara : Malam Semarak Kasih Felda

Lokasi : Dataran Jam, Bandar Pusat Jengka, Pahang

Tarikh : 19/9/2017 @ 9.00 pm


Hujan lebat sepanjang jalan dari Gombak hingga lah ke lokasi majlis. Polis pula mengadakan sekatan jalanraya kira kira 2 km sebelum Bandar Pusat Jengka dari kedua dua arah. Ketika sampai dilokasi hujan masih renyai renyai dan mulai reda apabila Sanusi Junid berucap. Kehadiran orang ramai kira kira 1,000 ketika dr Mahathir berucap. Ucapan Dr Mahathir malam ini lebih bertenaga dan ceria berbanding ucapan beliau di Muar ketika sambutan Ulangtahun Pertama PPBM


FB entries




************************************************************************************************************************************

1
Sekatan jalanraya oleh PDRM. Ramai mat motor sukarelawan membawa orang kampong ke ceramah terpaksa berpatah balik kerana takut kena tahan atas pelbagai kesalahan jalanraya. 
 2
 3
 4
 5
Dr Mahathir bersabar menunggu hampir 3 minit untuk berselfie dengan lelaki ini yang tjadi kelam kabut dengan talipon beliau. 
 6
Tan Sri Sanusi Junid agak ketinggalan maklumat mengenai geran tanah peneroka. Menurut salah seorang penoraka yang saya temui, hampir 80% peneroka sudah pun mendapat geran tanah masing masing
 7
 8
 9
 10

Thursday, 29 December 2016

ANAK minta SPRM jangan biarkan penyeleweng FELDA terlepas dari tindakan undang-undang

Acara : Penyerahan memorandum mengenai Laporan Audit Negara keatas FELDA
kepada SPRM untuk siasatan

Lokasi : Ibupejabat SPRM, Putrajaya

Tarikh : 29/12/2016



Video 1 - Setelah laporan Polis di IPD JB berlalu tanpa berita setelah sebulan dibuat, ANAK hari ini menyerahkan memorandum mengenai Laporan Audit Negara keatas pengurusan FELDA untuk disiasat pula oleh SPRM 

Laporan bertulis di - Persatuan anak peneroka desak SPRM siasat penyelewengan Felda





*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
Mazlan Aliman, Preside ANAK berbaju jingga
 5