Friday 26 July 2019

Otai Reformis kecewa dengan sikap Polis dalam isu video #semburit

Acara : Sidang media Otai Reformis 98  mengenai isu video #semburit

Lokasi : Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu, KL

Tarikh : 26/7/2019



Kenyataan Media

1. Otai Reformis 1998 merujuk kepada beberapa kenyataan media yang 'agak mengelirukan' yand dibuat oleh Ketua Polis Negara (KPN) sejak kebelakangan ini berkaitan video intim hubungan seks sejenis seperti pendedahan dan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Sentubong yang mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan asli tanpa sebarang edit atau kacau ganggu terhadap video tersebut.

2. Otai berharap kes ini dapat diselesaikan mengikut prosidur undang-undang seperti yang ditegaskan oleh KPN dan Otai sangat menghargai kesungguhan pihak Polis menyelesaikannya secepat mungkin kerana ianya telah berlarutan agak lama tanpa sebarang penghujung dan keadaan ini menimbulkan kegusaran dan kgelisahan kepada rakyat.

3. Haziq dan pasangan salahlaku seks nya telah dikenalpasti oleh syarikat pakar video, Cybersecurity Malaysia, walaupun pengecaman wajah (facial recognition) pelaku-pelakunya dilaporkan negatif. Seterusnya Haziq telah ditahan reman oleh pihak Polis untuk siasatan lanjut sebaliknya pasangan intimnya dibiarkan bebas.  

Otai merasa hairan dan kecewa mengapa individu yang disebut-sebut itu tidak dipanggil atau ditahan untuk siasatan oleh pihak Polis.

Melakukan hubungan seks luar tabii adalah satu kesalahan di Malaysia dibawah seksyen 377A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

4. Kita memohon KPN lebih peka dan berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelakkan spekulasi dan ketidaktenteraman rakyat. Kenyataan KPN haruslah berdasarkan fakta dan data-data yang jelas dan BUKANNYA andaian dan tuduhan semata-mata. KPN bukan ahli politik atau orang awam yang sering membuat andaian berdasarkan 'dengar khabar' (hearsay) tanpa hasil kajian atau siasatan terperinci.

Kelewatan pihak Polis memuktamadkan siasatan kes ini dengan cepat akan memberikan impak negatif keatas kewibawaan pihak Polis.

5. Seorang Menteri Kanan dan seorang Menteri Besar diharap segera memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis memandangkan kedua-dua mereka dalam kenyataan masing-masing telah 'beriya-iya' mengatakan bahawa mereka telah benar-benar mengenalpasti 'dalang utama' dalam isu video intim tersebut.

Otai Reformis 1998 berharap agar kes ini menjadi contoh bagaimana pihak Polis dan Kerajaan Pkatan Harapan membuktikan komitmen yang tinggi dalam memenuhi makna 'Malaysia Baharu' pasca PRU14 dengan berteraskan dasar Kerajaan kearah 'Rahmatan Lil Alamin' serta teguh berpegang kepada 'Rule of Law'. 




*****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 7



No comments:

Post a Comment