Thursday, 15 August 2019

Wira PUTRA desak KDN haramkan Dong Zong kerana membahayakan keselamatan negara

Acara : Penyerahan memorandum oleh Wira PUTRA mendesak KDN mengharamkan Dong Zong
kerana terlalu rasis dan membahayakan keselamatan negara

Lokasi : Ibupejabat Polis Bukit Aman, KL

Tarikh : 15/8/2019 @ 2.30 pm



Secara ringkas nya empat perkara yang dibangkitkan Wira Putra :-

1. DZ menjadi agen ekstrimis dalam memberi gambaran serta interpretasi  palsu dan menyemai pemikiran ekstrimis dan super negatif kepada warganegara Malaysia khususnya kepada Non-Muslim.

2. DZ menjadi agen penyebaran fitnah , pembentukan sebagai karakter pembohong besar serta pemanipulasi ekstrim yang tidak bertanggungjawab terhadap agama Islam, kaligrafi khat dan tulisan Jawi.

3.  DZ mengalu-alukan, menggalakkan dan mengesyor gerakan provokasi serta fahaman super ekstrimis dan bersifat ultra kiasu demi kepentingan sendiri dan membelakangkan semangat nasionalisme yang telah diamalkan dalam sistem pentadbiran negara sejak dari zaman kemerdekaan lagi.

4. DZ sentiasa bersikap provokatif, ekstrimis, bersifat ultra kiasu, serta tiada semangat nasionalisme sejak awal penubuhannya dan sentiasa menentang dasar-dasar Pendidikan Nasional kerajaan Malaysia.


Video 1 - Proses penuh penyerahan dan kenyataan penuh oleh Ketua Wira Putra, Nasrul Ali Hasan.




*************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12


Wednesday, 14 August 2019

Sidang media PUTRA - isu ketegangan antara kaum - Melayu sudah hilang sabar

Acara : Sidang media Presiden PUTRA

Lokasi : Kompleks Damai, Jalan Lumut, KL

Tarikh : 14/8/2019




Video 1 - Tok Him berpendapat suasana tegang diantara kaum dan keresahan rakyat sudah memuncak disebabkan cara kerajaan mengendalikan beberapa isu mutakhir ini seperti kes kematian Adib dan kini Syed Danial, kes video semburit, kes rogol bibik, isu kilang Lynas dan sikap rasis Dong Zong



Video 2 - PUTRA bidas dan kecam sikap biadap dan celupar Koon Yew Yin yang menyifatkan anggota tentera hanya makan dan tidur dan membazirkan wang kerajaan.



Video 3 -  Tok Him kecam kenyataan Rais Yatim dan mempersoal motif sebenar Rais dalam mengeluarkan kenyataan menyokong suara puak minoroti yang ingin Dr Zakir Naik dihalau keluar dari Malaysia sedangkan Dr Mahathir sendiri tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian



Video 4 - Tok Him berharap Dr Mahathir tidak hanya beretorik semata mata untuk mendapat sokongan Melayu .




***************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Sunday, 11 August 2019

Wacana Ilmu - Hard Truth - Cash is King (Full)

Acara : Wacana Ilmu - Hard Truth - Cash is King

Lokasi : Auditorium Menara Dato Onn, PWTC, KL

Tarikh : 7/8/2019



Video 1 - Sesi wacana  - FULL



Video 2 - Sesi Q & A , Najib menjawab enam soalan dari hadirin




*******************************************************************************************************************

 1
 2
 3
 4
 5 
 6
 7
 8
9


Sunday, 28 July 2019

Sidang media Dewan Tertinggi (penaja) PUTRA

Acara : Sidang media Dewan Tertinggi (penaja) PUTRA

Lokasi : Koperasi Telekom Bhd, Kompleks Damai, KL

Tarikh : 27/7/2019



Video 1 - Tok Him mengumumkan perlantikan tambahan empat Ahli Dewan Tertinggi dan seterusnya menyanggah kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi baru (DEB) yang dikatakan tidak mampan dan akan di hapuskan kemungkinan ketika beliau mengambil alih sebagai PM8.



Video 2 - PUTRA alu-alukan kerjasama antara UMNO dan PAS dan menolak #keberangkalian berkerjasama dengan blok Pakatan Harapan selagi DAP masih bersama mereka.



Video 3 - Ini lah jawapan spontan dari Tok Him jika sekiranya Azmin Ali memilih untuk menyertai PUTRA. Isu moral akan menjadi penilaian PUTRA tetapi Azmin masih boleh menghantar borang permohonan keahlian untuk dipertimbangkan..



Video 4 - Hamidah Osman ulangi dakwaan beliau bahawa Lim Kit Siang lah yang telah mencadangkan penubuhan PPBM supaya dapat mencuri 10% pengundi Melayu untuk menyokong Pakatan Harapan.



************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7



Friday, 26 July 2019

Otai Reformis kecewa dengan sikap Polis dalam isu video #semburit

Acara : Sidang media Otai Reformis 98  mengenai isu video #semburit

Lokasi : Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu, KL

Tarikh : 26/7/2019



Kenyataan Media

1. Otai Reformis 1998 merujuk kepada beberapa kenyataan media yang 'agak mengelirukan' yand dibuat oleh Ketua Polis Negara (KPN) sejak kebelakangan ini berkaitan video intim hubungan seks sejenis seperti pendedahan dan pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Sentubong yang mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan asli tanpa sebarang edit atau kacau ganggu terhadap video tersebut.

2. Otai berharap kes ini dapat diselesaikan mengikut prosidur undang-undang seperti yang ditegaskan oleh KPN dan Otai sangat menghargai kesungguhan pihak Polis menyelesaikannya secepat mungkin kerana ianya telah berlarutan agak lama tanpa sebarang penghujung dan keadaan ini menimbulkan kegusaran dan kgelisahan kepada rakyat.

3. Haziq dan pasangan salahlaku seks nya telah dikenalpasti oleh syarikat pakar video, Cybersecurity Malaysia, walaupun pengecaman wajah (facial recognition) pelaku-pelakunya dilaporkan negatif. Seterusnya Haziq telah ditahan reman oleh pihak Polis untuk siasatan lanjut sebaliknya pasangan intimnya dibiarkan bebas.  

Otai merasa hairan dan kecewa mengapa individu yang disebut-sebut itu tidak dipanggil atau ditahan untuk siasatan oleh pihak Polis.

Melakukan hubungan seks luar tabii adalah satu kesalahan di Malaysia dibawah seksyen 377A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

4. Kita memohon KPN lebih peka dan berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelakkan spekulasi dan ketidaktenteraman rakyat. Kenyataan KPN haruslah berdasarkan fakta dan data-data yang jelas dan BUKANNYA andaian dan tuduhan semata-mata. KPN bukan ahli politik atau orang awam yang sering membuat andaian berdasarkan 'dengar khabar' (hearsay) tanpa hasil kajian atau siasatan terperinci.

Kelewatan pihak Polis memuktamadkan siasatan kes ini dengan cepat akan memberikan impak negatif keatas kewibawaan pihak Polis.

5. Seorang Menteri Kanan dan seorang Menteri Besar diharap segera memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis memandangkan kedua-dua mereka dalam kenyataan masing-masing telah 'beriya-iya' mengatakan bahawa mereka telah benar-benar mengenalpasti 'dalang utama' dalam isu video intim tersebut.

Otai Reformis 1998 berharap agar kes ini menjadi contoh bagaimana pihak Polis dan Kerajaan Pkatan Harapan membuktikan komitmen yang tinggi dalam memenuhi makna 'Malaysia Baharu' pasca PRU14 dengan berteraskan dasar Kerajaan kearah 'Rahmatan Lil Alamin' serta teguh berpegang kepada 'Rule of Law'. 




*****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 7



Tuesday, 23 July 2019

Majlis kesyukuran Azmin Ali apabila Polis tidak dapat kaitkan beliau dalam isu video #semburit

Acara : Majlis kesyukuran Azmin Ali apabila PDRM umumkan beliau tidak dapat
dikaitkan dalam isu video #semburit

Lokasi : Kediaman rasmi Menteri Besar, Selangor

Tarikh : 21/7/2019




Video 1 - Ucapan oleh MB Selangor, Amirudin Shari. Gambaran yang dia bagi sudah cukup untuk orang luar parti mengenal pasti siapa dalang dalaman yang dimaksudkan..๐Ÿ˜œ๐Ÿคช



Video 2 - Azmin belasah kaw-kaw Presiden KEADILAN siap dengan amaran, kesetiaan ada batas nya.. kesetiaan sebenar kepada perjuangan bukan kepada individu... haha.. ๐Ÿคช๐Ÿ˜œ tetapi bila diasak oleh wartawan beliau mengaku akan bekerjasama dengan Presiden beliau... siap bagi amaran jangan dilaga laga antara Presiden dengan Timbalan๐Ÿคจ๐Ÿง



Video 3 - Azmin mengaku masih boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim tetapi memberi amaran kepada wartawan supaya tidak melaga lagakan beliau sebagai Timbalan dengan Presiden parti beliau.



FB entry 1


FB entry 2




******************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10