Tuesday 20 February 2018

Dr Mahathir akan keringkan Najib dengan memberi indikasi bertanding merata tempat

Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ, Selangor

Tarikh : 20/2/2018 @ 2.30 pm



Video 1 - Rakaman penuh sidang media

Ringkasan intipati sidang  media

Min 0.15  - Mengenai ROS yang tidak menjawab dan memberi respon kepada permohonan pendaftaran Pakatan Harapan

Min 1.00 - PH akan membawa isu ROS ke Mahkamah bagi mendapatkan kata putus bagi membolehkan PH melakukan persiapan PRU14

Min 2.30 - Kesalahan dan diskripansi senarai pengundi akan dibawa ke SPR

Min 2.53 - Mengenai undi pos / undi awal yang memberi kelebihan ketara kepada BN
Min 5.10 - Isu membawa masuk pemerhati luar untuk PRU14

Min 6.28 - Manifesto sedang dalam proses pindaan. PH tidak akan terikat dengan kenyataan kenyataan dan janji janji awal yang dikeluarkan oleh sesetengah pemimpin PH sekiranya janji janji tersebut tidak selari dengan Manifesto PH.

Min 9.09 - Pelbagai usaha Najib untuk menyekat derma dari di beri penyokong kepada PH.

Min 10.19 -Najib akan keluarkan bajet yang besar di kawasan kawasan yang dijangka Dr M akan bertanding bagi membeli sokongan pengundi. Langkawi sahaja telah menerima janji pembangunan bernilai lebih dari RM1.0 billion dari Najib

Min 13.17 -Komen mengenai delegasi diplomat Israil yang hadir di World Urban Forum 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur baru baru ini.

Min 14.00 - Dr M juga teringin bertanding di Pekan

Min 15.12 - Mengenai status rundingan pembahagian kerusi untuk PRU14

Min 16.20 - Mengenai penghakiman yang tidak memihak kepada PH dalam isu persempadananan semula kawasan pilihanraya.  





*********************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4


No comments:

Post a Comment