Sunday 22 September 2019

Himpunan Busana Kebangsaan harus dilakukan sekali lagi setelah gagal oleh faktor cuaca

Acara : Festival Permaianan Malaysia @ KL & Himpunan Busana Kebangsaan

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Tarikh : 16/9/2019



Bersempena sambutan Hari Malaysia, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara telah mengadakan Festival Permainan Malaysia dari 14-16/9/2019 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Antara pertandingan sampingan yang diadakan ialah pemakaian Busana terbaik bagi kategori permainan yang terpilih.

Acara tidak rasmi yang telah diwar warkan ialah Himpunan Busana Kebangsaan yang dianjurkan oleh penggiat busana dan pelbagai NGO seni budaya yang sepatutnya berjalan selepas sahaja tamat acara rasmi di Dataran Merdeka. Tiada ceramah atau ucapan terbuka yang dirancangkan. Segalanya dirancang berbentuk santai mengambil kesempatan padang yang sudah terbuka untuk awam. Saya difahamkan bahawa tiada permit atau kelulusan dipohon dari pihak berwajib untuk Himpunan dijalankan mahupun dari DBKL untuk penggunaan kemudahan awam di Dataran Merdeka.

Mesej terselindung disebalik Himpunan ini ialah Solidariti sesama bangsa Melayu serumpun yang mengamalkan senibudaya yang sama disamping mengiratkan silatulrahim (networking) diantara pelbagai pihak NGO dan penggiat seni - bela diri dan sebagainya.

Hujan yang turun sejak jam 2.00 petang telah merencatkan perjalanan Himpunan Busana ini dan peserta yang ramai hadir siap berbusana lengkap hanya berlindung dan mundar mandir dibawah khemah sehingga jam 5.30 petang.






********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 9
 10
 11
 12
 13



No comments:

Post a Comment