Tuesday 12 February 2019

Tujuh bekas ahli parlimen UMNO bantu kukuhkan kedudukan BERSATU dalam PH

Acara : Sidang media Pengerusi BERSATU untuk mengumumkan kemasukan 7 bekas
Ahli Parlimen UMNO kedalam BERSATU

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya

Tarikh : 12/2/2019



Video 1 - PRK Semenyih berkemungkinan besar memberi tekanan kepada kepimpinan BERSATU untuk melakukan sesuatu dengan cepat  bagi meredakan keresahan masyarakat Melayu menegenai janji BERSATU untuk menjadi 'champion' dan payung kepada bangsa Melayu / Islam . Hari ini BERSATU menerima kemasukan tujuh bekas MP UMNO, enam daripada mereka telah keluar dari UMNO penghujung tahun 2018 sementara Ermieyati Samsudin pula telah keluar UMNO pada bulan July 2018

7 bekas MP UMNO tersebut adalah :-

1. YB Dato' Seri Hamzah Zainuddin-Larut 
2. YB Datuk Rosol Wahid - Hulu Terengganu
3. YB Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad - Mersing
4. YB Datuk Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor
5. YB Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh - Sabak Bernam
6. YB Ikmal Hisham Abdul Aziz
-Tanah Merah 
7. YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Faktor kerjasama UMNO / PAS memberi gambaran seolah olah UMNO mampu dibangkitkan semula. Cara Dr Mahathir memperkecilkan kerjasama ini menunjukkan kerjasama ini memang memberi impak kepada pengaruh BERSATU dikalangan pengundi Melayu / Islam.

Bekas MP UMNO yang menyertai BERSATU sebagai ahli biasa ini tidak akan diberi sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan dan tidak akan diberi sebarang immuniti kepada sebarang tindakan undang undang jika mereka telah melakukan kesalahan jenayah. Mereka mereka ini mungkin akan diberi peluang untuk berceramah semasa kempen PRK.   



Video 2 - Dr Mahathir menjawab soalan mengenai matlamat penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi.



******************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 7
 8
 9
 10

11

12 
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20


No comments:

Post a Comment