Monday 15 July 2019

Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU 15/7/2019

Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya

Tarikh : 15/7/2019



Video 1 - Mengenai perbincangan didalam mesyuarat  yang menyentuh persiapan untuk mengadakan EGM pada 20/7/2019 .



Video 2 - Kerajaan mengambil keputusan untuk tuntut kembali RM1.0 billion dari Syarikat China Petroleum Pipeline (CPP) kerana CPP hanya berjaya menyiapkan 13% kerja keseluruhan sedangkan bayaran yang telah dibuat adalah untuk 80% kerja.



Video 3 - Istana tiada hak masuk campur dalam urusan kerajaan untuk menentukan had umur belia



Video 4 - Dr Mahathir menafikan Lim Kit Siang lah yang telah mempengaruhi beliau untuk menubuhkan PPBM. Beliau menyarankan orang yang membuat dakwaan tersebut dihantar (untuk dianalisa otak) di Hospital Tanjung Rambutan.



Ini jawapan Hamidah Osman yang diperolehi dari FB beliau

Begitu pantas Tun Dr. Mahathir membalas kenyataan dan pengakuan saya berkenaan penubuhan PPBM adalah berasal dari cadangan Lim Kit Siang.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10% undi UMNO.

Nampak nya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Lim Kit siang yang sudah lupa.

Walaubagaimana pun, saya agak heran kenapa setelah mengakui, Tun Mahathir mencadangkan supaya saya dan Dato Seri Najib masuk ke Tg Rambutan.

Namun saya berpendapat biar lah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada Bangsa Agama dan Negara.

Saya tak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa saya untuk kepentingan sendiri.
Di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain. Ini semua kita terpaksa jawap di akhirat nanti.

Dato Hamidah Osman


********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9



No comments:

Post a Comment