jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Program jualan ikan dan ayam separuh harga @ Putrajaya
Lokasi : Padang Kompleks Kejiranan , Presint 9, Putrajaya
Tarikh : 22/2/2018 @ 4.00 pm
Ini program kali keempat dan kali ini selain daripada ikan separuh harga ayam segar juga ditawarkan dengan harga RM5 seekor kepada penduduk sekitar Putrajaya. Setelah tiga program berlalu , penduduk Putrajaya kali ini telah siap menanti ketibaan lori ikan dan ayam dilokasi program. Dalam masa tak sampai dua jam hanya ketulan ais sahaja yang tinggal dalam 'tray' ikan.
Walaupun Dr Mahathir kerap turun merayau atau melakukan walkabout di Pasar Tani, Putrajaya, para peniaga dan pengunjung disini masih tetap teruja dan ternanti nanti dilawati dan disinggahi Dr Mahathir. Seorang peniaga ikan segar begitu teruja apabila Dr Mahathir menjadi pelanggan pertama yang membuka rezeki beliau apabila Dr Mahathir membeli 2 kg ketam bunga dengan harga RM38 sekilo. Apabila ditanya masakan apa yang beliau gemar untuk ketam, Dr Mahathir menjawab "kari laa"...tak pun goreng saja...
Saya diberitahu oleh peniaga gulai kawah bahawa kebanyakkan mereka terutamanya yang berasal dari utara menggelar Dr Mahathir sebagai Ayahanda Terbesar... (ala ala Ayahanda Tiga Line pulak dah) dan mereka senantiasa menanti giliran dikunjungi oleh beliau.
Walaupun kebanyakkan peniaga di pasar tani ini bukan pengundi di Putrajaya, namun mereka mempunyai pengaruh yang besar dikalangan kakitangan kerajaan dan pengundi pengundi Putrajaya.
Dikalangan kakitangan kerajaan ada yang tidak kisah langsung berselfie dan dirakam gambar mereka bersama Dr Mahathir. Namun ada juga yang beruniform mengelak dari dirakam gambar mereka bersama Dr Mahathir.
#video360 - Walkabout Dr Mahathir
#video360 - Gelagat matang kumpulan Pemuda UMNO & Pemuda Bersatu apabila bertemu ..
Acara : Majlis permeteraian perjanjian ambil alih ekuiti syarikat Pengangkutan Awam
Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd
Lokasi : Grand Pavillion Garden, Putrajaya Shangri-La
Tarikh : 11/12/2017
Putrajaya 11/12/2017 - Menteri WP, Tengku Adnan hari ini menyaksikan permeteraian perjanjian bagi pengambilalihan ekuiti dalam syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) oleh Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd (KBESM)
PAPTT adalah anak syarikat Putrajaya Leisures & Services Group Sdn Bhd (PULSE) sementara KBESM pula adalah anak syarikat milik penuh GETS Global Berhad (GETS).
Dibawah urusan pengambilalihan ini GETS akan memegang 79.99% saham PAPTT melalui KBESM. Ini merupakan lanjutan kepada MOU yang telah dimeterai pada 12/10/2017.
Terdahulu GETS telah mengumumkan akan melaksanakan sistem pengangkutan awam bas elektrik sepenuhnya di Putrajaya menjelang 2025 dengan lima daripadanya akan beroperasi bermula suku kedua tahun 2018 menggantikan bas NGV sedia ada.
Mengenai PAPTT
Diperbadankan pada tahun 1995. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya dan mengurus perkhidmatan bas bandar, Terminal Putrajaya Sentral, perkhidmatan Park & Ride, tempat letak kereta dan perkhidmatan pelancongan. PAPTT ketika ini mempunyai 170 buah bas NGV untuk laluan perkhidmatan bas henti henti dalaman Putrajaya dan laluan sambungan ke Lembah Klang. PAPTT dimiliki bersama oleh Perbadanan Putrajaya dan PULSE Group.
Mengenai PULSE Group
www.pulsegroup.com.my adalah anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya. Selain PAPTT, PULSE Group memiliki syarikat Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd dan Putrajaya Floria Sdn Bhd dengan portfolio perniagaan berteraskan pusat MICE, pengurusan hotel, pengurusan pusat rekreasi, perkhidmatan makanan dan minuman, pengurusan acara dan pengurusan taman. Kumpulan PULSE adalah pemegang saham utama PAPTT dengan 79.99% kepentingan ekuiti.
Mengenai GETS Global
Ianya dahulu dikenali sebagai KBES Berhad dan beroperasi di Kamunting, Perak. Ianya menjalankan tiga segmen perniagaan termasuk pemegangan pelaburan, perkhidmatan bas ekspress dan fabrikasi kenderaan. Antara anak-anak syarikat GETS Global adalah Konsortium Bas Ekspress Semenanjung (M) Sdn Bhd, Super Coach Assembly Plant Sdn Bhd dan Santero Sdn Bhd, pengimport bas FOTON di Malaysia.
Video 1 - Sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian.
Min 1:50 Peringatan dan teguran Ku Nan kepada pihak media mengenai ' spinning' fakta. SEMUA AKAN MENGADAP TUHAN
Acara : Jualan Ikan Segar Separuh Harga @ Putrajaya
Lokasi : Padang Pusat Komuniti, Presint 9, Putrajaya
Tarikh : 11/12/2017
Video 1 - Jualan ikan segar separuh harga akan diteruskan dilokasi berlainan sekitar Putrajaya dan kemungkinan akan ada tambahan produk lain bagi manfaat penduduk Putrajaya. Untuk hari ini 3 Tan ikan pelbagai jenis dengan harga purata RM6 se kg habis dijual dalam masa kurang dari 2 jam.