Thursday, 30 May 2019

PUTRA berkongsi agenda dengan UMNO dalam penyatuan Melayu / Islam


USAHA PENYATUAN UMMAH



KENYATAAN MEDIA OLEH NAIB PRESIDEN PUTRA, DATO HAMIDAH OSMAN

30 MAY 2019, KHAMIS

MENJAWAP KENYATAAN DATO SERI ISMAIL SABRI, NAIB PRESIDEN UMNO TERHADAP PENUBUHAN PARTI PUTRA

Putra amat berterima kasih dan mengambil berat atas komen dan pandangan dari pemimpin parti parti politik Melayu mengenai penubuhan Putra dan yang terkini adalah komen dan pandangan dari Dato Sri Ismail Sabri dari parti UMNO yang menyuarakan kebimbangannya dimana dikhuatiri Melayu akan berpecah dengan wujudnya parti Putra.

Putra ingin menegaskan bahawa parti Putra ditubuhkan atas permintaan ramai agar diwujudkan pentas alternatif kepada kaum Melayu yang ingin memperjuangan Agama Bangsa dan Negara tetapi tidak mahu menyertai parti Umno atau PAS namun dalam masa yang sama tidak mahu bersama dengan parti Melayu yang bergabung dengan DAP.  

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa Putra tidak akan sama sekali mengugat atau menjadi punca perpecahan orang Melayu kerana kami juga mahukan parti  Melayu  memerintah semula Malaysia pada PRU yang ke 15.

Oleh yang demikian, Putra menyeru kepada semua agar bersama sama mempertahankan Agama Islam dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan dan tak perlulah kita memandang rendah antara satu sama lain malahan kita seharusnya saling lengkap melengkapkan demi sebuah perjuangan.

Dato' Hamidah Osman
Naib Presiden Parti Putra Malaysia
019-5731739

No comments:

Post a Comment