Monday 17 December 2018

NGO Berbaiah setia kepada kerajaan semasa, dulu BN kini PH, hargailah mereka.

Acara : Bantahan oleh NGO berbaiah usaha DBKL untuk merobohkan pejabat


Lokasi : Lot 28164, Jalan Genting Kelang, Setapak, KL


Tarikh : 18/12/2018


Ini jemputan yang diterima melalui whatsapp

Assalamualaikum WBT.. mohon bantuan kepada semua sahabat2 untuk datang beramai-ramai pada pukul 8.00pg (18.12.18, selasa) ke Pejabat PMKL/ Syaza Auto, sebelah KL Festival City kerana DBKL akan merobohkan tapak kita ini dengan arahan YB Wangsa Maju & Kontraktor untuk dijadikan tapak Parking kereta sedangkan Tapak kita ini adalah tempat kita mengadakan majlis Pakatan Kenduri Berkampung & majlis2 NGO Islam. Mohon datang beramai2 utk bagi sokongan & mengelakkan DBKL dari merobohkan tapak kita. Mohon share kepada semua. Sekian terima kasih.

Alamat: Lot 28164, Jln Genting Kelang, Setapak

*mohon panjangkan kepada seluruh jemaah*


Pertemuan NGO bersama Timbalan Ketua Polis IPD Wangsa Maju bagi membincangkan berkenaan Pejabat BATAS Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Persatuan Muay Thai Kuala Lumpur, Pejabat Persatuan Penjaja Wangsa Maju dan Syaza Auto di Lot 28164 Jalan Genting Kelang Setapak yang akan diroboh oleh pihak Penguakuatsa DBKL atas desakan Wakil Rakyat Wangsa Maju YB Tan Yee Kew besok 18 Dis 2018 jam 8 pagi (Selasa). Kami dari BATAS Malaysia, PMKL, Persatuan Penjaja Kuala Lumpur dan Syaza Auto tetap akan mempertahankan  Lot 28164. Semua jemaah berbaiah dijemput untuk bersama sama pada esok hari 18 Dis 2018 jam 8 pagi bagi membincangkan bersama PBT untuk mencari jalan penyelesaian...

Jemputan Dari:
Ayah TCB
(Timbalan Presiden BATAS Malaysia)


Pagi ini pihak DBKL menunda operasi mereka ke tarikh yang lain


Video 1- Kenyataan bersama NGO berbaiah
Pembetulan : SUA Batas yang berucap ialah Ayahanda Husin, SUA baru yang menggantikan allahyarham Assri Hj Ismail.



Video 2 - Kenyataan oleh Mohd Shabudin Abu Hassan, Timbalan Presiden BATAS Malaysia



Video 3 - Kenyatan oleh Idris Jaaraf, Pengerusi BATAS Genting Kelang



Video 4 - Kenyataan oleh Kamal, pemilik Syaza Auto Trading. Syaza ada lah penjual kereta terpakai dan bukan nya bengkel haram seperti didakwa oleh MP Wangsa Maju




************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12


No comments:

Post a Comment