Showing posts with label pemangkin. Show all posts
Showing posts with label pemangkin. Show all posts

Sunday, 24 December 2017

Agenda Najib Razak disebalik Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm


Agenda Najib Razak dalam penganjuran Himpunan Sodidariti Selamatkan Baitulmaqdis (SSB) dapat disimpulkan dengan jelas dalam video #4, iaitu untuk menjadi pemangkin dalam perpaduan ummah di Malaysia.

Selain itu SSB juga  boleh dianggap sebagai cara yang selamat dan boleh diterima oleh orang Melayu / Islam untuk berhimpun bagi diarahkan tenaga mereka kesuatu matlamat bersama.

PRU14 semakin hampir dan thema bagi siri  Himpunan SSB yang akan diteruskan setiap bulan (sehingga PRU14 atau isu Baitulmaqdis selesai, yang mana sampai dulu) ialah kesatuan atau perpaduan ummah. Mesej ini amat penting bagi Najib mengembeling sokongan Melayu kepada UMNO / BN yang terhakis teruk dengan ada nya PPBM.

Himpunan SSB ini tidak akan memakan belanja yang tinggi kerana ianya akan dilakukan diperkarangan Masjid seluruh negara yang berkemungkinan akan melibatkan Menteri Menteri Besar, Ahli Parlimen, Menteri Pusat yang balik kawasan selain PM dan TPM sendiri. Impak nya dijangka tinggi kerana audien orang Melayu yang terlibat tidak hanya terbatas kepada penyokong UMNO / BN sahaja. Ianya akan melibatkan kesemua jemaah masjid yang hadir pada solat Jumaat hari majlis tersebut diadakan. 


Video 1- Penganjur gagal penuhi aspirasi PM Najib Razak penyatuan ummah


Video 2 - Naji rela dikerat sehingga ke ketulan daging terakhir demi Baitulmaqdis



Video 3 - Himpunan Solidariti Selamatkan Baitumaqdis akan diadakan setiap bulan



Video 4 - Agenda Najib disebalik penganjura Himpunan SSB




#suasana360 dari pelbagai sudut


**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10