Showing posts with label majlis presiden. Show all posts
Showing posts with label majlis presiden. Show all posts

Friday, 1 February 2019

Dr Mahathir layan soalan mengenai populariti #MaluApaBossku

Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya

Tarikh : 1/2/2019 b@ 6.00 pm



Video 1 - Ulasan mengenai perkara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden hari ini.



Video 2 - Dr Mahathir yakin akan meraih sokongan pengundi Melayu yang tidak puas hati dengan kesalahan kerajaan BN dan kini tumpuan mereka adalah kepada kejayaan kerajaan PH 



Video 3 - dr Mahathir yakin rakyat akui kejayaan kerajaan PH dan sudah tidak lagi berasa tertekan seperti semasa dibawah kerajaan BN yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk mengamalkan rasuah.



Video 4 - Jenis jenis janji Manifesto yang tidak dapat ditunaikan segera kerana memerlukan pindaan Perlembagaan.



Video 5 - Dr Mahathir masih menunggu hasil rundingan dengan pihak China sebelum membuat sebarang keputusan mengenai ECRL walaupun ada berita dari China yang menyatakan mereka sanggup memberi diskaun debanyak 50%.



Video 6 - Dr Mahathir nafi beliau boneka DAP 



Video 7 - Bukan ringgit yang jatuh tapi nilai US dollar yang naik



Video 8 - Dr Mahathir jawab soalan mengenai fenomena #MaluApaBossku yang semakin popular di media sosial 

 


**************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12


Saturday, 7 July 2018

Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan tergantung

Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh : 6/7/2018 @ 12.15 pm




Rakaman penuh sesi sidang media oleh Dr Mahathir Mohamad



FB entries






*******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
Jamuan Raya oleh kakitangan YKP


Tuesday, 27 February 2018

Pakatan Harapan bersedia berhadapan dengan kemungkinan bertanding dibawah salah satu logo komponen.

Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 27/2/2018 @ 12.30 pm


Catatan ringkas

Min 1.15 - Perbincangan dalam mesyuarat kali ini tertumpu kepada karenah ROS yang masih membisu mengenai permohonan pendaftaran oleh Pakatan Harapan

Min 2.00 - Pakatan Harapan sudah membuat ketetapan akan bertanding dibawah simbol salah satu daripada empat komponen Pakatan Harapan.

Min 2.45 - Dr Mahathir menjawab dakwaan Najib mengenai kos membela kuda.. kuda beliau tidak makan quinoa dan hanya diberi makan carrot

Min 4.00 - Robert Kuok mendapat pembelaan Dr Mahathir

Min 9.00 - Komen Dr Mahathir mengenai ugutan oleh orang UMNO Pekan terhadap program lawatan beliau ke Felda Chini pada 28/2/2018

Sila tonton sepenuhnya rakaman sidang media ini untuk mengelak kekeliruan



*********************************************************************************************************************************************
1
 2
 3



Tuesday, 20 February 2018

Dr Mahathir akan keringkan Najib dengan memberi indikasi bertanding merata tempat

Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ, Selangor

Tarikh : 20/2/2018 @ 2.30 pm



Video 1 - Rakaman penuh sidang media

Ringkasan intipati sidang  media

Min 0.15  - Mengenai ROS yang tidak menjawab dan memberi respon kepada permohonan pendaftaran Pakatan Harapan

Min 1.00 - PH akan membawa isu ROS ke Mahkamah bagi mendapatkan kata putus bagi membolehkan PH melakukan persiapan PRU14

Min 2.30 - Kesalahan dan diskripansi senarai pengundi akan dibawa ke SPR

Min 2.53 - Mengenai undi pos / undi awal yang memberi kelebihan ketara kepada BN
Min 5.10 - Isu membawa masuk pemerhati luar untuk PRU14

Min 6.28 - Manifesto sedang dalam proses pindaan. PH tidak akan terikat dengan kenyataan kenyataan dan janji janji awal yang dikeluarkan oleh sesetengah pemimpin PH sekiranya janji janji tersebut tidak selari dengan Manifesto PH.

Min 9.09 - Pelbagai usaha Najib untuk menyekat derma dari di beri penyokong kepada PH.

Min 10.19 -Najib akan keluarkan bajet yang besar di kawasan kawasan yang dijangka Dr M akan bertanding bagi membeli sokongan pengundi. Langkawi sahaja telah menerima janji pembangunan bernilai lebih dari RM1.0 billion dari Najib

Min 13.17 -Komen mengenai delegasi diplomat Israil yang hadir di World Urban Forum 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur baru baru ini.

Min 14.00 - Dr M juga teringin bertanding di Pekan

Min 15.12 - Mengenai status rundingan pembahagian kerusi untuk PRU14

Min 16.20 - Mengenai penghakiman yang tidak memihak kepada PH dalam isu persempadananan semula kawasan pilihanraya.  





*********************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4


Wednesday, 24 January 2018

Kempen boikot PRU14 langkah taktikal BN untuk menang

Acara : Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh: 24/1/2018 @ 11.00 am



Ikuti rakaman penuh sidang media mingguan Majlis Presiden Pakatan Harapan siri yang pertama  yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir. Mesyuarat mingguan pada setiap Selasa akan disusuli dengan sesi sidang media bagi menjawab persoalan persoalan dan menyampaikan berita dan perkembangan terikini politik tanahair yang melibatkan Pakatan Harapan



#suasana360




**************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8



Tuesday, 12 September 2017

Dr Mahathir akan mohon bertemu Zahid Hamidi mengenai pendaftaran Pakatan Harapan yang tertangguh

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Wisma Amanah, Jalan Kuching, KL

Tarikh : 11/9/2017 @ 6.00 pm



Video 1 - Dr Mahathir akan memohon untuk bertemu dengan TPM Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang mengenai pendaftaran Pakatan Harapan. Pendaftaran Pakatan Harapan telah tertangguh diperingkat Pendaftar Pertubuhan(ROS) setelah Pakatan Harapan menyerahkan semula borang permohonan berserta pindaan kepada cadangan perlembagaan dan juga logo parti yang dipinda mengikut nasihat ROS.






Pakatan Harapan tambah dua lagi Naib Presiden

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Wisma Amanah, Jalan Kuching, KL

Tarikh : 11/9/2017 @ 6.00 pm



Video 1 - Secara ringkas nya kandungan video berikut :-
  • Ucapan takziah Majlis Presiden kepada keluarga Allahyarham Sultan Kedah diatas kemangkatan Tuanku.
  • MP Ipoh Barat, M.Kulasegaran (DAP) dan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew dilantik Naib Presiden yang baru bagi mencerminkan komposisi kaum dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (Naib Presiden yang lain ialah Mohamed Azmin Ali,  Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub)
  • Husam Musa (AMANAH) dilantik sebagai Bendahari Pakatan Harapan yang baru bagi menggantikan M.Kulasegaran yang terpaksa mengosongkan jawatan tersebut setelah dilantik menjadi Naib Presiden.
  • Pakatan Harapan akan mengembalikan kecemerlangan Malaysia di peringkat antarabangsa (apabila berjaya mengambil alih kerajaan  pusat)


*********************************************************************************

1
 2
 3
MP Ipoh Barat, M.Kulasegaran (DAP) dilantik sebagai Naib Presiden bagi mencerminkan komposisi kaum India dalam kepimpinan Pakatan Harapan 
 4



Wednesday, 2 August 2017

Campurtangan YDP Agong dipohon bagi elak krisis kehakiman

Acara : Penyerahan watikah oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan kepada YDP Agong

Lokasi : Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur

Tarikh : 2/8/2017



KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Hari ini, kami telah menyembahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA beberapa perkara seperti berikut:

1. Isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

2. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

3. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, perlantikan dua jawatan yang diumumkan itu adalah dibuat oleh Tuanku YDPA di atas nasihat YAB Perdana Menteri; maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan Mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa.

4. Perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang disandang YAA Tan Sri Md Raus Sharif akan berkuatkuasa dalam masa dua hari lagi, iaitu pada 4 Ogos 2017.

5. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ia akan mewujudkan satu krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.17 akan menjadi TIDAK SAH. Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi Perlembagaan.

6. Di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku YDPA yang boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

7. Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam PAKATAH HARAPAN, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budibicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula itu sah ataupun tidak. 

8. Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan Rakyat dan negara.

YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
Pengerusi PPBM

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

YB Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP

YB Datuk Dr Mujahid Yusof
Naib Presiden AMANAH

2 Ogos 2017


Video 1 - Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan dibacakan oleh Dr Mahathir


Video 2 - Tempoh khidmat jawatan Ketua Hakim Negara


Video 3 - Krisis kehakiman yang cuba dielakkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan - suatu inisiatif yang diterangkan oleh Peguam Haniff  Khatri


Video 4 - PPBM akan menyediakan khidmat peguam untuk Zahid Md Arip, Ahli MPT yang ditahan reman oleh SPRM dalam kes pembelian hotel mewah di Kuching oleh FIC


#################################################################################

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10