Tuesday 24 September 2019

Menjelang Keputusan Inkues Kematian Adib - Solat Hajat dan Himpunan Aman anjuran UMMAH

Acara : Sidang media UMMAH mengenai Solat Hajat dan Himpunan Aman
menjelang keputusan Inkues Kematian Mohd Adib

Lokasi : Pejabat UMMAH, Taman Melawati, Kuala Lumpur

Tarikh : 24/9/2019


Video 1 - Kenyataan media oleh Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya. Solat Hajat akan diadakan selepas isyak di Masjid Wilayah Persekutuan pada 26/9/2019 dan Himpunan Aman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 27/9/2019 mulai jam 9.00 pagi sehingga keputusan Inkues Kematian Adib diumumkan.



Video 2 - Peringatan oleh Timbalan dan Naib Pengerusi UMMAH mengenai tujuan Himpunan Aman hanya untuk menunjukkan solidariti kepada keluarga Adib dan bukan bertujuan berdemonstrasi. UMMAH menyuarakan kegusaran mengenai kemungkinan berlakunya provoksi oleh pihak pihak lain yang akan turut hadir di Mahkamah Sesyen pada pagi tersebut.

UMMAH menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan yang bersikap dingin dalam mencari kebenaran dan keadilan bagi pihak Adib yang merupakan kakitangan awam kerajaan yang terkorban semasa menjalankan tugasan. UMMAH berharap keputusan yang adil akan dapat diperolehi memandangkan siastan awal Polis telah mendapati Adib di pukul teruk oleh perusuh perusuh yang telah dikenal pasti dalam kejadian di Kovil Sri Maha Mariamman Subang Jaya.



**************************************************************************************************************************
1
2
3



No comments:

Post a Comment