jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Video 1 - Latar belakang laporan Polis keatas Lim Guan Eng oleh Raggie Jessy Rithaudeen, Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN)
Video 2 - Rosdzaman, Pengerusi Bersama GBN menyeru para Menteri PH berkata benar dalam isu kempen #bmf. Tiada unsur boikot, cuma kempen untuk mengutamakan produk HALAL keluaran Muslim.
Video 3 - Mujahid diseru supaya keluar dari politik yang sempit dan bantu usaha baik #bmf untuk membangunkan ekonomi Muslimin
Video 4 - Lim Guan Eng perlu diajar supaya reti bahasa. GBN sedia bantu ajar. Menteri kerajaan hentilah panggil Melayu pemalas.
Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya
Tarikh : 15/7/2019
Video 1 - Mengenai perbincangan didalam mesyuarat yang menyentuh persiapan untuk mengadakan EGM pada 20/7/2019 .
Video 2 - Kerajaan mengambil keputusan untuk tuntut kembali RM1.0 billion dari Syarikat China Petroleum Pipeline (CPP) kerana CPP hanya berjaya menyiapkan 13% kerja keseluruhan sedangkan bayaran yang telah dibuat adalah untuk 80% kerja.
Video 3 - Istana tiada hak masuk campur dalam urusan kerajaan untuk menentukan had umur belia
Video 4 - Dr Mahathir menafikan Lim Kit Siang lah yang telah mempengaruhi beliau untuk menubuhkan PPBM. Beliau menyarankan orang yang membuat dakwaan tersebut dihantar (untuk dianalisa otak) di Hospital Tanjung Rambutan.
Ini jawapan Hamidah Osman yang diperolehi dari FB beliau
Begitu pantas Tun Dr. Mahathir membalas kenyataan dan pengakuan saya berkenaan penubuhan PPBM adalah berasal dari cadangan Lim Kit Siang.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10% undi UMNO.
Nampak nya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Lim Kit siang yang sudah lupa.
Walaubagaimana pun, saya agak heran kenapa setelah mengakui, Tun Mahathir mencadangkan supaya saya dan Dato Seri Najib masuk ke Tg Rambutan.
Namun saya berpendapat biar lah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada Bangsa Agama dan Negara.
Saya tak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa saya untuk kepentingan sendiri.
Di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain. Ini semua kita terpaksa jawap di akhirat nanti.
Acara : Sambutan 10 Tahun Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang
Lokasi : Padang Kota Lama Pulau Pinang
Tarikh : 11/3/2018 @ 9.00 pm
Nota : Kalau ikutkan jadual dan pengumuman yang telah dibuat, Dr Mahathir sepatutnya hadir untuk memberi ucapan di majlis ini. Tetapi berita yang diterima Dr Mahathir terpaksa membatalkan perjalanan beliau kesini setelah batuk agak kuat setibanya di KLIA untuk menaiki penerbangan. Semalam semasa di Bachok beliau sudah pun kelihatan memakai Muffler untuk mengelak sejuk dada.
Video 1 - Pengumuman keputusan pembahagian kerusi DUN Pulau Pinang oleh Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah
Video 2 - Mukhriz Mahathir yakin Pakatan Harapan mampu menyambung pentadbiran kerajaan Pulau Pinang lagi 10 tahun
Video 3 - Pulau Pinang banyak menghasilkan tokoh tokoh hebat seperti Anwar Ibrahim. Terkini Jho Low telah termasuk dalam senarai tokoh hebat hasilan Pulau Pinang.. Adakah tokoh ini boleh dibanggakan rakyat Malaysia, khususnya rakyat Pulau Pinang ?
Video 3 - Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan merubah nasib masa depan kita dan anak cucu serta keturunan kita semua
Video 1 - Anthony Loke mengambil hati Dr Siti Hasmah dengan memberi kata kata penghargaan dalam ucapan beliau kepada Dr Siti Hasmah bersempena Hari Wanita Sedunia.
Video 2 - Mesej yang sama dijaja keseluruh negara oleh Lim Kit Siang. Isu KLEPTOCRACY yang dibangkitkan oleh DOJ USA menjadi bahan ampuh dalam menyerang pentadbiran Najib Razak. 3P yang dilabelkan Lim sudah bermain dibibir setiap penceramah pembangkang dalam setiap ceramah mereka diseluruh negara, PENCURI, PEROMPAK & PENYAMUN. Menurut Lim , Global Kleptocracy merupakan kejayaan besar Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia berbanding lima Perdana Menteri sebelumnya
Video 3 - Dr Mahathir tanpa segan silu mengaku bahawa beliau memang pakar dalam bidang U-Turn (politik). Beliau mengumpamakan seorang pemandu kereta yang terpaksa membuat u-turn apabila berhadapan dengan jalan yang runtuh. Dalam senario semasa Najib Razak lah yang menyebabkan beliau 'jalan runtuh'.. BODO lah kalau tak buat u-turn ..:)