Thursday 5 April 2018

PPBM akan berfungsi seperti biasa sementara menunggu rayuan dipertimbangkan Zahid Hamidi

Acara : Sidang media pertama PPBM selepas arahan Pembubaran Sementara oleh ROS

Lokasi : Ibupejabat PPBM, Bangunan Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 5/4/2018 @ 11.00 pm




Video 1

Ringkasan

Kesilapan kesilapan yang dilakukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam servis Notis Pembubaran Sementara

1. Notis tidak dihantar kepada orang yang dinamakan dalam Notis iaitu Setiausaha Agung dan Pengerusi PPBM

2. Notis dialamatkan ke pejabat lama PPBM di Bukit Damansara dan bukan nya ke alamat rasmi yang baru di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling Jaya

3. Walaupun Notis dihantar ke pejabat rasmi ianya tidak diserahkan kepada penama dalam Notis

4. Dr Mahathir hanya menerima Faks dari kakitangan PPBM

5. ROS sudah pun diberitahu secara bertulis alamat rasmi mereka di Petaling Jaya


Dr Mahathir juga menerangkan bahawa PPBM telah memenuhi hampir kesemua arahan dan permintaan dari ROS. Cuma yang tak dapat dipenuhi ialah permintaan ROS untuk diserahkan kepada mereka minit minit mesyuarat cawangan. Dr Mahathir menegaskan bahawa PPBM sebuah pertubuhan yang baru sahaja ditubuhkan dan tidak mempunyai cawangan. Jadi mana mungkin mereka mengadakan minitminit mesyuarat bagi cawangan cawangan yang tidak wujud.

Dr Mahathir juga membangkitkan soalan mengenai terma PEMBUBARAN SEMENTARA...Adakah ianya bermaksud pendaftaran PPBM ditarik balik atau dibatalkan? Dr Mahathir bagaimanapun berpendapat bahawa pembatalan PPBM akan hanya boleh dilakukan selepas tempoh rayuan 30 hari tamat.

PPBM akan membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dan sekiranya gagal rayuan akan dibuat di Mahkamah bagi mendapat pengadilan

Sementara menunggu rayuan semua berlaku PPBM akan berfungsi seperti biasa dan "Business as usual"

SILA TONTON VIDEO INI DARI AWAL SEHINGGA KESUDAHAN BAGI MENGELAK
SALAH TAFSIR DAN SALAH TERJEMAHAN


Notis Pembubaran Sementara dari ROS






************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13


No comments:

Post a Comment