Acara : Sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Lokasi : Tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor, PJ
Tarikh : 28/5/2019
Jawapan sinis dan sindiran dari PM7 mengenai penubuhan Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PUTRA)
Ini jawapan segera yang diterima dari Dr Ibrahim Ali
*KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA*
_*REAKSI KENYATAAN TUN M TERHADAP PARTI PUTRA*_
_29 May 2019, Rabu_
Saya menyambut baik sindiran Tun M yg memberi komen Penubuhan Putra adalah perkembangan baik kerana mengalak perpecahan melayu. Kalau ada 100 Parti Melayu lagi baik jika ini yg di kehendaki oleh orang melayu.
PUTRA ditubuh sebenarnya atas semangat dan contuh yg di mulakan oleh Pemimpin2 yg menubuhkan Parti PPBM atau Bersatu.
Parti Bersatu telah pun berjaya menghancurkan umno semasa PRU kerana itu yg di kehendaki oleh orang melayu. Sebut lah apa sahaja alasan kerana ada pihak sentiasa bersikap orang lain sahaja tidak betul tapi diri sendiri tidak pernah rasa bersalah.
Maka Bersatu telah mengorak langkah kearah matlamat 100 Parti Melayu. Sebelum Bersatu yg mengambil langkah bijak menubuhkan Parti bagi menjaga perpaduan melayu ialah Amanah dan PKR. Malangnya Bersatu jatuh no 3. Jika PUTRA jatuh no 4 masih ada 96 lagi Parti Melayu patut di tubuh utk mencapai 100 Parti.
Bezanya jika silap PUTRA ditubuh jika dibandingkan dengan BERSATU yg menjaga kepentingan melayu ialah PUTRA tidak bersekongkol dgn DAP yg konon banyak jasa membina Perpaduan rakyat Malaysia. Banyak bezanya Pemimpin Putra dengan yg lain-lain setakat ini lah 'cakap tidak serupa bikin' dan pemimpin Putra tidak nampak gajah depan mata tapi nampak kuman seberang laut.
Perbezaan yg amat ketara ialah PUTRA baru ditubuhkan jika di bandingkan juga dgn BERSATU ialah BERSATU telah pun menyertai PRU14 dan telah menyumbang peranan yg bermakna kearah Perpaduan Melayu. Hasil nya dapat kita lihat bersama dimana landscape politik negara telah berubah dari Malaysia Lama kepada Malaysia Baru. Hebatkan.
Yg perlu disindir ialah PUTRA walaupun baru lahir. Belum pun lagi menyertai PRU tapi jasa nya begitu besar menyumbang kearah perpecahan melayu.
Di Malaysia sekarang banyak perkara aneh berlaku ibarat hujan naik ke langit.
Kata dulang paku serpih kerana mengata orang kita yg lebih. Salah dan buruk orang kita nampak tapi diri sendiri sepanjang masa rasa betul ibarat mengajar itik berenang. Buat apa yg saya suruh kerana saya sahaja yg betul. Orang lain tidak betul tapi saya sahaja yg betul. Tak percaya tengok rekod.
Presiden Putra yg bernama Ibrahim Ali sentiasa dilihat tidak pernah betul sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. Bersifat konsisten dengan pendirian adalah sebesar besar kelemahan Pimpinan Putra tapi akan menyelamatkan Kepentingan Melayu, Perjuangan Melayu dan Perpaduan Melayu yg sebenarnya.
Siapa dan Parti manakah sudah berjasa kepada Perpaduan Melayu setelah menang sorak kampong tergadai. Sudah pasti tidak Putra yg baru lahir.
Amalan Kepimpinan Pecah dan Perintah sebenarnya menjadi punca perpecahan dan bukan banyak Parti. Demikian kata2 hikmat Pak Ibrahim Ali Pahlawan Melayu Terakhir.
Tun M dan Tok Him sebelum ini seperti bapak dan anak. Jika bapak tubuh Bersatu maka anak tubuh Putra
Inilah yg di katakan " bapa borek anak rintik"..
*PUTRA PERKASA NEGARA*
*Dato Paduka Dr Ibrahim Ali*
Presiden PUTRA
29 hb Mei 2019.
No comments:
Post a Comment