Friday 5 July 2019

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU 2019 (full compilation)

Acara : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Lokasi : Dewan Konvensyen MBI Desaku, Kulim, Kedah

Tarikh : 29/6/2019



Ringkasan intipati ucapan PM7

Perubahan kuasa berjalan secara aman dari pihak yang telah memerintah selama 61 tahun kepada kerajaan PH tidak seperti mana huru hara dan peperangan yang berlaku dinegara negara lain yang mempunyai satu etnik dan agama yang sama yang mengamalkan sistem demokrasi.

PH bersyukur dan berterima kasih dan akan membalas budi kepada rakyat yang telah memilih PH dan berjanji akan berkongsi segala kekayaan negara di bawah konsep 'kemakmuran bersama' atau 'shared prosperity'. PH akan memastikan tiada sesiapa pun akan tertinggal dengan syarat mereka sanggup membuat kerja kerja yang tertentu yang dirancang oleh kerajaan.

Pendekatan yang baru didalam sektor pertanian akan diperkenalkan untuk memastikan golongan miskin diluar bandar akan dapat merasa nikmat kemakmuran sama seperti yang tinggal dibandar.

Antara kejayaan yang telah dicapai kerajaan PH ialah memastikan keamanan dengan dasar dasar dan pendekatan kerajaan PH dan yakin akan dapat memulihkan keadaan dalam negara dalam masa yang tidak lama lagi. Rakyat bebas bersuara mengkritik dan menegur 
kerajaan.



Ringkasan intipati ucapan TSMY

Mengenai parti

Proses pemilihan pimpinan parti akan dilaksanakan mengikut lunas lunas dan peraturan yang ditetapkan oleh ROS.

Dr Mahathir mahu proses pemilihan dijalankan secepat mungkin.

Perkara pertama yang ialah melakukan kajian pindaan perlembagaan parti yang dipertanggungjawabkan kepada Naib Presiden Mukhriz Mahathir. Kajian telah pun hampir selesai.

Selepas selesai kajian pindaan perlembagaan sesi sesi taklimat akan dilakukan di setiap zon disemua peringkat seluruh negara.

Sebelum proses pemilihan parti, perlu dipastikan bahawa kesemua ahli ahli yang telah mendaftarkan diri secara terus atau secara online menjadi ahli kepada cawangan cawangan yang menjadi pilihan mereka.
















Full foto album. To view please click on the Facebook logo


No comments:

Post a Comment