jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Sidang media oleh Dr Ibrahim Ali mengenai kelulusan pendaftaran PUTRA oleh ROS
Lokasi : Jalan Lumut, KL
Tarikh : 9/5/2019
Akhir nya PUTRA mendapat kelulusan pendaftaran daripada ROS tanpa sebarang syarat setelah Jawatankuasa Penaja PUTRA membawa isu kelewatan ini ke Mahkamah. Menarik dalam sidang media ini ialah
1. 95% keandungan Perlembagaan PUTRA mirip atau serupa dengan Perlembagaan UMNO yang asal.
2. PUTRA menerima permohonan keahlian daripada semua Bumiputera tanpa sebarang syarat tetapi tumpuan atau sasaran mereka adalah ahli yang aktif dalam parti dan bukan yang pasif.
3. PUTRA mungkin akan mensyaratkan kepimpinan parti memberi Baiah kepada parti untuk mengatasi masalah integriti dan kewibawaan
Acara : Sidang Media Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PUTRA)
Lokasi : Jalan Lumut, Kuala Lumpur
Tarikh : 15/2/2019
Sudah terlalu lama menunggu kelulusan pendaftaran Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PUTRA) maka satu notis akan dihantar kepada Menteri KDN untuk memohon tindakan segera. Jika tiada respon maka Jawatankuasa Penaja PUTRA akan membawa isu permohonan mereka ke mahkamah. ROS telah pun memproses permohonan PUTRA dan kini kelulusan nya hanya menunggu tandatangan Menteri KDN.
Presiden Penaja : Ibrahim Ali
Timbalan Presiden Penaja : Khalid Yunus
Ketua Penerangan Penaja : Khairul Azam Abd Aziz
Setiausaha Agung : Arshad Aliman
Ahli Jawatankuasa Penaja : Hamidah Osman, Nasrul Ali, Borhan Zakaria
Acara : Jelajah Harapan Selamatkan Malaysia, Johor
Lokasi : Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 6/4/2018 @ 9.00 pm
Video 1 - Dr Mahathir jelas menentang dan ingkar arahan Pembubaran Sementara oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). PPBM akan berurusan seperti biasa dalam tempoh 30 hari yang diberikan ROS untuk mereka memperbetulkan keadaan mengikut tatacara ROS. Dr Mahathir juga telah mendapat mandat dan sokongan pimpinan parti komponen dalam Pakatan Harapan untuk menggunakan satu logo iaitu logo PKR untuk semua calon calon yang mewakili mereka pada PRU14 akan datang. DAP yang pada mula nya dilapurkan untuk menggunakan logo roket telah membuat keputusan untuk bersolidariti bersama rakan rakan komponen untuk mengguna satu logo.
SILA TONTON VIDEO INI DARI MULA SEHINGGA PENGHABISAN BAGI MENDAPAT KEFAHAMAN SEPENUHNYA BAGI MENGELAK KEKELIRUAN DALAM ISU PEMBUBARAN SEMENTARA PPBM, PENGGUNAAN SATU LOGO SELAIN CABARAN DR MAHATHIR UNTUK DITANGKAP 'REJIM NAJIB'..
Acara : Sidang media pertama PPBM selepas arahan Pembubaran Sementara oleh ROS
Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ
Tarikh : 5/4/2018 @ 11.00 pm
Video 1
Ringkasan
Kesilapan kesilapan yang dilakukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam servis Notis Pembubaran Sementara
1. Notis tidak dihantar kepada orang yang dinamakan dalam Notis iaitu Setiausaha Agung dan Pengerusi PPBM
2. Notis dialamatkan ke pejabat lama PPBM di Bukit Damansara dan bukan nya ke alamat rasmi yang baru di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling Jaya
3. Walaupun Notis dihantar ke pejabat rasmi ianya tidak diserahkan kepada penama dalam Notis
4. Dr Mahathir hanya menerima Faks dari kakitangan PPBM
5. ROS sudah pun diberitahu secara bertulis alamat rasmi mereka di Petaling Jaya
Dr Mahathir juga menerangkan bahawa PPBM telah memenuhi hampir kesemua arahan dan permintaan dari ROS. Cuma yang tak dapat dipenuhi ialah permintaan ROS untuk diserahkan kepada mereka minit minit mesyuarat cawangan. Dr Mahathir menegaskan bahawa PPBM sebuah pertubuhan yang baru sahaja ditubuhkan dan tidak mempunyai cawangan. Jadi mana mungkin mereka mengadakan minitminit mesyuarat bagi cawangan cawangan yang tidak wujud.
Dr Mahathir juga membangkitkan soalan mengenai terma PEMBUBARAN SEMENTARA...Adakah ianya bermaksud pendaftaran PPBM ditarik balik atau dibatalkan? Dr Mahathir bagaimanapun berpendapat bahawa pembatalan PPBM akan hanya boleh dilakukan selepas tempoh rayuan 30 hari tamat.
PPBM akan membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dan sekiranya gagal rayuan akan dibuat di Mahkamah bagi mendapat pengadilan
Sementara menunggu rayuan semua berlaku PPBM akan berfungsi seperti biasa dan "Business as usual"
SILA TONTON VIDEO INI DARI AWAL SEHINGGA KESUDAHAN BAGI MENGELAK
Acara : Sidang media oleh Peguambela dan Penasihat Undang Undang PPBM
Lokasi : Lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh : 22/2/2018 @ 1.00 pm
Ringkasan
PPBM memfail Saman Pemula keatas ROS
Sejak Nov 2017, ROS telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan orang ramai
ROS tidak memberi sebarang respon keatas surat menyurat daripada PPBM
Oleh kerana sikap ROS yang berlanjutan tidak memperdulikan permohonan PPBM, maka sudah tiba masanya bagi perkara ini dibawa dan diadukan ke Mahkamah.
Empat deklarasi yang dipohon
deklarasi bahawa ROS hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang termaktub dibawah Akta Pertubuhan
sekiranya ada apa apa siasatan yang perlu diambil keatas PPBM maka ianya hendak lah dilakukan mengikut peruntukan dibawah Akta Pertubuhan
segala kenyataan kenyataan awam ROS yang berbaur niat jahat (Mala Fide) adalah salah dibawah Akta Pertubuhan
mana mana aduan oleh mana mana pihak keatas PPBM hendaklah disiasat dibawah peruntukan undang undang yang sama i.e Akta Pertubuhan
Perintah Halangan - Sementara menunggu keputusan Mahkamah, ROS tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan awam yang boleh menambahkan kekeliruan orang ramai.
Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan
Lokasi : Wisma Amanah, Jalan Kuching, KL
Tarikh : 11/9/2017 @ 6.00 pm
Video 1 - Dr Mahathir akan memohon untuk bertemu dengan TPM Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang mengenai pendaftaran Pakatan Harapan. Pendaftaran Pakatan Harapan telah tertangguh diperingkat Pendaftar Pertubuhan(ROS) setelah Pakatan Harapan menyerahkan semula borang permohonan berserta pindaan kepada cadangan perlembagaan dan juga logo parti yang dipinda mengikut nasihat ROS.