Tuesday 12 December 2017

Nadiputra yang kerugian dijual untuk perbaiki perkhidmatan bas untuk warga Putrajaya

Acara : Majlis permeteraian perjanjian ambil alih ekuiti syarikat Pengangkutan Awam
Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd

Lokasi : Grand Pavillion Garden, Putrajaya Shangri-La

Tarikh : 11/12/2017



Putrajaya 11/12/2017 - Menteri WP,  Tengku Adnan hari ini menyaksikan permeteraian perjanjian bagi pengambilalihan ekuiti dalam syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) oleh Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd (KBESM)

PAPTT adalah anak syarikat Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd (PULSE) sementara KBESM pula adalah anak syarikat milik penuh GETS Global Berhad (GETS).

Dibawah urusan pengambilalihan ini GETS akan memegang 79.99% saham PAPTT melalui KBESM. Ini merupakan lanjutan kepada MOU yang telah dimeterai pada 12/10/2017.

Terdahulu GETS telah mengumumkan akan melaksanakan sistem pengangkutan awam bas elektrik sepenuhnya di Putrajaya menjelang 2025 dengan lima daripadanya akan beroperasi bermula suku kedua tahun 2018 menggantikan bas NGV sedia ada.

Mengenai PAPTT

Diperbadankan pada tahun 1995. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya dan mengurus perkhidmatan bas bandar, Terminal Putrajaya Sentral, perkhidmatan Park & Ride, tempat letak kereta dan perkhidmatan pelancongan. PAPTT ketika ini mempunyai 170 buah bas NGV untuk laluan perkhidmatan bas henti henti dalaman Putrajaya dan laluan sambungan ke Lembah Klang. PAPTT dimiliki bersama oleh Perbadanan Putrajaya dan PULSE Group.

Mengenai PULSE Group

www.pulsegroup.com.my adalah anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya. Selain PAPTT, PULSE Group memiliki syarikat Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd dan Putrajaya Floria Sdn Bhd dengan portfolio perniagaan berteraskan pusat MICE, pengurusan hotel, pengurusan pusat rekreasi, perkhidmatan makanan dan minuman, pengurusan acara dan pengurusan taman. Kumpulan PULSE adalah pemegang saham utama PAPTT dengan 79.99% kepentingan ekuiti.

Mengenai GETS Global

Ianya dahulu dikenali sebagai KBES Berhad dan beroperasi di Kamunting, Perak. Ianya menjalankan tiga segmen perniagaan termasuk pemegangan pelaburan, perkhidmatan bas ekspress dan fabrikasi kenderaan. Antara anak-anak syarikat GETS Global adalah Konsortium Bas Ekspress Semenanjung (M) Sdn Bhd, Super Coach Assembly Plant Sdn Bhd dan Santero Sdn Bhd, pengimport bas FOTON di Malaysia. 


Video 1 - Sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian.
Min 1:50 Peringatan dan teguran Ku Nan kepada pihak media mengenai ' spinning' fakta. SEMUA AKAN MENGADAP TUHAN



*****************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11

No comments:

Post a Comment