Sunday, 21 July 2019

Perasmian Perhimpunan Agung Khas BERSATU

Acara : Perasmian Perhimpunan Agung Khas BERSATU

Lokasi : MAEPS, Serdang,  Selangor

Tarikh : 20/7/2019



Video 1 - Ucapan oleh Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin



Video 2 - Ucapan oleh Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi BERSATU. Secara ringkas nya ucapan Dr M berkisar mengenai sejarah UMNO dan pengajaran yang diperolehi dari nya.

UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union dan orang Melayu ketika itu tidak berebut jawatan dan hanya berjuang demi agama bangsa dan negara.

Setelah masa berlalu perjuangan orang Melayu dalam UMNO sudah mula tersasar dengan perebutan jawatan dan kedudukan dalam parti untuk memenuhi nafsu peribadi.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga tidak sanggup melihat kemasukan ahli-ahli baru yang lebih cerdik dan berpelajaran dari mereka dan melihat mereka sebagai ancaman. Kesudahan nya apabila mereka mati tempat mereka (ketua-ketua bahagian) akan diambil alih oleh pewaris- pewaris yang lebih bodoh dari mereka.

Dr Mahathir menyeru ahli-ahli BERSATU (yang kebanyakan nya bekas ahli UMNO) untuk kembali ke perjuangan asal untuk agama, bangsa dan negara (perjuangan UMNO???)



Video 3 - Sidang media oleh Dr Mahathir



Video 4 - Penerangan lanjut mengenai pindaan perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.



*********************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18





Dr Mahathir beri amaran keras di Retreat Pimpinan Keadilan (FULL)

Acara : Perasmian Retreat / Temu Rapat Pimpinan Keadilan

Lokasi : Lexis Hibiscus Hotel, Port Dickson, NS

Tarikh : 19/7/2019



Video 1 - Ucapan aluan oleh Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN. Mengimbau kenangan silam persahabatan beliau dengan Dr Mahathir.



Video 2 - Ucapan oleh Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi HARAPAN. Beliau memberi peringatan keras mengenai perebutan kuasa dalam parti yang boleh mengakibatkan kemusnahan kepada Pakatan Harapan.



Sila klik simbol FB untuk mengikuti komen pembaca disana



******************************************************************************************************************

1
 2
 3
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Majlis Diskusi Buku Anwar PM ke-8 - Janji Serah Kuasa Mesti Ditepati (FULL)

Acara : Majis pelancaran dan Diskusi Buku "Anwar PM ke-8"
- "Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati

Lokasi : Menate Stake Hub, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor

Tarikh : 17/7/2019


Panelis - 
1.Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman CEO IDE, Naib Canselor UNISEL
2 Datuk A.Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara
3.Datuk Seri Akhbar Satar, Bekas Presiden Transparency International Malaysia
4.Nazri Kahar, Editor Astro Awani, Moderator
5.Shahbudin Husin, Penulis buku



Video 1 - Ucapan aluan oleh penulis buku, Shahbudin Husin. Beliau memang condong menyokong Anwar dan mencadangkan PM7 melepaskan jawatan dalam tempoh yang dipersetujui supaya tidak tertekan dengan usia yang lanjut.



Video 2 - Sesi penuh diskusi oleh panelis sebelum sesi Q & A



Video 3 - Sesi penuh Q & A. Empat soalan dari hadirin. 



Video 4 - Anwar sebagai pemimpin parti layak dan berhak bersuara demi kepentingan parti dan negara.



Video 5 - Para pelabur luar sudah mula memasuki negara walaupun negara masih dalam tempoh peralihan kuasa dari PM7 ke PM8



FB entry - sila klik simbol FB

****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 15 July 2019

Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU 15/7/2019

Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya

Tarikh : 15/7/2019



Video 1 - Mengenai perbincangan didalam mesyuarat  yang menyentuh persiapan untuk mengadakan EGM pada 20/7/2019 .



Video 2 - Kerajaan mengambil keputusan untuk tuntut kembali RM1.0 billion dari Syarikat China Petroleum Pipeline (CPP) kerana CPP hanya berjaya menyiapkan 13% kerja keseluruhan sedangkan bayaran yang telah dibuat adalah untuk 80% kerja.



Video 3 - Istana tiada hak masuk campur dalam urusan kerajaan untuk menentukan had umur belia



Video 4 - Dr Mahathir menafikan Lim Kit Siang lah yang telah mempengaruhi beliau untuk menubuhkan PPBM. Beliau menyarankan orang yang membuat dakwaan tersebut dihantar (untuk dianalisa otak) di Hospital Tanjung Rambutan.



Ini jawapan Hamidah Osman yang diperolehi dari FB beliau

Begitu pantas Tun Dr. Mahathir membalas kenyataan dan pengakuan saya berkenaan penubuhan PPBM adalah berasal dari cadangan Lim Kit Siang.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10% undi UMNO.

Nampak nya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Lim Kit siang yang sudah lupa.

Walaubagaimana pun, saya agak heran kenapa setelah mengakui, Tun Mahathir mencadangkan supaya saya dan Dato Seri Najib masuk ke Tg Rambutan.

Namun saya berpendapat biar lah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada Bangsa Agama dan Negara.

Saya tak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa saya untuk kepentingan sendiri.
Di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain. Ini semua kita terpaksa jawap di akhirat nanti.

Dato Hamidah Osman


********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9



Friday, 12 July 2019

Penyokong PH anggap Akta Hasutan sudah tak laku dalam isu pemenjaraan Wan Ji

Acara : Laporan Polis oleh PUTRA keatas aktivis yang berdemo bantah pemenjaraan Wan Ji

Lokasi : IPD Polis Dang Wang, Kuala Lumpur

Tarikh : 11/7/2019




Video 1 - Laporan Polis oleh PUTRA keatas aktivis yang berdemonstrasi di hadapan penjara bagi membantah pemenjaraan Wan Ji. Perbuatan ini dengan jelas menghina Institusi Raja Raja Melayu dan sistem perundangan Malaysia. Pihak yang berdemo mengguna alasan bahawa Akta Hasutan yang digunakan dalam penghakiman ke atas Wan Ji sedang dalam proses dimansuhkan selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan



Video 2 - Lagi baik Anwar Ibrahim tumpu perhatian kepada menepati janji Manifesto PH yang memberi impak kepada kehidupan rakyat dari menyibuk dalam urusan kehakiman keatas Wan Ji. PUTRA mahukan satu referendum diadakan bagi menentukan kelangsungan Akta Hasutan.



**************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5



Friday, 5 July 2019

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU 2019 (full compilation)

Acara : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Lokasi : Dewan Konvensyen MBI Desaku, Kulim, Kedah

Tarikh : 29/6/2019



Ringkasan intipati ucapan PM7

Perubahan kuasa berjalan secara aman dari pihak yang telah memerintah selama 61 tahun kepada kerajaan PH tidak seperti mana huru hara dan peperangan yang berlaku dinegara negara lain yang mempunyai satu etnik dan agama yang sama yang mengamalkan sistem demokrasi.

PH bersyukur dan berterima kasih dan akan membalas budi kepada rakyat yang telah memilih PH dan berjanji akan berkongsi segala kekayaan negara di bawah konsep 'kemakmuran bersama' atau 'shared prosperity'. PH akan memastikan tiada sesiapa pun akan tertinggal dengan syarat mereka sanggup membuat kerja kerja yang tertentu yang dirancang oleh kerajaan.

Pendekatan yang baru didalam sektor pertanian akan diperkenalkan untuk memastikan golongan miskin diluar bandar akan dapat merasa nikmat kemakmuran sama seperti yang tinggal dibandar.

Antara kejayaan yang telah dicapai kerajaan PH ialah memastikan keamanan dengan dasar dasar dan pendekatan kerajaan PH dan yakin akan dapat memulihkan keadaan dalam negara dalam masa yang tidak lama lagi. Rakyat bebas bersuara mengkritik dan menegur 
kerajaan.



Ringkasan intipati ucapan TSMY

Mengenai parti

Proses pemilihan pimpinan parti akan dilaksanakan mengikut lunas lunas dan peraturan yang ditetapkan oleh ROS.

Dr Mahathir mahu proses pemilihan dijalankan secepat mungkin.

Perkara pertama yang ialah melakukan kajian pindaan perlembagaan parti yang dipertanggungjawabkan kepada Naib Presiden Mukhriz Mahathir. Kajian telah pun hampir selesai.

Selepas selesai kajian pindaan perlembagaan sesi sesi taklimat akan dilakukan di setiap zon disemua peringkat seluruh negara.

Sebelum proses pemilihan parti, perlu dipastikan bahawa kesemua ahli ahli yang telah mendaftarkan diri secara terus atau secara online menjadi ahli kepada cawangan cawangan yang menjadi pilihan mereka.
















Full foto album. To view please click on the Facebook logo