Showing posts with label kovil sri maha mariamman. Show all posts
Showing posts with label kovil sri maha mariamman. Show all posts

Tuesday, 25 December 2018

Siti Kassim ketuai kumpulan NGO serah memo sokong Waytha kekal jawatan

Acara : Penyerahan memorandum menyokong dikekalkan P.Waytha Moorthy sebagai Menteri

Lokasi : Perdana Putra, Putrajaya

Tarikh : 24/12/2018 @ 11.00 am



Hari Jummat yang lepas UMMAH telah menganjurkan himpunan dan penyerahan memorandum kepada PM7 mendesak pemecatan P.Waytha Moorthy sebagai Menteri Perpaduan. Hari ini satu kumpulan kecil yang dikepalai oleh Siti Kassim pula menyerahkan memo menyokong supaya Waytha dikekalkan dalam kabinet PM7. Dikatakan 211 NGO pelbagai NGO seluruh negara telah menyatakan sokongan mereka kepada inisiatif ini.

Siti Kassim telah mengambil kesempatan untuk membidas Menteri Beliau, Syed Saddiq yang telah menggerakkan ARMADA untuk mendesak PM7 ambil tindakkan keatas Waytha (min 17:30).

Sila tonton video ini dari awal hingga kesudahan untuk memahami isu yang berbangkit sepenuhnya.





*************************************************************************************************************************

1
2
3
  4
5
  6
7
8
 9
10  
11
12
13


Sunday, 23 December 2018

Solidariti Suara Ummah Desak Pemecatan Waytha dan Dua Lagi

Acara : Himpunan Solidariti Suara Ummah #justice4adib Desak Pemecatan Waytha & Dua lagi

Lokasi : Dari Masjid Putra ke Putra Perdana, Putrajaya

Tarikh : 21/12/2018


Muhammad Adib Mohd Kassim anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang cedera teruk dibelasah oleh perusuh dalam kejadian rusuhan di Kovil Sri Maha Mariamman, USJ pada 27/11/2018 telah menghembuskan nafas terakhir di IJN pada jam 9.41 pm 17/12/2018.

Acara himpunan hari ini dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan disertai oleh pelbagai NGO untuk mendesak PM7 memecat Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan dan juga M.Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia. Turut menerima desakan supaya meletakkan jawatan ialah EXCO Negeri Selangor, V.Ganabatirau. Ketiga tiga mereka didakwa telah menghasut dan menaikkan kemarahan perusuh Hindu terhadap orang Melayu dalam kejadian rusuhan Kovil Sri Maha Mariamman USJ


Video 1 - Ucapan oleh Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID



Video 2 - Ucapan oleh Rashidi Aris, wakil MUAFAKAT Malaysia . Sinis dan pedas teguran kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau mendesak supaya diadakan RCI untuk menyiasat kematian Adib sepertimana yang telah dilakukan Kerajaan BN dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan penjenayah Kugan



Vide0 3 - Ucapan oleh Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung Majlis Pimpinan Melayu (MPM). Sistem pendidikan yang bercelaru disalahkan sebagai punca keruntuhan institusi sosial di negara ini.



Video 4 - Ucapan oleh Aliff Tafid, wakil AMANAH Cheras. Adakah beliau hadir atas kapasiti peribadi atau dihantar oleh AMANAH Pusat.

Kemaskini 26/12/2018
Jawapan dari pihak AMANAH

Utk makluman, Aliff Tafid ini *bukan* pimpinan Amanah atau mewakili Amanah Kawasan mahupun Amanah WP. 

Dia hadir dan berucap dlm demonstrasi di Putrajaya smlm atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili entiti parti Amanah. Amanah WP juga tidak dimaklumkan ttg kehadiran beliau ke program tsbt. 

Seluruh ahli Amanah WP diarahkan turun ke demonstrasi di Kedutaan Australia di KL slps solat Jumaat smlm. 

Sekian. 

Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi
Naib Pengerusi Amanah WP



Video 5 - Taklimat oleh Aminuddin Yahaya, Pengerusi UMMAH selepas penyerahan memorandum kepada wakil PMO



Video 6 - Perkongsian pandangan oleh Zulkifli Noordin, Peguam dan juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu.



****************************************************************************************************************************

1