jinggofotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Barisan National, Pakatan Harapan, PPBM, UMNO, PAS, DAP, PKR, Amanah, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label aminuddin yahaya. Show all posts
Showing posts with label aminuddin yahaya. Show all posts
Acara : Sidang media mengenai isu pengedaran Komik Belt & Road ke sekolah sekolah
Lokasi : Pejabat UMMAH, Taman Melawati, KL
Tarikh : 22/10/2019
Video 1 - Ringkasan kenyataan bantahan#ummahmengenai Komik Belt & Road yang diedarkan disekolah sekolah bermula di Pulau Pinang
1. komik cuba menimbulkan keraguan dan fakta sejarah asal Tanah Melayu dan hak orang Melayu
2. mengambarkan sikap orang Melayu yang bodoh dan pengecut dalam proses kemerdekaan
3. komik menonjolkan Kuomintang, Bintang Tiga dan Komunis dalam proses kemerdekaan
4. cuba memasukkan ideologi DAP ke sekolah
5. KDN tidak meluluskan percetakan dan pengedaran komik ini
6. PMO dan PM7 digunakan sebagai pengabur mata
7. mendesak pereka karukator SupermanHew dan Timbalan Menteri Pelajaran disiasat
Video 2 - #ummah seru kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pengedaran dan penyebaran Komik Belt & Road ini. Rampas dan bakar saja bahan propaganda yang cuba mengubah sejarah dan mempromosi agenda komunis.
Acara : Sidang media UMMAH mengenai Solat Hajat dan Himpunan Aman
menjelang keputusan Inkues Kematian Mohd Adib
Lokasi : Pejabat UMMAH, Taman Melawati, Kuala Lumpur
Tarikh : 24/9/2019
Video 1 - Kenyataan media oleh Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya. Solat Hajat akan diadakan selepas isyak di Masjid Wilayah Persekutuan pada 26/9/2019 dan Himpunan Aman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27/9/2019 mulai jam 9.00 pagi sehingga keputusan Inkues Kematian Adib diumumkan.
Video 2 - Peringatan oleh Timbalan dan Naib Pengerusi UMMAH mengenai tujuan Himpunan Aman hanya untuk menunjukkan solidariti kepada keluarga Adib dan bukan bertujuan berdemonstrasi. UMMAH menyuarakan kegusaran mengenai kemungkinan berlakunya provoksi oleh pihak pihak lain yang akan turut hadir di Mahkamah Sesyen pada pagi tersebut.
UMMAH menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan yang bersikap dingin dalam mencari kebenaran dan keadilan bagi pihak Adib yang merupakan kakitangan awam kerajaan yang terkorban semasa menjalankan tugasan. UMMAH berharap keputusan yang adil akan dapat diperolehi memandangkan siastan awal Polis telah mendapati Adib di pukul teruk oleh perusuh perusuh yang telah dikenal pasti dalam kejadian di Kovil Sri Maha Mariamman Subang Jaya.
Acara : Sidang media UMMAH berkaitan Kempen Membeli Produk Muslim
Lokasi : Pusat Bandar Taman Melawati, Selangor
Tarikh : 3/9/2019
Video 1 - Pengerusi UMMAH - Aminuddin Yahaya membacakan kenyataan media
Ringkasan kenyataan media
1. Bersyukur Kempen Membeli Produk Muslim mendapat sambutan hangat dari umat Melayu / Muslim
2. terkilan dengan kenyataan pemimpin politik yang mengaitkan kempen ini dengan isu perkauman dan agama dan menegaskan kempen tidak melibatkan boikot produk Non Muslim dan tidak melibatkan partisipasi mana mana parti politik
3. kempen hanya bertujuan membantu pengusaha Muslim yang tidak mampu untukmembuat pemasaran
4. status produk HALAL yang diragui membuatkan umat Islam gelisah
5. merapatkan jurang ekonomi antara pengusaha Muslim dan Non Muslim
6. menolak stigma rasis dan perkauman yang dilemparkan kepada UMMAH
7. menyeru orang Melayu / Muslim untuk terus memberi sokongan kepada pengusaha produk Muslim
Video 2 - Timbalan Pengerusi UMMAH - Mohd Zai Mustafa.
UMMAH giat menjalankan promosi produk Muslim bagi membantu pengeluar yang tidak ada laluan ke pasaran dan juga pengguna yang mencari produk Muslim / Halal
Video 4 - Naib Pengerusi UMMAH - Masridzi bin Sat.
Matlamat UMMAH ialah membentuk generasi Muslim yang baik dari segi akhlak dan akidah melalui pemakanan produk yang Halal dan suci.
Video 5 - Naib Pengerusi UMMAH - Rashidi Haris
UMMAH ucapkan penghargaan kepada para Menteri yang telah memberi publisiti percuma kepada kempen UMMAH
Video 6 - Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMMAH
Tindakan 'affirmative' oleh UMMAH untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam dan stigma RASIS dan PERKAUMAN yang dilabelkan kepada kempen membeli produk Islam
Acara : Sidang media Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengenai penarikan diri
Peguam Syazlin Mansor didalam proses inkues kematian Mohamad Adib Mohd Kassim
Lokasi : Pusat Bandar Taman Melawati, KL
Tarikh : 28/5/2019
Rakaman penuh sidang media UMMAH
KENYATAAN AKHBAR TERHADAP PENARIKAN DIRI PEGUAM SYAZLIN MANSOR
DIDALAM PROSES INKUES ALLAHYARHAM MOHAMAD ADIB MOHD KASSIM
1. Sejak dari awal UMMAH mempersoalkan kewajaran untuk diadakan inkues terhadap kes kematian Allahyarham Mohd Adib memandangkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak tertuduh (4 orang) telah dikenalpasti dan ditangkap namun kemudian dilepaskan dengan ikat jamin oleh pihak polis. Dimana keberadaan mereka ini tidak dapat dikenalpasti sehingga hari ini.
2. Kebimbangan UMMAH jelas terbukti apabila keputusan inkues seolah2 sudah disusun aturkan lebih awal supaya menampakkan bahawa kes ini bukan lagi kes bunuh tetapi kemalangan. Ini di sahkan apabila Pejabat Peguam Negara telah memfailkan afidavit menyatakan Allahyarham Mohd Adib tidak dipukul, walaupun inkues masih berlangsung. UMMAH mensyakki seolah ada KONSPIRASI oleh pihak tertentu bagi menentukan keputusan inkues.
3. Semalam, 27 Mei 2019 kebimbangan UMMAH lebih terserlah apabila diberitakan peguam yang mewakili KPKT dan pihak bomba Syazlin Mansor menarik diri secara tiba-tiba walaupun inkues masih berjalan. Menurut sebahgian laporan media sosial penarikan diri ini adalah disebabkan oleh faktor “keselamatan”.
4. Penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawaban yang perlu dijawab antaranya :-
a. Kenapa penarikan diri berlaku disaat-saat akhir inkues yang dikatakan akan berakhir tidak beberapa hari lagi?
b. Kenapa dikatakan alasan penarikan diri ini adalah disebabkan factor keselamatan? Adakah ada unsur-unsur ugutan yang diberikan kepada Syazlin Mansor? Kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan untuk melindungi beliau?
c. Dimaklumkan arahan menarik diri oleh peguam Syazlin Mansor adalah hasil dari sepucuk surat dari pihak “tertentu”, siapa yang menulis surat tersebut?
d. Peguam Syazlin Mansor juga menyatakan pengunduran diri setelah beliau bertemu dengan Menteri KPKT YB Zuraidah. Jadi rakyat nak tahu apakah arahan YB Zuraidah kepada peguam dan siapa pulak yang mengarahkan YB Zuraidah supaya meminta Syazlin Mansor menarik diri?
e. Adakah pihak Peguam Negara terlibat dalam penarikan diri Syazlin Mansor dan adakah disana berlaku salah guna kuasa oleh pihak Peguam Negara?
f. Kenapa Menteri KPKT membuat kenyataan secara tiba-tiba bahawa peranan peguam Syazlin Mansor adalah “redundant” dengan peranan pihak Peguam Negara walhal selama ini ia tidak dipersoalkan?
g. Adakah penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini akan menyebabkan bukti dari saksi utama Allahyarham Mohd Adib; Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid tidak lagi boleh dijadikan bahan bukti? Jika benar maka ia jelas membuktikan memang keputusan inkues sudah dibuat awal walaupun bukti yang diberikan oleh Prof Dr Shahrom secara saintifik membuktikan Allahyarham tidak dilanggar tetapi sebaliknya dipukul.
5. UMMAH, bagi pihak rakyat keseluruhannya dengan ini menuntut supaya :-
a. Surat yang mengarahkan penarikan diri peguam Syazlin Mansor didedahkan supaya rakyat tahu siapa yang menulis dan atas sebab sebenar kenapa penarikan diri itu berlaku
b. Mendesak supaya peguam Syazlin Mansor, Menteri KPKT, YB Zuraida dan Peguam Negara dipanggil sebagai saksi-saksi dalam prosiding inkues tersebut, supaya Mahkamah dapat menyelidik jika terdapat sebarang bentuk tekanan dan arahan jahat dari pihak-pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat integriti proses inkues tersebut;
c. Menuntut saksi pakar patologi Prof Dr Shahrom dipanggil kembali untuk memberikan keterangan lanjut, seperti yang dijadualkan pada awalnya.
d. Peguam negara MESTI MELETAKKAN JAWATAN kerana tidak lagi bersifat “impartial” didalam tugasannya
6. UMMAH tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan selanjutnya demi memastikan keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham Mohd Adib. Ini termasuk, jika terdapat bukti yang kukuh terhadap salahguna kuasa, untuk melaporkan kepada pihak SPRM untuk diadakan siasatan terhadap pihak yang terlibat.
7. UMMAH juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan HIMPUNAN RAKYAT DEMI KEADILAN UNTUK ADIB secara besar-besaran jika tidak ada tindakan yang positif dari pihak yang bertanggungjawab.