Friday 23 February 2018

Identiti pemberi dedak didedahkan setelah SPRM gagal mengambil tindakan sewajarnya

Acara : Sidang media mengenai Ops Banteras Dedak

Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 23/2/2018 @ 4.00 pm



Video 1 - Sidang media hari ini ialah lanjutan kepada sidang media yang diadakan pada 14/2/2017 berkaitan penangkapan suspek pemberi dedak oleh sepasukan anggota SPRM hasil daripada aduan yang dibuat oleh ahli Wanita PPBM dari Perlis.

Penangkapan suspek dilakukan pada 5/2/2017 setelah pasukan SPRM sendiri yang memasang perangkap. Sidang media pada 14/2 dilakukan untuk menyatakan kekesalan PPBM akan kelewatan atau tiada berita lanjut daripada SPRM mengenai tangkapan tersebut.

Hari ini identiti pengadu telah didedahkan begitu juga dengan identiti suspek. Beliau ialah Puan Baridah Nayan ahli PPBM seumur hidup sementara suspek pula ialah bekas ahli PPBM, Hasnita Hishamudin dan pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Srikandi Pusat.

Bahan bukti semua berada ditangan SPRM, suspek pula telah pun ditahan sendiri oleh SPRM pada 5/2/2018. Namun hingga kini tiada tindakan reman diambil keatas suspek dan ironi nya si suspek telah muncul berdemonstrasi dihadapan ROS Putrajaya pada 22/2/2018.

Satu notis terakhir telah dihantar ke SPRM, memberi mereka tujuh hari untuk memberi jawapan dan maklum balas kepada  orang awam dan juga kepada aduan PPBM. Sekiranya SPRM gagal, segala tindakan yang dibenarkan disisi undang undang akan diambil terhadap SPRM dan para anggota yang terlibat kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka.




*****************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
   4
 5
 6
 7
 8
 9

No comments:

Post a Comment