jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Bottomline dari Haniff Khatri - Apa perlu Malaysia memperakui ICERD dan mendedahkan diri kepada tekanan dan pemantauan kuasa asing yang akan membuka peluang kepada tekanan dari dalam untuk meminda Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Ikuti rakaman penuh Perkongsian Minda oleh Peguambela dan Peguamcara, Haniff Khatri untuk memahami implikasi dan impak ratifikasi ICERD keatas Malaysia sebagai sebuah negara dan kaum Melayu / Bumiputera / Islam dan sistem Beraja yang diamalkan menurut apa yang telah termaktub dalam Perkara 153.
Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ
Tarikh : 23/2/2018 @ 4.00 pm
Video 1 - Sidang media hari ini ialah lanjutan kepada sidang media yang diadakan pada 14/2/2017 berkaitan penangkapan suspek pemberi dedak oleh sepasukan anggota SPRM hasil daripada aduan yang dibuat oleh ahli Wanita PPBM dari Perlis.
Penangkapan suspek dilakukan pada 5/2/2017 setelah pasukan SPRM sendiri yang memasang perangkap. Sidang media pada 14/2 dilakukan untuk menyatakan kekesalan PPBM akan kelewatan atau tiada berita lanjut daripada SPRM mengenai tangkapan tersebut.
Hari ini identiti pengadu telah didedahkan begitu juga dengan identiti suspek. Beliau ialah Puan Baridah Nayan ahli PPBM seumur hidup sementara suspek pula ialah bekas ahli PPBM, Hasnita Hishamudin dan pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Srikandi Pusat.
Bahan bukti semua berada ditangan SPRM, suspek pula telah pun ditahan sendiri oleh SPRM pada 5/2/2018. Namun hingga kini tiada tindakan reman diambil keatas suspek dan ironi nya si suspek telah muncul berdemonstrasi dihadapan ROS Putrajaya pada 22/2/2018.
Satu notis terakhir telah dihantar ke SPRM, memberi mereka tujuh hari untuk memberi jawapan dan maklum balas kepada orang awam dan juga kepada aduan PPBM. Sekiranya SPRM gagal, segala tindakan yang dibenarkan disisi undang undang akan diambil terhadap SPRM dan para anggota yang terlibat kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Acara : Sidang media oleh Peguambela dan Penasihat Undang Undang PPBM
Lokasi : Lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh : 22/2/2018 @ 1.00 pm
Ringkasan
PPBM memfail Saman Pemula keatas ROS
Sejak Nov 2017, ROS telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan orang ramai
ROS tidak memberi sebarang respon keatas surat menyurat daripada PPBM
Oleh kerana sikap ROS yang berlanjutan tidak memperdulikan permohonan PPBM, maka sudah tiba masanya bagi perkara ini dibawa dan diadukan ke Mahkamah.
Empat deklarasi yang dipohon
deklarasi bahawa ROS hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang termaktub dibawah Akta Pertubuhan
sekiranya ada apa apa siasatan yang perlu diambil keatas PPBM maka ianya hendak lah dilakukan mengikut peruntukan dibawah Akta Pertubuhan
segala kenyataan kenyataan awam ROS yang berbaur niat jahat (Mala Fide) adalah salah dibawah Akta Pertubuhan
mana mana aduan oleh mana mana pihak keatas PPBM hendaklah disiasat dibawah peruntukan undang undang yang sama i.e Akta Pertubuhan
Perintah Halangan - Sementara menunggu keputusan Mahkamah, ROS tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan awam yang boleh menambahkan kekeliruan orang ramai.